SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 1953

MAHKAMAH SESYEN KUALA LUMPUR
ANNAD HASSAN & SATU LAGI LWN. LIM CHAI HOCK
[Guaman No: WA-B53KJ-50-08/2022]



Petitioner Advocates:Balvinderjit Kaur ,Respondent Advocate: Amar Jit Kaur Dharam Singh

PENGHAKIMAN

Wan Nor Aklima Wan Salleh HMS:

[1] Ini merupakan rayuan pihak Defendan terhadap keputusan yang diberikan pada 10 Mac 2025 untuk kuantum sahaja.

[2] Pada 19 September 2024, pihak-pihak telah bersetuju untuk merekodkan bahawa liabiliti diagihkan di antara kedua-dua pihak pada kadar 90% terhadap Defendan dan 10% sumbang cuai oleh Plaintif Pertama.

Latar Belakang

[3] lni merupakan satu tindakan yang dibangkitkan oleh Plaintif-plaintif terhadap Defendan akibat daripada satu kemalangan jalan raya yang berlaku pada 22 Mac 2019 lebih kurang pukul 10.15 pagi yang melibatkan motosikal TBR 8561 yang ditunggang oleh Plaintif Pertama dengan motosikal WME 1593 yang ditunggang oleh Defendan. Plaintif Kedua merupakan kakak serta wakil litigasi untuk Plaintif Pertama.

[4] Perbicaraan telah berjalan dengan enam orang saksi di pihak Plaintif. Defendan tidak memanggil sebarang saksi. Saksi-saksi yang dipanggil adalah sebagaimana berikut:

a) SP1: Shafiq Ahmad Bin Wan Aman (Wakil Majikan)

b) SP2: Dr Ramnan a/l Jeyasingam (Doktor Rehabilitasi)

c) SP3: Lazinda Binti Hassan (Plaintif Kedua-Kakak)

d) SP4: Hassan Bin Saad (Bapa Plaintif Pertama)

e) SP5: Muhammad Amirul Gopal Bin Abdullah (Saksi Bebas)

f) SP6: Mohd Lokman Hamawi bin Mohd (Pegawai Perubatan)

[5] Setelah meneliti secara keseluruhan kes, dokumen-dokumen serta hujahan yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak, atas imbangan kebarangkalian, keputusan Mahkamah untuk kuantum (atas dasar 100% liabiliti) adalah sebagaimana berikut:

Ganti rugi Am

• Severe Traumatic Brain Injury (Right Temporal Extradural Haematoma, Left Temporoparietal Subdural Haematoma, Left Temporal Contusion & Right Temporal Bone Fracture) - RM400,000.00

• Right lung contusion - RM4,000.00

• Right clavicle fracture - RM18,000.00

• Scars - RM15,000.00

• Right orbital wall fracture - RM8,000.00

• Pain and suffering bagi pembedahan masa depan - RM5,000.00.

Ganti rugi Khas

a) Kos laporan polis, rajah kasar dan dokumen berkaitan: Dibenarkan di bawah kos tindakan

b) Kos laporan JPJ: Dibenarkan di bawah kos tindakan

c) Kos laporan perubatan: Dibenarkan di bawah kos tindakan

d) Kerosakan pada pakaian, jam tangan, helmet dan telefon bimbit: Ditarik balik

e) Kos rawatan perubatan di hospital dan masih berterusan: Dipersetujui RM500.00.

f) Kos makanan dan minuman berkhasiat: Ditarik balik

g) Perbelanjaan perjalanan keluarga Plaintif untuk melawat Plaintif di hospital:

h) Perbelanjaan perjalanan keluarga Plaintif melawat Plaintif di hospital

• Item G & H: Dipersetujui RM2,000.00

i) Perbelanjaan perjalanan untuk pemeriksaan doktor pakar: Ditarik balik

j) Perbelanjaan perjalanan untuk rawatan tradisional pada kadar purata: Ditarik balik

k) Kos laporan perubatan doktor pakar: Dibenarkan di bawah kos tindakan

l) Kehilangan pendapatan

m) Kehilangan pendapatan lebih masa

• Item L, M dan Y: dipersetujui sejumlah RM332,511.00 (tanpa faedah)

n) Kehilangan penggunaan motosikal: Ditarik balik

o) Perbelanjaan perjalanan Plaintif untuk rawatan pesakit luar: RM56,000.00 [RM500.00 (ambulans) x 7 kali setahun x 16 tahun] - tanpa faedah

p) Kos rawatan pesakit luar dan klinik dan masih berterusan: RM4,800.00 [150 x 2 kali setahun x 16 tahun] - tanpa faedah

q) Kos rawatan tradisional pada kadar: Ditarik balik

r) Kos laporan pakar: Ditarik balik

s) Kos pembedahan masa depan: RM7,000.00 - tanpa faedah

t) Kos membeli besi implant dan kerusi roda: RM7,500.00 (besi implant) tanpa faedah

u) Perbelanjaan perjalanan untuk diperiksa oleh doktor pakar: Ditarik balik

v) Kos perjalanan rawatan tradisional: Ditarik balik

w) Kos fisioterapi dan rawatan akan datang: RM57,600.00 [RM150.00 x 2 sesi sebulan x 12 x 16 tahun] - tanpa faedah

x) Kos membeli kerusi roda untuk seumur hidup: RM12,160.00 [RM3,800.00 x 3.2 tahun] - tanpa faedah

y) Kehilangan elaun-elaun lain (telah di persetujui bersama-sama item l & m)

z) Kehilangan sumbangan majikan kepada KWSP: RM59,202.00

za) Perbelanjaan untuk membeli diapers/pampers

zb) Perbelanjaan untuk membeli colostomy bag/urinary cathererization

zc) Medical paraphermelia seperti






Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top