2025 MarsdenLR 3728
MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
JEYENDERAN M RAMASAMY LWN. ARIZ RAMLI
[Guaman Sivil No: WA-23CY-21-07/2025]
PENGHAKIMAN
Pendahuluan
[1] Ini adalah pendengaran permohonan injunksi interim oleh plaintif terhadap defendan. Kes ini melibatkan tuntutan fitnah oleh plaintif terhadap defendan. Saman fitnah tersebut telah dinyatakan di dalam pernyataan tuntutan plaintif. Begitu juga pembelaan telah dinyatakan oleh defendan melalui penyata pembelaan.
Asas Permohonan Plaintif Dan Bantahan Defendan
[2] Asas kepada permohonan ini ialah apabila plaintif menyatakan terdapat ugutan di dalam video yang dihantar melalui Instagram. Ia menggambarkan plaintif adalah seorang yang berniat jahat. Permohonan injunksi interim telah dibuat untuk menjaga nama baik plaintif. Ini ditambah pula Instagram defendan boleh diakses oleh pengguna internet. Ini dapat dilihat semenjak hantaran yang dinyatakan fitnah pada 10 Julai 2025 telah terdapat 22,564 tanda suka, 1,196 komen dan 1,066 perkongsian setakat 15 Julai 2025.
[3] Selain daripada itu, Plaintif menyatakan ekoran daripada hantaran yang dikatakan fitnah itu terdapat komen-komen yang berunsur fitnah yang dihantar melibatkan plaintif. Pada masa yang sama, kandungan saman plaintif telah diserahkan kepada defendan dan Defendan telah memfailkan Pembelaan.
[4] Sebaliknya, Defendan membantah permohonan ini atas alasan yang dinyatakan dalam Afidavit Jawapan yang diikrarkan pada 20 Ogos 2025 oleh Ariz bin Ramli. Defendan menyatakan perintah injunksi yang dipohon adalah terlalu luas dan ugutan bunuh yang didakwa itu bukannya ditujukan kepada plaintif. Di samping itu, tiada kerosakan berterusan yang dialami oleh plaintif.
[5] Defendan juga di dalam Afidavit Jawapan menafikan segala dakwaan - seperti yang didakwa oleh plaintif. Defendan juga menyatakan bahawa laporan polis telah dibuat pada 10 Julai 2025 bagi menjalankan siasatan terhadap isu dan dakwaan yang timbul di dalam kes ini. Oleh itu, dakwaan plaintif bahawa defendan mempunyai niat jahat adalah tidak berasas.
Analisa
[6] Permohonan untuk mendapatkan satu injunksi interim. Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas bahawa dalam membezakan injunksi interim di dalam kes fitnah adalah berbeza dengan injunksi interim dalam kes biasa. Ini dinyatakan dalam kes Herbage v. Pressaram [1984] 2 All ER 769. Griffith LJ telah merumuskan hujahan peguam plaintif dan menyatakan seperti berikut, di p 771:
The principles which it is conceded generally apply to the grant of interim injunctions in defamation actions are helpfully summarised in counsel for the plaintiff's skeleton argument: first, no injunction will be granted if the defendant raises the defence of justification. This is a rule so well established that no elaborate citation of authority is necessary. It can be traced back to the leading case of Bonnard v. Perryman [1891] 2 Ch 269, [1891-4] All ER Rep 965. Secondly, no injunction will be granted if the defence raises privilege, unless the evidence of malice is so overwhelming that the judge is driven to the conclusion that no reasonable jury could find otherwise that is, that it would be perverse to acquit the defendant of malice. Thirdly, that in the face of this long-established practice in defamation actions, the principles enunciated by the House of Lords in American Cyanamid Co v. Ethicon Ltd [1975] 1 All ER 504, [1975] AC 396 relating to interim injunctions are not applicable in actions for defamation: see J Trevor & Sons v. Solomon [1977] 248 EG 779. These principles have evolved because of the value the court has placed on freedom of speech and I think also on the freedom of the press, when balancing it against the reputation of a single individual who, if wrong, can be compensated in damages. But now, says counsel for the plaintiff, a new factor is introduced into the equation to which the court must give weight and which justifies a radical departure from its practice in other defamation actions. The manifest overall purpose of the 1974 Act, he says, is to allow a man to live down his past and put it behind him, and now the court must throw into