SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Headnote Court Copy Facts Arguments Court observation Judicial Analysis Case Map Category Hierarchy Table of Content
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 4348

MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH
UNITED HIGHLANDS SDN BHD & SATU LAGI LWN. BADAN PENGURUSAN BERSAMA SELESA HILLHOMES
[Guaman Sivil No: CB-22NCVC-5-05/2023]



Petitioner Advocates:Alliff Benjamin Suhaimi,Rachel Ng Li Hui,Eunice Wong Kai Xin ,Respondent Advocate: Lai Chee Meng,Mou Kar Wye

PENGHAKIMAN

Roslan Mat Nor H:

Latar Belakang

[1] Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua adalah merupakan syarikat yang terlibat dalam perniagaan pembangunan harta tanah dan pemegang pelaburan.

[2] Defendan adalah sebuah badan pengurusan bersama yang ditubuhkan sekitar tahun 2008 di bawah Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaran dan Pengurusan) 2007 [Akta 663].

[3] Plaintif-Plaintif telah menuntut bahawa amaun yang dikatakan telah diterima oleh Defendan sebagai suatu pegangan. Ini dinyatakan dalam Kertas Mahkamah 1 (KM 1) bersama-sama dengan Penyata Tuntutan.

Kertas Mahkamah 125

[4] Kes ini melibatkan notis permohonan KM 125 di mana Plaintif-Plaintif memohon seperti berikut:

(i) Peguam bela dan peguam cara Lai Chee Meng yang beramal di bawah nama dan gaya Tetuan CM Lai & Partners dan atau firma guaman Tetuan CM Lai & Partners dihalang daripada bertindak sebagai peguam cara bagi pihak Defendan dalam tindakan ini; dan

(ii) Kos permohonan ini dibayar oleh Defendan.

[5] Alasan permohonan Plaintif-Plaintif adalah seperti yang berikut:

(a) Pada atau sekitar 30 September 2024, Tuan Zainal Azlan Bin Abdul Kadir, iaitu Presiden Tribunal Pengurusan Strata dalam Tuntutan Pengurusan Strata Putrajaya No: TPS/W-3876-6/2024, TPS/W-3949-6/2024, dan TPS/W-3950-6/2024 ("Prosiding-prosiding Tribunal tersebut") telah memutuskan bahawa Defendan tersebut telah ditubuhkan secara tidak sah.

(b) Lanjutan daripada keputusan Tribunal Pengurusan Strata di atas, terdapatnya perkembangan baru-baru ini dalam Guaman No: CA-23NCvC-4-07/2024 yang menyokong keputusan tersebut.

(c) Terdapat juga keadaan-keadaan yang menunjukkan bahawa Peguamcara Disangkal tersebut tidak mempunyai autoriti daripada Defendan untuk menindak baginya dalam Guaman ini.

(d) Peguamcara Disangkal tersebut telah bertindak dalam Guaman ini walaupun dia tahu dan/atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kelakuan profesionalnya akan dipertikaikan.

(e) Peguamcara Disangkal tersebut telah bertindak dalam Guaman ini walaupun ia telah menyebabkan atau akan menyukarkan dia untuk mengekalkan kebebasan profesionalnya atau tidak selaras dalam kepentingan terbaik pentadbiran keadilan.

Affidavit Sokongan Plaintif

[6] Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa Defendan telah memulakan prosiding-prosiding di hadapan Tribunal Pengurusan Srata. Pada 6 Julai 2023 Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Bentong telah mengeluarkan surat mengisytiharkan bahawa jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama Selesa Hillhomes tidak ditubuhkan dengan betul dan mengarahkan satu Mesyuarat Agong Luar Biasa ("EGM") dimulakan. Seorang Ng Meng Yong telah dilantik mengelolakan EGM tersebut. Ng Meng Yong telah mengeluarkan Notis EGM pada 13 Julai 2023. Mahkamah Tinggi Malaya telah memerintahkan Ng Meng Yong menarik kembali Notis EGM tersebut dan mengarahkan mengeluarkan notis baharu untuk EGM. (Eksibit 4 Affidavit Aljafri bin Abdul Majid).

Affidavit Jawapan Defendan-Defendan

[7] Defendan melalui affidavit Kong Kin Khai menyatakan bahawa Mesyuarat Agong Tahunan ("AGM") telah dijalankan pada 30 Disember 2023 dan telah berjaya membentuk jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama Selesa Hillhomes (Badan Pengurusan Bersama (JMB)) yang telah disahkan oleh Pesuruhjaya Bangunan Bentong. Ini bermakna perintah Mahkamah pada 18 Disember 2023 telah menjadi akademik. Ini ditambah pula perintah bertarikh 18 Disember 2023 dikekalkan sehingga tamat tempoh jawatankuasa JMC pada 27 November 2023.

[8] Pelantikan Tetuan CM Lai & Partners sebagai peguam cara bertindak bagi pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) dibuat pada 30 Disember 2023. Ini dapat dilihat melalui eksibit "JMB-5" terutama di Agenda 5 seperti yang berikut:

"AGENDA 5: APPOINTMENT OF LEGAL COUNSEL

5.3 Mr Ho Thong Mee then proceeded to a vote to appoint Messrs CM Lai & Partners as the legal counsel, with the following results:

5.4 By virtue of the votes, it is hereby declared and resolved that JMB appoints, reaffirms, and ratifies the appointment of CM Lai & Partners as legal counsel for JMB for cases referred to i


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top