MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
HEMANATHAN SELVARAJAH LWN. PENDAKWA RAYA & SATU LAGI RAYUAN
[Rayuan Jenayah No: B-07-111-12/2024 & B-07-113-12/2024]
PENGHAKIMAN
Pendahuluan
[1] Hemanathan A/L Selvarajah (Hemanathan) dan Nithiyan A/L Nagarajan (Nithiyan) telah ditahan pada 3 Mei 2024 dan kemudiannya dituduh dengan pertuduhan melakukan kesalahan menganggotai kumpulan jenayah terancang menurut subseksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (KK) di Mahkamah Sesyen Kuala Selangor pada 29 Mei 2024. Oleh kerana kesalahan menurut subseksyen 130V(1) KK telah disenaraikan sebagai kesalahan keselamatan di dalam Jadual Pertama, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 2012 (SOSMA), Hemanathan dan Nithiyan tidak boleh diberikan jaminan menurut s 13(1) SOSMA, dan telah berada dalam tahanan reman di Penjara Sungai Buloh semenjak ditahan sementara menunggu perbicaraan. Kes terhadap Hemanathan dan Nithiyan kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Klang untuk dibicarakan.
[2] Di Mahkamah Tinggi Klang, Hemanathan dan Nithiyan telah membuat permohonan untuk dilepaskan dengan jaminan menurut subseksyen 13(2) SOSMA. Alasan yang disandarkan ialah bahawa mereka tergolong dalam kategori orang yang sakit atau uzur, iaitu alasan berdasarkan perenggan 13(2)(c) SOSMA. Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi (HMT) telah menolak permohonan mereka. Hemanathan dan Nithiyan kemudiannya mengemukakan permohonan melalui satu Notis Usul ke Mahkamah ini bagi memohon kebenaran untuk dilepaskan dengan ditetapkan suatu kadar jaminan yang munasabah serta boleh dikenakan apa-apa syarat tambahan oleh Mahkamah sementara menunggu perbicaraan.
[3] Di hadapan kami, permohonan Hemanathan disenaraikan sebagai NU10 dan permohonan Nithiyan disenaraikan sebagai NU11. Kedua-dua permohonan tersebut telah dipanggil dan didengar secara bersama. Untuk memudahkan sebutan, kedua-dua pemohon akan dirujuk dengan menggunakan nama mereka secara individu dan secara jamaknya akan dirujuk sebagai "pemohon-pemohon".
Pendengaran Permohonan Di Hadapan Kami
[4] Permohonan pemohon-pemohon telah ditetapkan untuk pendengaran pada 14 Januari 2025. Setelah membuat pemerhatian berkaitan dengan keadaan fizikal pemohon-pemohon yang kelihatan seperti tiada masalah kesihatan, dan setelah mengemukakan beberapa soalan berhubung dengan kesihatan pemohon-pemohon, kami dimaklumkan oleh peguam pemohon-pemohon bahawa mereka tidak dapat mengemukakan status terkini keadaan kesihatan anak guamnya kerana kesukaran mendapatkan kebenaran daripada pihak Jabatan Penjara untuk membawa keluar pemohon-pemohon bagi menjalani pemeriksaan perubatan di mana-mana hospital swasta atau pun hospital kerajaan.
[5] Oleh kerana ketiadaan maklumat terkini untuk menentukan tahap kesihatan pemohon-pemohon, kami telah memutuskan untuk menangguhkan pendengaran permohonan dan telah memberikan arahan kepada pihak Jabatan Penjara untuk membawa pemohon-pemohon ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dalam tempoh yang munasabah. Satu tarikh pengurusan kes telah ditetapkan pada 28 Januari 2025.
[6] Pemohon-pemohon telah dibawa ke HSB oleh pihak Jabatan Penjara untuk pemeriksaan kesihatan dan pihak HSB telah pun menyediakan dua laporan perubatan. Laporan perubatan untuk Hemanathan bertarikh 27 Januari 2025 disediakan oleh Dr Benedict Sim Lim Heng dan laporan perubatan Nithiyan bertarikh 6 Februari 2025 disediakan oleh Dr Mohd Abd Hafiz bin Mohd Abd Rahim telah dikemukakan kepada Mahkamah dan juga kepada peguam pemohon-pemohon. Permohonan pemohon-pemohon didengar di hadapan kami pada 26 Februari 2025.
Permohonan Pemohon-Pemohon
Pemohon-pemohon telah mengemukakan alasan-alasan permohonan melalui afidavit-afidavit yang difailkan di dalam permohonan masing- masing. Kami perhatikan bahawa alasan-alasan yang diberikan di dalam kedua-dua afidavit adalah hampir sama kecuali di bahagian keterangan berkaitan dengan penyakit yang dihadapi pemohon-pemohon.
i. Hemanathan
[7] Keterangan berkaitan dengan keadaan kesihatan Hemanathan boleh dilihat di perenggan 7 hingga 13 afidavit sokongan. Hemanathan juga menyatakan bahawa semasa di dalam tahanan reman di penjar
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.