SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 4280

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG
AMIT CHHABRA ASHOK KUMAR CHHABRA LWN. ANURADHA KODIVAL @ KODIVEL & YANG LAIN (LAMPIRAN 147)
[Guaman No: BL-22NCvC-12-04/2023]



PENGHAKIMAN

Norliza Othman H:

[Lampiran 147]

[1] Ini adalah permohonan oleh plaintif untuk menggantungkan segala bentuk perlaksanaan penghakiman bertarikh 7 Mac 2025 sehingga pelupusan muktamad rayuan plaintif di Mahkamah Rayuan selaras dengan A 45 k 11 dan/ atau A 92 k 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

A. Alasan-Alasan Permohonan

[2] Sekiranya penggantungan perlaksanaan penghakiman ini tidak diberi, ianya akan memprejudiskan plaintif dan menjadikan rayuan plaintif menjadi sia-sia. Selain itu, terdapat keraguan serius sama ada defendan-defendan boleh memulangkan kembali jumlah penghakiman itu sekiranya dibayar oleh plaintif.

[3] Hak dan kepentingan Plaintif di dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan kelak akan terjejas dan plaintif tidak akan mendapat pampasan yang adil.

B. Jawapan Defendan-Defendan 1 Dan 4

[4] Tindakan ini adalah berdasarkan satu Perjanjian Jual Beli bertarikh 5 Ogos 2019 yang disamari untuk satu transaksi pinjaman wang haram yang tidak sah disisi undang-undang dan ini cara plaintif untuk mengaut keuntungan yang tidak berpatutan. Tuntutan Plaintif terhadap Defendan 2 dan 3 (anak-anak kepada Defendan 1) telah dibatalkan oleh mahkamah ini pada 14 November 2023 dan keseluruhan tuntutan plaintif atas Defendan 1 melalui A 14A Kaedah- Kaedah Mahkamah 2012.

[5] Perbicaraan penuh yang dijalankan adalah melibatkan tuntutan balas Defendan 1 dan tuntutan plaintif atas Defendan 4. Pada 7 Mac 2025, Mahkamah telah membenarkan tuntutan balas Defendan 1 dan menolak tuntutan plaintif atas Defendan 4 dan membenarkan tuntutan balas Defendan 4 atas plaintif.

Untuk tuntutan plaintif yang melibatkan Defendan 1, 2 dan 3; Plaintif tidak membuat rayuan untuk keputusan mahkamah bertarikh 28 Julai 2023 dan juga keputusan pada 14 November 2023. Maka kedua-dua perintah dan penghakiman tersebut adalah muktamad.

[6] Penghakiman yang diperolehi oleh Defendan 1 dan 4 adalah bersifat kewangan ('monetary judgment').

[7] Defendan 1 ada membuat bantahan awal dan menyatakan bahawa plaintif tidak berhak untuk memfailkan permohonan ini kerana plaintif telah gagal dan/ atau sengaja enggan membayar kos-kos yang diberikan oleh mahkamah kepada Defendan 1. Melalui perintah mahkamah bertarikh 14 November 2023 bagi Lampiran 50, kos yang diberikan kepada Defendan 1 adalah sebanyak RM5,000.00; jumlah ini tidak dibayar oleh plaintif kepada Defendan 1.

Seterusnya, melalui Guaman No.: BL-A52NCvC-60-07/2023 ianya adalah suatu tindakan yang difailkan oleh plaintif di Mahkamah Sesyen dan Hakim Mahkamah Sesyen telah menolak tuntutan plaintif ini dengan kos sebanyak RM14,000.00 melalui perintah bertarikh 22 Disember 2024 dan jumlah kos ini juga tidak dibayar oleh plaintif kepada Defendan 1. Walaupun peguam cara Defendan 1 telah membuat serahan menuntut kos-kos ini dari plaintif; namun dokumen-dokumen dipulangkan kepada peguam cara Defendan 1 dengan catatan tidak dituntut. Serahan kepada syarikat plaintif juga dibuat, tetapi plaintif enggan menerima serahan tersebut.

[8] Plaintif gagal menunjukkan apa-apa keadaan khas untuk menjustifikasikan permohonan penggantungan perlaksanaan ini selain keingkaran plaintif untuk mematuhi perintah-perintah mahkamah yang dinyatakan di atas menunjukkan plaintif tidak berniat untuk membayar apa juga penghakiman yang diperolehi Defendan 1 dan Defendan 4.

C. Keputusan Mahkamah

[9] Mahkamah di dalam menjalankan budi bicaranya untuk menggantungkan prosiding khususnya prosiding perlaksanaan akan berhati-hati sama ada untuk membenarkan permohonan seumpamanya. Ini adalah untuk mengelakkan pihak yang telah berjaya di dalam tuntutannya dari dihalang dari menikmati "fruits of litigation" atas tuntutannya. Walaubagaimanapun seandainya plaintif berjaya menunjukkan kepada mahkamah bahawa terdapatnya satu keadaan khas yang mewajarkan satu perintah penggantungan diberi, maka mahkamah akan menggunakan budi bicaranya untuk membenarkan permohonan penggantungan ini.

[10] Apakah yang dimaksudkan dengan 'keadaan khas' diperjelaskan di dalam (2) autoriti yang sering diguna pakai


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top