SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2025 MarsdenLR 3947

MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
MOHD HASHIM MUHARAM LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: JA-42 JSKH-1-09/2024]



Petitioner Advocates:Jamian ,Respondent Advocate: Lydia Salleh

PENGHAKIMAN

Abu Bakar Katar H:

Pengenalan

[1] Perayu telah di tuduh di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru, Johor Darul Takzim atas dua (2) Pertuduhan Pindaan [Rekod Rayuan][RR][JILID 1][ms (7)-(8)] yang berbunyi seperti berikut:

PERTUDUHAN PINDAAN PERTAMA

"Bahawa kamu pada tarikh 18 Jun 2022 jam lebih kurang 11.00 malam, bertempat di dalam rumah setinggan tidak bernombor, Jalan Setia, Kampung Melayu Majidee, di dalam Daerah Johor Bahru, dalam negeri Johor Darul Takzim telah merogol ke atas seorang prempuan bernama: PFA KP: xx xx xx (Nama dan KP dirahsiakan] yang mana perhubungan kamu dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama. Adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya dan dengan itu, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 376(3) Kanun Keseksaan"

PERTUDUHAN PINDAAN KEDUA

"Bahawa kamu pada pertengahan Disember 2021 lebih kurang jam 3.00 pagi, bertempat di dalam rumah setinggan tidak bernombor, Jalan Setia, Kampung Melayu Majidee, di dalam Daerah Johor Bahru, dalam negeri Johor Darul Takzim telah merogol ke atas seorang prempuan bernama: PFA KP: xx xx xx (Nama dan KP dirahsiakan] yang mana perhubungan kamu dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama. Adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya dan dengan itu, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh di hukum di bawah s 376 (3) Kanun Keseksaan"

[2] Perayu pada asalnya tidak mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan asal. Pengurusan kes telah ditetapkan beberapa kali iaitu pada 31 July 2022, 5 October 2022, 3 November 2022, 30 January 2023, 29 August 2023 dan 2 September 2024.

[3] Akhirnya, pada 2 September 2024 Perayu telah mengaku bersalah atas Pertuduhan Pindaan Pertama dan Pertuduhan Pindaan Kedua di hadapan Puan Hakim, Mahkamah Sesyen, Johor Bahru, Johor [Puan HMS itu]. Puan HMS itu telah merekodkan Perayu bersalah dan disabitkan atas kedua-dua Pertuduhan Pindaan iaitu s 376(3) Kanun Keseksaan [Kanun itu]. Puan HMS itu menjatuhi hukuman seperti berikut:

Pertuduhan Pindaan Pertama:

Penjara 10 tahun mulai tarikh tangkap dan 10 sebatan rotan.

Pertuduhan Pindaan Kedua:

Penjara 10 tahun mulai tarikh tangkap dan 10 sebatan rotan.

Hukuman penjara berjalan secara berturutan.

[4] Perayu yang terkilan dengan hukuman yang dijatuhi oleh Puan HMS itu memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi, Johor Bahru atas hukuman [RR][JILID 1][ms(2)]

[5] Rayuan Perayu telah di dengar oleh Mahkamah ini. Di akhir pendengaran, Mahkamah ini menolak rayuan Perayu atas hukuman. Mahkamah ini mengesah dan mengekalkan hukuman yang dijatuhi oleh Puan HMS itu ke atas Perayu.

[6] Perayu yang terkilan dengan keputusan Mahkamah ini selanjutnya memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan atas hukuman. Rayuan ini telah didaftarkan sebagai Mahkamah Rayuan, Malaysia Rayuan Jenayah No: J-09(H)-163-06/2025.

Fakta Kes Untuk Pendakwaan

[7] Secara ringkasnya kes pendakwaan [P1] yang dibentangkan seperti berikut: Pengadu yang merupakan mangsa bernama PFA No KP: xx xx xx (dirahsiakan) telah membuat laporan polis Majidee Report No: 7919/22 [P2]. Pengadu menyatakan pada 18 June 2022 jam lebih kurang 11.00 malam Pengadu sedang tidur bersama rakannya bernama Syafiqah di dalam bilik beralamat Jalan Setia, Kg Melayu Majidee, 8100 Johor Bahru, Johor. Perayu (ayah kandung Pengadu) telah masuk ke bilik dan terus mengunci pintu bilik.

[8] Seterusnya, Perayu membuka seluarnya sendiri dan menarik seluar yang dipakai oleh Pengadu secara paksa. Perayu kemudiannya memasukkan zakarnya ke dalam kemaluan Pengadu secara paksa. Pengadu telah cuba menjerit meminta tolong namun Perayu menutup mulut Pengadu. Kawan mangsa bernama Syafiqah sedar semasa kejadian berlaku hanya mendiamkan diri kerana terlalu takut dan beliau berpura-pura tidur.

[9] Perayu melakukan perbuatan yang sama dalam tahun 2021. Perayu akan melakukan hubungan seks ini setiap kali ibu Pengadu tiada dirumah. Ibu Pengadu menguruskan rawatan adiknya di Hospital Kuala Lumpur. Pengadu telah mencuba untuk memberitahu kejad


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top