SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 5719

MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
MOHD QUSZAIRY ROSLI LWN. PENDAKWA RAYA
[Perbicaraan Jenayah No: TA-45A-6-08/2019]



Petitioner Advocates:Ghazali Ismail ,Respondent Advocate: Nik Mohd Fadli Nik Azlan

PENGHAKIMAN

Hashim Hamzah HMR:

Pengenalan

[1] Ini merupakan rayuan Perayu terhadap sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadapnya bagi kesalahan di bawah s 39B(1)(a) yang boleh dihukum di bawah s 39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 ("ADB 1952")

[2] Pertuduhan yang dihadapi oleh Perayu adalah seperti berikut:

Bahawa kamu pada 19 April 2019 jam lebih kurang 1.25am, di sebuah rumah beralamat di PT 3042, Jalan Kuantan, Taman Geliga lntan, 24000 Chukai di dalam daerah Kemaman di dalam Negeri Terengganu telah didapati mengedar Cannabis sejumlah berat 1269.05 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah s 39B(2) Akta yang sama.

[3] Seramai tujuh orang saksi telah dipanggil sewaktu kes di peringkat pendakwaan. Di akhir kes pendakwaan, hakim bicara mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Perayu dan telah mengarahkan Perayu untuk membela diri.

[4] Sewaktu kes di peringkat pembelaan, Perayu telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. Perayu juga telah memanggil dua orang lagi saksi bagi menyokong pembelaannya. Di akhir kes pembelaan, hakim bicara mendapati bahawa Perayu telah gagal untuk membangkitkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan, dan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes mereka terhadap Perayu melampaui keraguan yang munasabah.

[5] Selanjutnya, hakim bicara telah mendapati Perayu bersalah dan mensabitkannya dengan pertuduhan. Setelah mendengar hujahan mitigasi daripada Perayu dan hujahan faktor pemberat daripada pihak pendakwaan, Perayu telah dijatuhkan dengan hukuman gantung di leher sehingga mati.

[6] Perayu yang terkilan dan tidak berpuas hati dengan keputusan hakim bicara tersebut telah merayu ke Mahkamah Rayuan. Rayuan tersebut telah didengar di hadapan kami.

Kes Pendakwaan

[7] Secara ringkasnya, keterangan saksi-saksi pendakwaan adalah seperti berikut.

[8] Pada 19 April 2019 jam lebih kurang 1.25am, lnsp. Nawawi bin Muhamad ("SP3") bersama sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah ("BSJND") Ibu Pejabat Polis Daerah ("IPD") Kemaman, Terengganu yang terdiri daripada Kpl Mohamed Nirazul Azian Shah ("SP7"), Sjn. Mohd lzzham, Konst. Mohd Nasoha, dan Kpl Mohd Haikal telah melakukan serbuan di sebuah rumah beralamat Pt 3043, Jalan Kuantan, Taman Geliga Intan, Kemaman, Terengganu.

[9] Ketika serbuan, pemerhatian awal dibuat oleh SP3 dan semua anggota polis mendapati pintu utama rumah tersebut adalah dalam keadaan tertutup dan berkunci. SP3 telah mengetuk pintu rumah beberapa kali dan kemudiannya telah dibuka oleh abang Perayu iaitu Shahmir Rizal bin Rosli ("SD3").

[10] SP3 kemudian memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dan bertanya kepada SD3 sama ada Perayu tinggal di rumah tersebut. SD3 menyatakan bahawa Perayu berada di dalam bilik kedua.

[11] Kemudian, SP3 terus menuju ke bilik kedua di dalam rumah tersebut. SP3 mendapati pintu bilik tersebut berada dalam keadaan bertutup rapat dan berkunci. Kemudian, SP3 telah mengetuk pintu bilik dan pintu tersebut dibuka oleh Perayu. SP3 melihat wajah Perayu dalam keadaan pucat lesi apabila menyedari kehadiran polis.

[12] SP3 bersama SP7 dan Sjn Mohd lzzham telah membuat pemeriksaan ke atas Perayu dan tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang. Kemudian, SP3 telah bertanya kepada Perayu "Adakah kamu ada menyimpan barang salah?". Perayu telah menunjukkan dengan tangan kanannya ke arah lantai di tepi dinding berhampiran dengan bucu tilam di dalam bilik.

[13] SP3 telah memandang ke arah tempat yang ditunjukkan oleh Perayu tersebut dan mendapati terdapatnya satu beg kain berwarna hitam. SP3 telah mengarahkan Perayu untuk mengambil beg kain berwarna hitam tersebut dan menyerahkannya kepada SP3.

[14] SP3 kemudiannya membuat pemeriksaan di dalam beg kain tersebut di hadapan Perayu sambil disaksikan oleh SP7 dan mendapati di dalamnya mengandungi-

a. dua ketulan mampa


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top