SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 1314

MAHKAMAH SESYEN KUALA TERENGGANU
FATIMAH ZAHARAH JUSOH & YANG LAIN LWN. MUHAMMAD AYUB RAZALI & SATU LAGI
[Guaman Sivil No: TA-B53KJ-2-01/2023]



Petitioner Advocates:Elango,Nargis Kasam ,Respondent Advocate: Wan Muhammad Shafiq

PENGHAKIMAN

Nazlyza Mohamad Nazri HMS:

A. Pengenalan

[1] Plaintif-Plaintif dalam tindakan ini menyaman Defendan-Defendan berakibat satu kemalangan jalan raya yang telah berlaku pada 18 Februari 2020 jam lebih kurang 6.00 petang di KM 39.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di antara dua (2) buah kereta yang memandu dari arah saling bertentangan.

[2] Plaintif Pertama memandu kereta jenis Perodua Axia no pendaftaran TCC 4398 manakala Defendan Pertama dari arah bertentangan memandu kereta jenis Proton Iswara bernombor pendaftaran TV 1114 dan kemalangan ini telah menyebabkan kematian penumpang di tempat duduk belakang kereta dipandu Plaintif iaitu penama, Zakaria bin Nordin (si mati).

[3] Sepanjang perbicaraan Plaintif telah mengemukakan seramai lapan (8) orang saksi manakala Defendan hanya mengemukakan seorang saksi pakar iaitu SD1 dan menutup kesnya.

[4] Pada 16 Januari 2025, setelah Mahkamah ini meneliti dan mempertimbangkan keseluruhan keterangan dan hujah kedua belah pihak, Mahkamah ini mendapati dan memutuskan bahawa di atas imbangan kebarangkalian Defendan Pertama adalah bertanggungan sepenuhnya di dalam kemalangan ini dan demikian tuntutan Plaintif-Plaintif dibenarkan atas dasar 100%.

[5] Untuk Kuantum, Gantirugi Am yang dibenarkan kepada Plaintif Pertama adalah berjumlah RM71,000.00, Plaintif Ketiga/SP7 adalah berjumlah RM138,500.00 manakala Gantirugi Am bagi Plaintif Keempat dibenarkan dengan jumlah RM254,000.00 sahaja.

[6] Untuk kuantum Gantirugi Khas yang dibenarkan kepada Plaintif Pertama/pemandu adalah RM2,938.00.

[7] Manakala, bagi tuntutan kerosakan motokar no pendaftaran TCC 4398 oleh Plaintif Kedua/pemilik berdaftar motokar yang telah disetujui pihak-pihak ditarik balik adalah dibatalkan tanpa kos.

[8] Bagi tuntutan kehilangan tanggungan/dependency claim Plaintif Ketiga dan anaknya, Plaintif Keempat berakibat kematian si mati dalam kemalangan ini, Mahkamah membenarkan sejumlah RM82,800.00 manakala sejumlah RM6,900.00 dibenarkan kepada Plaintif Kelima (ibu si mati) bagi tuntutan yang sama.

[9] Kos pengebumian dengan jumlah RM2,000.00 juga dibenarkan kepada Plaintif Ketiga sebagaimana disetujui pihak-pihak. Bagi tuntutan kesedihan/bereavement oleh Plaintif Ketiga/SP7, Mahkamah ini membenarkan jumlah RM30,000.00 tersebut akibat kehilangan si mati selaras s 7(3b)(A) Pindaan Akta Undang-Undang Sibil 1956.

[10] Selanjutnya, Gantirugi Khas yang dibenarkan kepada Plaintif Ketiga/SP7 adalah RM5,405.85 (dengan faedah) dan RM150,420.00 (tanpa faedah) dan Gantirugi Khas dibenarkan kepada Plaintif Keempat adalah RM5,495.00 (dengan faedah) dan RM6,600.00 (tanpa faedah).

[11] Tuntutan Balas dan Tolakan oleh Defendan adalah ditolak sebagaimana dapatan dan keputusan liabiliti Mahkamah di atas.

[12] Faedah dibenarkan 5% setahun terhadap Gantirugi Am bermula dari tarikh penyerahan saman sehingga tarikh penghakiman, 2.5% setahun terhadap Gantirugi Khas bermula dari tarikh kemalangan sehingga ke tarikh penghakiman dan kadar 5% setahun atas Gantirugi yang dibenarkan dikira dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh.

[13] Kos tindakan yang diputuskan adalah mengikut skala berdasarkan liabiliti yang dibenarkan. Turut diperintahkan untuk bayaran dibuat kepada Plaintif-Plaintif melalui Akuan Pelanggan Peguamcara Plaintif, Tetuan Nargis Kasam & Associates.

[14] Tidak berpuas hati dengan keseluruhan Keputusan liabiliti dan kuantum oleh Mahkamah ini, Defendan-Defendan telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 28 Januari 2025 merayu terhadap keseluruhan Keputusan liabiliti dan kuantum dan demikian Alasan ini disediakan.

B. Liabiliti

Versi Plaintif

[15] Keterangan pemandu iaitu Plaintif Pertama/SP4 yang memandu kereta jenis Perodua Axia no pendaftaran TCC 4398 mengesahkan bahawa semasa kejadian kereta dipandunya bergerak dari Gong Kasim hendak Kelulut (dari bawah ke atas merujuk Rajah Kasar/P8) manakala kereta jenis Proton Iswara TV 1114 dipandu Defendan Pertama bergerak dari arah Kelulut menghala ke Gong Kasim (di arah bertentangan/dari atas ke bawah Rajah K


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top