SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 5710

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
ALTRATEC SDN BHD LWN. THONG YOUNG KOON & YANG LAIN
[Guaman No: BA-23NCvC-60-12/2022]



Petitioner Advocates:Brendan Navin Siva,Aida Haryani,Syereen Tang Leong Mendy ,Respondent Advocate: R Ramanathan

PENGHAKIMAN

Rozi Bainon PK:

Pengenalan

[1] Kes di hadapan mahakamah ini melibatkan 3 penjuru yang mana pihak-pihak diringkaskan seperti jadual di bawah:

[2] Pada 11 Julai 2023, mahakamah Tinggi ini telah membenarkan Notis Permohonan oleh Defendan Keenam (En Ragunath a/l Kesavan (Beramal sebagai pemilik tunggal atas nama dan gaya Tetuan Kesavan) untuk membatalkan Tuntutan balas Pertama oleh Plaintif-Plaintif (En Thiagu a/l Nyanaselan/En Thiagu) & Pn Celvee a/p Marimuthoo/Pn Chelvee) terhadap Defendan Keenam.

En Thiagu & Pn Chelvee tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan interlokutori ini.

Perbicaraan

[3] Dalam perbicaraan pada 13 Jun 2024, 14 Jun 2024, 29 Julai 2024, 31 Julai 2024, 4 Disember 2024, 5 Disember 2024, 6 Disember 2024, 9 Disember 2024, 18 Februari 2025, 19 Februari 2025, 20 Februari 2025, 21 Februari 2025, 13 Mac 2025 dan 14 Mac 2025 selama 14 hari, mahakamah ini telah mendengar keterangan lisan 8 orang saksi, iaitu:

Saksi tunggal bagi pihak Altratec Sdn Bhd:

• Pn Lean Gaik Mooi, Pengarah Altratec Sdn Bhd, SP-1.

Saksi bagi pihak En/Dato' Thong Young Khoon:

• En/Dato' Thong Young Khoon, Pesara, SD1-1.

• En Mohd Nazrul bin Ngaimin, Penolong Pegawai Tadbir mahakamah Shah Alam, SD1-2.

• En Zailani bin Panot, Pesara, SD1-3.

Saksi bagi pihak En Thiagu & Pn Chelvee:

• En Krishna Murthy, Peguam, SD2 & 3-1.

• En Thiagu a/l Nyanaselan, ahli perniagaan, SD2 & 3-2.

Saksi bagi pihak Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners, Pn Kasmani binti Baharuddin dan En Pushpalingan a/l Krishnan:

• En Pushpalingan a/l Krishnan, Peguam, SD3, 4 & 5-1.

• Pn Kasmani binti Baharuddin, Peguam, SD3, 4 & 5-2.

Keputusan mahakamah Tinggi Pada 31 Mei 2025

[4] Selepas perbicaraan penuh selama 14 hari, mahakamah ini yang mendengar keterangan lisan 8 orang saksi dan dokumen yang dikemukakan, atas imbangan kebarangkalian, memutuskan seperti yang berikut:

Berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan di mahakamah ini dari hari pertama bicara hingga pihak-pihak menutup kes masing-masing, atas imbangan kebarangkalian, mahakamah ini memutuskan bahawa:

(a) tanah milik En/Dato' Thong Young Khoon yang dijual kepada En Thiagu dan Pn Chelvee menurut Perjanjian adalah berukuran kira-kira 2 ekar yang termasuk tanah bagi jalan akses.

mahakamah memutuskan untuk En/Dato' Thong Young Khoon memulangkan jumlah wang yang telah dibayar oleh En Thiagu dan Pn Chelvee bagi tanah yang dirizabkan untuk jalan akses iaitu 40 kaki lebar tanpa apa-apa faedah.

(b) tanah milik En/Dato' Thong Young Khoon yang dijual kepada Altratec Sdn Bhd menurut Perjanjian pada tahun 2018 adalah termasuk tanah bagi tujuan jalan akses ke Petak B. Altratec tidak dapat menikmati tanah yang dibelinya kerana masalah jalan akses tersebut maka mahakamah membenarkan En/Dato' Thong membayar Altratec Sdn Bhd sebanyak RM10,000.00 sebulan tanpa apa-apa faedah yang dikira dari tarikh penghakiman/Perintah ini sehingga serahan milikan kosong yang penuh.

(c) keluasan tanah mengikut kelulusan Pihak Berkuasa Negeri hendaklah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri. Apa-apa kos bagi urusan ini ditanggung oleh En/Dato' Thong Young Khoon.

(d) En Thiagu dan Pn Chelvee secara bersesama hendaklah merobohkan dan melupuskan apa-apa halangan, mengeluarkan semua peralatan, jentera dan/atau kenderaan yang diletakkan di Petak B dan/atau merobohkan halangan yang didirikan yang menghalang akses ke Petak B yang menyekat Altratec Sdn Bhd untuk memasuki Petak B. Kos bagi perobohan, pelupusan dan pengeluaran halangan termasuk semua peralatan, mesin dan/atau kenderaan yang disimpan dan yang diletakkan mereka dalam menghalang jalan akses adalah ditanggung oleh En Thiagu dan Pn Chelvee.

(e) Tuntutan balas Pertama oleh En Thiagu dan Pn Chelvee terhadap En/Dato' Thong Young Khoon adalah ditolak dengan kos.

Hujahan lisan oleh peguam En/Dato' Thong mengenai Kos: Kami mohon RM40,000.00 (volumes of bundles dan 16 hari bicara)

Hujahan lisan oleh peguam En Thiagu dan Pn Chelvee mengenai Kos: Kami tawarkan kos sebanyak RM20,000.00

mahakamah: Kos sebanyak RM25,000.00 (tertak


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top