SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 3744

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
TOP CAPITAL VENTURES SDN BHD & YANG LAIN LWN. PHANG TEE YONG
[Saman Pemula No: BA-24NCC-94-08/2024]



Petitioner Advocates:Brandon Cheah Hoong Min ,Respondent Advocate: Farisha Adani Meor Abdullah Zaidi

PENGHAKIMAN

Rozi Bainon PK:

Pengenalan

[1] Kandungan 1 Saman Pemula (Originating Summons/OS) yang difailkan oleh Plaintif-Plaintif terhadap Defendan memohon kepada Mahkamah ini bagi Perintah yang berikut:

(a) deklarasi bahawa Plaintif Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua berhak untuk menguruskan saham syarikat /yang dipegang oleh Defendan dalam syarikat/Plaintif Ketiga (Saham) termasuk untuk menjual atau melupuskan Saham tersebut, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian daripadanya kepada orang lain atau pihak ketiga pada nilai yang disahkan oleh Juruaudit Plaintif Ketiga sebagai nilai pasaran yang adil;

(b) deklarasi bahawa Defendan telah memungkiri Perjanjian Pemegang Saham bertarikh 2 Februari 2016;

(c) sebagai alternatif, suatu deklarasi bahawa urusan Plaintif Ketiga telah diuruskan atau dijalankan oleh Defendan dengan tanpa mengambil kira kepentingan Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua sebagai pemegang saham Plaintif Ketiga;

(d) perintah untuk Saham yang dipegang oleh Defendan dipindah milik kepada nomini atau penerima (assignee) yang akan dinamakan oleh Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua dengan nilai balasan pada harga nominal RM1.00 sesaham;

(e) perintah untuk Defendan menanggung rugi Plaintif-Plaintif terhadap semua kerugian menurut Perjanjian Pemegang Saham bertarikh 2 Februari 2016 sehingga penyelesaian pemindahan pegangan sahamnya dalam Plaintif Ketiga kepada nomini atau penerima (assignee) yang akan dinamakan oleh Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua;

(f) perintah untuk Defendan menyelesaikan semua kertas kerja yang tertunggak (termasuk tetapi tidak terhad kepada penyerahan audit dan penyata tahunan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia) dan kutipan bagi kesemua komisen dan/atau pembayaran yang tertunggak;

(g) perintah untuk Defendan menyerahkan semua dokumen yang berkaitan dengan Plaintif Ketiga yang berada dalam milikannya sama ada dalam salinan digital atau fizikal termasuk tetapi tidak terhad kepada surat-surat, penyata bank, perjanjian, kertas-kertas perakaunan, baucar pembayaran, resit rasmi, invois, perisian akaun, laporan audit, kertas-kertas perakaunan, semua dokumen berkaitan jualan agensi termasuk resit pembayaran dan semua dokumen sulit syarikat atau kerajaan dari tempoh 2017 hingga 2023;

(h) perintah untuk Defendan menanggung rugi kesemua liabiliti dan hutang Plaintif Ketiga sehingga penyelesaian pindah milik pegangan sahamnya dalam Plaintif Ketiga kepada nomini atau penerima (assignee) yang akan dinamakan oleh Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua, dan Defendan hendaklah membayar liabiliti dan hutang-hutang tersebut ke dalam akaun Plaintif Ketiga (No. Akaun OCBC Al-Amin: 1711017873) dan selanjutnya melepaskan kesemua pembayaran tersebut kepada pemiutang-pemiutang Plaintif Ketiga dalam masa 14 hari;

(i) ganti rugi am yang akan dinilai oleh Mahkamah ini;

(j) ganti rugi teladan yang akan dinilai oleh Mahkamah;

(k) faedah pada kadar 5% setahun terhadap jumlah penghakiman dan ganti rugi yang diperintahkan oleh Mahkamah ini untuk dihitung dari tarikh penghakiman ini sehingga penyelesaian penuh dan akhir;

(l) kos; dan

(m) relief lain yang dianggap adil oleh Mahkamah ini.

[2] En Chew Khor Teng, Pengarah Syarikat Plaintif-Plaintif mengikrarkan afidavit sokongan dan menyatakan alasan, antara lain, seperti berikut:

(a) Defendan telah meninggalkan tanggungjawabnya menurut Perjanjian Pemegang Saham bertarikh 2 Februari 2016, dan oleh itu telah memungkiri Perjanjian Pemegang Saham; dan

(b) Defendan telah secara sepihak dan tanpa sebarang notis terlebih dahulu meninggalkan peranan, tugas dan tanggungjawabnya sebagai pengarah dan pemegang saham Plaintif Ketiga dan secara langsung memungkiri Perjanjian Pemegang Saham bertarikh 2 Februari 2016; dan

Fakta Kes

[3] Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua ialah syarikat yang mempunyai alamat berdaftar di Taiping, Perak, manakala, Plaintif Ketiga mempunyai alamat berdaftar di Kuala Lumpur.

Perjanjian Pemegang Saham Bertarikh 2 Februari 2016:

[4] Pada 2 Februari 2016, Defendan dan pemegang saham


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top