2025 MarsdenLR 1227
MAHKAMAH TINGGI MALAYA ALOR SETAR
PENDAKWA RAYA LWN. SYAFWANA TRADING & YANG LAIN
[Pemohonan Jenayah No: KA-44-4-03/2025]
PENGHAKIMAN
Pendahuluan
[1] Pemohon dalam Permohonan ini telah memfailkan satu Notis Usul (Kandungan 1) pada 6 Mac 2025 bagi perintah-perintah seperti berikut:
a) Untuk disiarkan satu Notis dalam Warta di bawah subseksyen 61(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] bagi memanggil mana-mana pihak ketiga yang menuntut mempunyai apa-apa kepentingan mengenai harta yang disenaraikan supaya hadir di hadapan mahkamah untuk menunjukkan sebab mengapa harta-harta yang telah disita itu tidak boleh dilucuthakkan;
b) Setelah pendengaran notis kepada pihak ketiga tersebut, untuk mahkamah ini melucuthakkan harta-harta berikut kepada Kerajaan Persekutuan iaitu:
— Wang berjumlah RM277,771.31 dan apa-apa pertambahan kepadanya dalam akaun Maybank Islamic Berhad bernombor 552077417647 milik Syafwana Trading (Nombor Pendaftaran Perniagaan: FA0059812-K) yang beralamat di Maybank Islamic Berhad cawangan Pulau Langkawi, Kedah yang disita pada 11 Jun 2024;
c) Sebarang perintah lain atau lanjut yang difikirkan adil, patut dan sesuai oleh mahkamah yang Mulia ini.
[2] Permohonan Pemohon ini telah disokong oleh afidavit-afidavit berikut:
a) Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Wan Nur Amanina binti Wan Din (No KP: 900605-14-6162), seorang Timbalan Pendakwa Raya di Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara pada 27 Februari 2025 (Kandungan 2);
b) Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Inspektor Muhammad Asyrul bin Ismail (No. Polis: G/27765), seorang Pegawai Penyiasat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi kes Predikat yang disiasat di bawah s 420 Kanun Keseksaan [Akta 574] pada 3 Mac 2025 (Kandungan 3); dan
c) Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Inspektor Nooradila binti Dingka (No. Polis: G26373), seorang Pegawai Penyiasat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi kes AMLA yang disiasat di bawah subseksyen 4(1) Akta 613 pada 27 Februari 2025 (Kandungan 4).
[3] Responden-Responden telah memfailkan Afidavit-Afidavit Jawapan bagi mencabar permohonan Pemohon ini. Afidavit-Afidavit tersebut adalah seperti yang berikut:
a) Afidavit Jawapan Responden-Responden yang diikrarkan oleh Thaulat Rahman bin Habibullah Khan (No KP: 751001-07-5651), Pengarah Urusan bagi Responden Pertama pada 15 Jun 2025 (Kandungan 11);
b) Afidavit Jawapan Responden Kedua yang diikrarkan pada 14 Julai 2025 (Kandungan 17);
c) Afidavit Jawapan Responden Ketiga yang diikrarkan pada 14 Julai 2025 (Kandungan 18).
[4] Lanjutan daripada Afidavit-Afidavit Jawapan yang telah difailkan oleh responden-responden, pemohon telah turut memfailkan Afidavit Balasan seperti yang berikut:
a) Afidavit Balasan Pemohon yang diikrarkan oleh Wan Nur Amanina binti Wan Din (No KP: 900605-14-6162), seorang Timbalan Pendakwa Raya di Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara pada 4 Julai 2025 (Kandungan 12) — bagi membalas Afidavit Jawapan Responden-Responden bertarikh 15 Jun 2025 (Kandungan 11);
b) Afidavit Tambahan yang diikrarkan oleh Inspektor Nooradila binti Dingka (No. Polis: G26373), seorang Pegawai Penyiasat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi kes AMLA yang disiasat di bawah subseksyen 4(1) Akta 613 pada 17 Julai 2025 (Kandungan 20) — sebagai tambahan kepada Afidavit Sokongan (Kandungan 4);
c) Afidavit Tambahan (2) yang diikrarkan oleh Inspektor Nooradila binti Dingka (No. Polis: G26373), seorang Pegawai Penyiasat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi kes AMLA yang disiasat di bawah subseksyen 4(1) Akta 613 pada 31 Julai 2025 (Kandungan 24) — sebagai tambahan kepada Afidavit Sokongan (Kandungan 4) dan Afidavit Tambahan (Kandungan 20); dan
d) Afidavit Balasan Pemohon yang diikrarkan oleh Wan Nur Amanina binti Wan Din (No KP: 900605-14-6162), seorang Timbalan Pendakwa Raya di Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara pada 31 Julai 2025 (Kandungan 25) — bagi membalas Afidavit Jawapan Responden Kedua (Kandungan 17) dan Afidavit Jawapan Responden Ketiga (Kandungan 18).
[5] Selanjutnya, Responden-Responden juga telah memfailkan Afidavit