MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
VASANTHI BALAKRISNAN LWN. SUNWAY MEDICAL CENTRE SDN BHD & SATU LAGI
[Guaman No: BA-22NCvC-534-12/2022]
PENGHAKIMAN
Pengenalan
[1] Puan Vasanthi a/p B Balakrisnan (Plaintif) mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Ahmad Hisham Ab Rashid (Defendan Kedua) dan Sunway Medical Centre Sdn Bhd (Defendan Pertama).
[2] Plaintif berumur 56 tahun ketika pernyataan tuntutannya difailkan. Pada masa material, Plaintif bekerja sebagai ejen insurans dengan Allianz Malaysia.
[3] Defendan Pertama menyatakan bahawa Defendn Kedua memasuki Perjanjian Amalan Doktor bertarikh 1 November 2013 dengan Defendan Pertama; Defendan Kedua ialah seorang kontraktor bebas yang menjalankan amalan perubatannya sebagai Pakar Perunding Pembedahan Saraf di Sunway Medical Centre; tiada perhubungan majikan-pekerja dan/atau agensi antara Defendan Pertama dan Defendan Kedua; segala rawatan, jagaan dan pengurusan pesakit adalah di bawah tanggungjawab, kawalan dan pengurusan tunggal Defendan Kedua dan bukan di bawah kawalan dan pengurusan Defendan Pertama.
[4] Defendan Kedua menyatakan bahawa Defendan Kedua ialah Perunding Jurubedah Ortopedik & Trauma yang berkhidmat dan beramal sebagai kontraktor bebas di Sunway Medical Centre. Defendan Kedua mengakui mempunyai kewajipan berjaga-jaga semasa Plaintif berada di bawah jagaan Defendan Kedua untuk rawatan, penjagaan dan pengurusan.
Butir-butir Kecederaan Plaintif
[5] Plaintif memplidkan bahawa kecederaan yang berikut adalah disebabkan atau disumbangkan oleh Defendan-Defendan (perenggan 27 pernyataan tuntutan):
a) kepatahan ulna distal kiri yang tidak dirawat;
b) kepatahan radius distal "malunited";
c) kecacatan langkah pada radius distal yang menjejaskan sendi radiocarpal;
d) kesakitan, ketidakstabilan dan kebengkakan pada pergelangan tangan kiri;
e) julat pergerakan pergelangan tangan kiri yang terhad;
f) koyakan TFCC;
g) "chonromalacia" di sebelah tulang lunat kiri;
h) synovitis pada pergelangan tangan kiri; dan/atau
i) pembedahan ke-2.
[6] Defendan Kedua mengakui bahawa tarikh 27 Januari 2017 ialah tarikh Defendan Kedua melihat Plaintif di kliniknya di Sunway Medical Centre. Defendan Kedua mencatatkan/merekodkan sejarah Plaintif dalam nota klinikalnya iaitu-
i. dakwaan jatuh di rumah.
ii. aduan sakit dan bengkak pada pergelangan tangan kirinya.
iii. tiada kehilangan kesedaran.
iv. tiada masalah perubatan.
v. tiada alahan kepada ubat ponstan.
[7] Laporan radiologi X-ray pada pergelangan tangan kiri dan tangan Plaintif oleh Dr Adam Pany, Pakar Radiologi mendedahkan keretakan tulang pada hujung 'distal' 'radius' kiri serta di ulna. Plaintif diberikan 2 pilihan rawatan oleh Defendan Kedua iaitu menggunakan 'casting' (yang membolehkan penyembuhan secara sendiri) atau pembedahan. Keretakan di ulna akan dibiarkan sembuh dengan sendirinya tanpa perlu pembedahan manakala kecederaan pada 'radius' ialah dengan menjalani pembedahan.
[8] Plaintif bersetuju untuk menjalani pembedahan dan pembedahan dijalankan bagi keretakan pada 'radius'. Arahan penjagaan selepas pembedahan diberikan oleh Defendan Kedua kepada jururawat dan Defendan Kedua telah menjelaskan keputusan pembedahan kepada suami Plaintif.
[9] Sehari selepas pembedahan iaitu pada 28 Januari 2017, Defendan Kedua berjumpa Plaintif di wad dan merekodkan bahawa tiada apa-apa aduan kesakitan, tiada loya/tiada muntah dan tiada demam. Plaintif berada dalam keadaan selesa dan tanda vitalnya adalah stabil, peredaran darah adalah baik dan bengkak pada pergelangan tangan adalah minimum. Plaintif dipakaikan dengan anduh lengan dan pemeriksaan ulangan X-ray pada pergelangan tangan kiri dilakukan. Pada 29 Januari 2017, Plaintif didiscaj dan dijadulkan datang bagi temujanji susulan dengan Defendan Kedua iaitu dari 29 Januari 2017 hingga 4 Februari 2017.
[10] Plaintif hadir pada temujanji susulan dengan Defendan Kedua dan Defendan Kedua merekodkan bahawa tiada aduan kesakitan selain daripada pada 4 Februari 2017 itu, Plaintif mengadu kesakitan pada tangannya.
[11] Pada 8 Februari 2017, Plaintif hadir pada temujanji susulan dan Defendan Kedua merekodkan keadaan Plaintif adalah baik dan X-ray akan diad
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.