SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2025 MarsdenLR 4369

MAHKAMAH MAJISTRET BATU PAHAT
PENDAKWA RAYA LWN. BOBBY JUNIT
[Kes Jenayah No: JC-83-35-01/2025]



Petitioner Advocates:Farah Wahida Mohd Sharip ,Respondent Advocate: Normahani Raais

PENGHAKIMAN

Arun Noval Dass M:

[1] Tertuduh dalam kes ini dituduh di Mahkamah ini pada 31 Januari 2025 di atas satu pertuduhan di bawah s 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama s 326A Kanun Keseksaan seperti berikut:

PERTUDUHAN:-

"Bahawa kamu pada 28 Januari 2025 jam lebih kurang 1125 Hrs, bertempat di rumah alamat No 2-1 Blok B, Tingkat 1, Rumah Pangsa Pesta, Daerah Batu Pahat, di dalam Negeri Johor Darul Takzim, telah dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isteri kamu nama (dirahsiakan). Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama s 326A Kanun Keseksaan"

[2] Pertuduhan tersebut telah dibacakan kepada Tertuduh dan diterangkan kepada Tertuduh dan Tertuduh telah mengaku bersalah terhadap Pertuduhan tersebut. Mahkamah telah berpuas hati bahawa Tertuduh memahami sifat dan akibat pengakuan salah, terutamanya mengenai hukuman yang bakal dikenakan sebagaimana dinyatakan di bawah undang-undang.

[3] Seterusnya, fakta kes dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan ditandakan sebagai ekshibit P1. Setelah dibacakan dan diterangkan kepada Tertuduh, Tertuduh mengakui fakta kes tersebut. Fakta kes yang dikemukakan pihak pendakwaan adalah seperti berikut:

"Pada 28 Januari 2025 pada jam lebih kurang 1125 Hrs semasa Pengadu berada di rumah di alamat No 2-1, Blok B, Tingkat 1, Rumah Pangsa Pesta, 83000 Batu Pahat, Johor telah berlaku perselisihan faham dengan kamu. Semasa Pengadu menarik langsir bilik, kamu telah memarahi pengadu dan bertindak menarik tangan pengadu. Kemudian, kamu telah menolak Pengadu dan menendang bahagian kanan badan Pengadu sehingga Pengadu terjatuh.

Bertindak atas maklumat, pada 28 Januari 2025 pada jam lebih kurang 1730 hrs, ASP Mohd Anizan Bin Mohamad @ Mohd Zin bersama anggota D7 bahagian siasatan jenayah IPD Batu Pahat telah membuat tangkapan terhadap kamu di perkarangan IPD Batu Pahat bersabit Batu Pahat Rpt: 2308/25.

Pegawai Perubatan di Hospital Sultanah Nora Ismail mengesahkan Pengadu mengalami kecederaan "Soft Tissue Injury over Right Chest" kesan daripada perbuatan kamu terhadap Pengadu. Semasa kejadian, kamu dan Pengadu merupakan suami isteri.

Perbuatan kamu terhadap pengadu juga telah dilihat saksi di tempat kejadian iaitu anak dan Ibu Mertua kamu. Oleh yang demikian, kamu telah didapati melakukan kesalahan di bawah s 323/326A Kanun Keseksaan."

[4] Tertuduh juga telah mengakui benar kesemua ekshibit-ekshibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan (Eks P4-P7). Mahkamah berpuas hati bahawa Tertuduh mengaku bersalah dan telah memahami sepenuhnya sifat dan akibat pengakuan, maka pengakuan salah Tertuduh diterima dan Tertuduh didapati bersalah atas 1 kesalahan di bawah s 323 dibaca bersama s 326A Kanun Keseksaan.

[5] Dalam rayuan mitigasinya, Tertuduh melalui Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan ("YBGK") memohon hukuman yang bakal dikenakan dikurangkan kerana Tertuduh berusia 36 tahun dan menanggung 5 orang anak iaitu 3 anak kandung dan 2 anak tiri. Peguam YBGK turut memaklumkan bahawa Tertuduh bekerja sebagai Penolong Penyelia dengan pendapatan RM1,800.00 dan Tertuduh adalah penanggung tunggal keluarga Tertuduh.

[6] Peguam YBGK juga berhujah bahawa pengakuan bersalah Tertuduh menjimatkan masa dan kos, dan memandangkan Tertuduh telah insaf, peguam YBGK memohon supaya Tertuduh dikenakan hukuman penjara yang minimum.

[7] Pihak pendakwaan berhujah bahawa pengakuan salah Tertuduh tidak mewajarkan pengurangan hukuman secara automatik memandangkan kepentingan awam melebihi kepentingan Tertuduh dan merujuk kepada kes PP v. Md Rashid Harun; [2000] 3 MLJ 503; [2000] 3 CLJ 832. Pihak pendakwaan pohon hukuman berat atas alasan-alasan berikut:

(a) Keseriusan kesalahan, pertuduhan adalah di bawah s 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama s 326A Kanun Keseksaan. Kesalahan tersebut memperuntukkan penjara boleh sampai 2 kali ganda hukuman di bawah s 323 Kanun Keseksaan. Perkara ini menunjukkan Parlimen mengambil serius kesalahan ini;

(b) Tertuduh sebagai suami sepatutnya me


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top