SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 595

MAHKAMAH MAJISTRET SELAYANG
PENDAKWA RAYA JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SELANGOR LWN. MOHD SHAHROLLIZAM ABD RAHMAN
[No Kes: BD-89-20-01/2025]



PENGHAKIMAN

Chai Guan Hock M:

Pendahuluan

[1] Permohonan di Kand. 3 dalam kes ini oleh pihak pendakwa raya Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor ("pemohon") adalah untuk mendapatkan suatu perintah kelulusan lucuthak (a) sebuah motorlori jenis ISUZU (NPR81UKH) berwarna putih No pendaftaran KFP 2133 untuk dijadikan hasil kerajaan dan lucuthak wang hasil lelongan karkas seberat 733.3kg dengan nilai RM10,999.50 untuk dijadikan hasil Kerajaan di bawah s 73B(5) Akta Binatang 1953.

[2] Pendengaran permohonan di Kand. 3 telah ditetapkan pada 17 Januari 2025 sebagaimana dinyatakan dalam saman di Kand. 1, mengikut s 36(7) Akta Binatang 1953, dengan kehadiran pemohon dan responden.

Fakta Ringkas

[3] Pada 2 November 2024, lebih kurang jam 0120 hrs, pihak berkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Negeri Selangor (pengadu) bersama dua (2) orang pegawai pihak berkuasa veterinar sebagaimana dinyatakan dalam laporan polis di Kand. 2 telah menahan dan memeriksa sebuah (1) motolori jenis ISUZU (NPR81UKH) No pendaftaran KFP 2133 di tepi Jalan KM 13, Jalan Lingkaran Tengah 2, 68100 Batu Caves, Selangor yang membawa muatan dua puluh enam (26) ekor lembu yang bernombor tag telinga (1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 044, 045, 046, 047, 048, 049, 050, 069, 070, 075, 076, 078, 079, 090, 093, 094).

[4] Pemeriksaan mendapati pemandu / responden telah gagal mengemukakan dokumen kebenaran bertulis yang sah dari Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor dan/atau mana-mana pihak berkuasa veterinar. Oleh itu, pengadu telah bertindak mengambil milik/menyita dua puluh enam (26) ekor lembu dan sebuah (1) motolori jenis ISUZU (NPR81UKH) No pendaftaran KFP 2133 beserta serangkai kunci motorlori tersebut.

[5] Satu senarai penyitaan telah diserahkan kepada pemandu/responden setelah ditandatangani. Pengadu kemudianya telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Sri Muda (Kand. 2). Sehubungan dengan itu, dua puluh enam (26) ekor lembu telah dilupuskan secara sembelihan melalui lelongan karkas seberat 733.3kilogram (kg) dengan nilai RM 10,999.50 melalui perintah Mahkamah pada 14 November 2024(BD-89-955-11/2024). Pada 15 Disember 2024 satu tawaran kompaun telah dikeluarkan kepada responden sejumlah RM 3,000.00 dan telah dibayar pada 14 Januari 2025 sebagaimana di Kand. 7.

[6] Pendengaran untuk permohonan di Kand. 3 kemudiannya ditetapkan pada 17 Januari 2025 dan keputusan Mahkamah dikeluarkan pada hari yang sama memihak kepada pihak pemohon seperti berikut:

Mahkamah:

"Mahkamah telah membuat pertimbangan ke atas hujahan pihak-pihak dan permohonan yang dibuat oleh pihak Pendakwaan Jabatan Veterinar di kandungan 3 dan semua keterangan dan dokumen telah difailkan Mahkamah serta trend-trend hukuman atau perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah juga dipertimbangkan oleh Mahkamah. Semua keterangan dan dokumen difailkan dari kandungan 1, 2, 4 hingga 10 juga telah dipertimbangkan oleh Mahkamah. Mahkamah mengeluarkan perintah kelulusan untuk melucuthakkan sebuah motolori jenis Isuzu berwarna putih nombor pendaftaran KFP 2133 untuk dijadikan hasil Kerajaan di bawah s 73B(5) Akta Binatang dan juga Mahkamah mengeluarkan perintah untuk lucutkan wang hasil lelongan karkas bernilai RM10,999.50 untuk dijadikan hasil Kerajaan juga di bawah s 73B(5) Akta Binatang 1953. Itu sahaja."

[7] Tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah tersebut, 1 notis rayuan kemudian difailkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 28 Januari 2025 di Kand. 13.

Hujahan Pemohon

[8] Pihak pemohon merujuk kepada permohonan di Kand. 3, saman di Kand. 1, laporan polis di Kand. 2 dan semua dokumen sokongan di Kand. 4 hingga 10 serta mengemukakan trend-trend hukuman yang sama di Mahkamah-Mahkamah lain di Negeri Selangor, menghujahkan seperti berikut:

"PO: Dengan izin Tuan, Mohamad Sharif Safuan hadir pihak berkuasa veterinar untuk pendengaran permohonan di Kand. 3. Tuan, hari ini ditetapkan pendengaran permohonan di Kand. 3 bagi melucuthakkan wang hasil jualan RM10,999.50 dan sebuah motolori nombor pendaftaran KFP 2


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top