SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 4608

MAHKAMAH SESYEN KANGAR
PENDAKWA RAYA LWN. MUHAMMAD HALIMI MUHAMAD
[Kes No: RA-62JSK-14-05/2022]



Petitioner Advocates:Nabilah Ahmad Po'ad ,Respondent Advocate: Mohd Hakim Hamran

PENGHAKIMAN

Musyiri Peet HMS:

[1] Di dalam kes ini, tertuduh, iaitu Muhammad Halimi Bin Muhamad (OKT) telah dituduh dengan pertuduhan di bawah s 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Pertuduhan adalah seperti berikut:

Pertuduhan ke atas OKT adalah seperti berikut:

"Bahawa kamu pada 20 Mei 2022, jam lebih kurang 6.00 petang, bertempat di dalam sebuah bilik no 210, Hotel Soo Guan Villa, Jejawi dalam daerah Arau, dalam Negeri Perlis, bagi maksud seksual telah melakukan perbuatan amang seksual fizikal dengan memegang dan menghisap payudara kanak-kanak X, No K/P: Y berumur 16 tahun 4 bulan. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 14(a) akta kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 (akta 792)."

(Nama mangsa serta nombor kad pengenalan tidak didedahkan demi kebajikan mangsa kanak-kanak)

Latar Belakang Kes

[2] OKT telah memohon untuk dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan tersebut dibacakan kepadanya. Sepanjang perbicaraan, OKT diwakili oleh peguam pilihannya sendiri. Keseluruhannya pihak pendakwaan telah memanggil seramai 5 orang saksi pendakwaan sebelum menutup kesnya. Saksi-saksi pendakwaan adalah seperti berikut:

Kes Pendakwaan

[3] Keterangan saksi-saksi pendakwaan dapatlah diringkaskan seperti berikut.

[4] Menurut SP1, pada 20 Mei 2022, jam lebih kurang 4.00 petang, SP1 telah dibawa oleh OKT dengan menaiki kereta OKT dari tempat SP1 bekerja ke kedai salon rambut. Selepas itu, dari kedai salon rambut, lebih kurang pada pukul 6 petang, OKT mengajak SP1 ke Hotel Soo Guan Villa, Jejawi, Arau untuk tujuan melepak. OKT merupakan majikan SP1 di mana OKT menjalankan perusahaan mencuci kenderaan. Pada waktu itu, SP1 baru seminggu bekerja di tempat OKT.

[5] Setelah sampai di hotel tersebut, OKT telah keluar dari kereta dan mendaftar masuk ke sebuah bilik di hotel tersebut iaitu di nombor bilik 210. Semasa proses mendaftar masuk dibuat oleh OKT, SP1 menunggu di dalam kereta.

[6] Selepas itu, OKT terus mengajak SP1 naik ke tingkat dua hotel tersebut dengan tujuan melepak dan bersembang.

[7] Semasa berada di dalam bilik tersebut, menurut SP1, OKT duduk di atas katil manakala SP1 masih berdiri. OKT kemudiannya mengajak SP1 untuk duduk bersama di atas katil dan SP1 menuruti arahan OKT.

[8] Selepas itu, SP1 menegaskan, OKT telah memegang payudara SP1 dan OKT telah membuka baju SP1 serta seluar SP1. SP1 juga menyatakan OKT telah menghisap payudara SP1 serta telah mengangkangkan kedua-dua belah kaki SP1 dan telah memasukkan kemaluan OKT ke dalam kemaluan SP1.

[9] Selepas kejadian tersebut, SP1 telah pulang ke rumahnya. Di rumah SP1, SP1 telah terserempak dengan bapa saudara SP1, iaitu SP2. Memandangkan SP1 tidak pulang ke rumah semalaman, SP2 telah mendesak SP1 perihal kenapa dia tak kembali ke rumah malam sebelumnya. Setelah didesak, SP2 merupakan orang pertama di mana SP1 menceritakan kejadian yang berlaku.

[10] Setelah mendengar cerita SP1, SP2 terus meminta SP1 untuk membuat laporan polis kerana SP1 pada ketika itu baru berumur 16 tahun 4 bulan. Laporan Polis telah dibuat oleh SP1 sendiri pada 22 Mei 2022 jam lebih kurang 2.05 pagi sepertimana Arau/001476/22 (eksibit P2).

[11] Selanjutnya, OKT telah ditangkap dan seterusnya direman. OKT kemudiannya telah dituduh dengan pertuduhan di bawah s 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Dapatan Mahkamah Di Akhir Kes Pendakwaan

[12] Di akhir kes pendakwaan, mahkamah ini telah mendengar dengan cermat segala keterangan saksi-saksi pendakwaan dan meneliti ekshibit-ekshibit yang difailkan. Seksyen 173(h)(i) Kanun Prosedur Jenayah telah memberikan garis panduan yang harus dipatuhi di akhir kes pendakwaan seperti berikut:

"The following procedure shall be observed by Magistrates in summary trials:

(h)(i) if the Court finds that a prima facie case been made out against the accused on the offence charged, the Court shall call upon the accused to enter on his defence."

[13] Apakah yang dimaksudkan dengan fasa 'prima facie' tela


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top