SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2025 MarsdenLR 1860

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG
PINCO MARKETING (M) SDN BHD LWN. UTILITY HOME DECO SDN BHD & SATU LAGI
[No Guaman: BL-22NCVC-25-04/2025]



Petitioner Advocates:Nur Aina Nadhirah Amir Hussein ,Respondent Advocate: T Thiyageswaran,Puvaneswaran Thangaiah

PENGHAKIMAN

Shamsulbahri Ibrahim H:

(Lampiran 9)

Pengenalan

[1] Ini adalah permohonan yang difailkan oleh plaintif dalam Lampiran 9 bagi mendapatkan penghakiman terus terhadap defendan-defendan di bawah O 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ('KKM').

[2] Sebagai latar belakang ringkas, plaintif adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan menjual dan membekal barangan komponen serta aksesori kenderaan bermotor manakala 1st Defendant adalah syarikat yang terlibat dalam perniagaan berkaitan dengan barangan dan peralatan rumah serta alat tulis. 2nd Defendant pula adalah pengarah kepada 1st Defendant.

[3] Pada 17 Ogos 2023, Plaintif dan 1st Defendant telah memasuki suatu Perjanjian Pembekalan ('Perjanjian Pembekalan') di mana plaintif bersetuju untuk membekal barangan atas permintaan 1st Defendant dan sebagai balasan, 1st Defendant pula akan membuat bayaran sesuai dengan harga produk-produk yang dijual menerusi harga yang dinyatakan di dalam invois-invois yang dikeluarkan oleh plaintif.

[4] Plaintif telah melaksanakan kewajipannya dengan menghantar serah dan membekalkan barangan dan produk-produk yang diminta oleh 1st Defendant. Namun demikian, harga bagi produk-produk yang telah dibekalkan tidak dibayar sepenuhnya oleh 1st Defendant kepada plaintif.

[5] Oleh yang demikian, Plaintif dan 1st Defendant telah dengan alternatif sendiri menyelesaikan pertikaian tersebut dengan memasuki suatu Perjanjian Penyelesaian pada 18 Disember 2024 ('Perjanjian Penyelesaian') yang mengandungi perkara yang berikut, antaranya:

(a) Perjanjian Penyelesaian bertujuan untuk menyelesaikan dan merumuskan kesemua keberhutangan 1st Defendant dengan plaintif;

(b) 1st Defendant telah bersetuju untuk menyelesaikan kesemua hutangnya terhadap plaintif sebanyak RM1,420,470.05 secara ansuran sebanyak 13 kali mulai 20 Disember 2024 dan bayaran ansuran yang terakhir adalah pada 28 Februari 2025. Jadual bayaran ansuran dinyatakan dalam Lampiran A Perjanjian Penyelesaian; dan

(c) bagi menjamin pembayaran dalam Perjanjian Penyelesaian, 2nd Defendant sebagai pengarah 1st Defendant telah bersetuju untuk diikat sebagai penjamin peribadi (personal guarantor) kepada Perjanjian Penyelesaian dan bersetuju menjadi penghutang utama kepada semua pembayaran yang terhutang dan kena dibayar oleh 1st Defendant kepada plaintif di bawah Perjanjian Penyelesaian.

[6] Selepas membuat pembayaran ansuran sebanyak RM280,000.00, Plaintif mendapati 1st Defendant gagal membuat pembayaran ansuran seterusnya sepertimana dalam Jadual Pembayaran walaupun peringatan telah diberikan kepada defendan-defendan bagi meremedikan keingkaran tersebut.

[7] Pada 16 April 2025, Plaintif telah memfailkan Writ dan Pernyataan Tuntutan terhadap defendan-defendan bagi mendapatkan jumlah hutang yang masih belum dijelaskan oleh 1st Defendant iaitu sebanyak RM1,140,470.05.

[8] Defendan-defendan telah memfailkan Pernyataan Pembelaan pada 21 Mei 2025.

[9] Pada 6 Jun 2025, Plaintif telah memfailkan suatu notis permohonan dalam Lampiran 9 bagi mendapatkan penghakiman terus terhadap defendan-defendan.

[10] Defendan-defendan dalam membantah permohonan plaintif berhujah bahawa permohonan ini wajar ditolak atas alasan terdapat isu yang perlu dibicarakan, antaranya:

(a) wujud pertikaian berkaitan dengan barangan dan harga yang dipersetujui dalam Perjanjian Pembekalan; dan

(b) Perjanjian Penyelesaian adalah tidak wujud dan tidak sah.

Undang-Undang Berkaitan Dengan Penghakiman Terus

[11] O 14, r 1(1) KKM menyatakan:

Permohonan oleh plaintif untuk penghakiman terus (art 14 r 1)

1. (1) Jika dalam suatu tindakan yang baginya kaedah ini terpakai suatu pernyataan tuntutan telah disampaikan kepada defendan dan defendan itu telah memasukkan kehadiran dalam tindakan itu, plaintif boleh, atas alasan bahawa defendan tidak mempunyai pembelaan kepada suatu tuntutan yang termasuk dalam writ, atau kepada suatu bahagian tertentu suatu tuntutan itu, atau tidak mempunyai pembelaan mengenai suatu tuntutan itu atau sebahagian daripadanya kecuali tentang amaun apa-apa


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top