2025 MarsdenLR 603
MAHKAMAH TINGGI MALAYA ALOR STAR
MOHAMMAD FAUZI SHUIB LWN. MOHD TAJUZZAMAN BADRUL HISYAM LT KDR TLDM & YANG LAIN
[Semakan Kehakiman No: KA-25-22-11/2022]
PENGHAKIMAN
[1] Pemohon telah memfailkan Permohonan Bagi Kebenaran Semakan Kehakiman (Ex-Parte) (Kandungan 1) untuk mendapatkan kebenaran untuk memulakan prosiding di bawah A 53 k 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (selepas ini dirujuk sebagai "KKM 2012") terhadap putatif Responden-Responden untuk relief-relief seperti yang berikut:
(a) bahawa kebenaran diberikan kepada Pemohon yang dinamakan di atas menurut A 53 k 3(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk memohon suatu perintah Deklarasi dan/atau Certiorari dilangsungkan kepada Responden-Responden untuk memindahkan ke dalam Mahkamah Yang Mulia Ini bagi membatalkan perintah/keputusan/hukuman yang telah diberi oleh Yang Dipertua, Mahkamah Tentera Markas Wilayah Laut 3, Mohd Tajuzzaman Bin Badrul Hisyam (Responden Pertama) pada 16 Ogos 2022 bagi pihak Responden Kedua dan Ketiga yang mengenakan hukuman penjara selama dua puluh (24) bulan dan kemudian diremitkan kepada dua belas (12) bulan serta pembuangan daripada perkhidmatan Seri Paduka Baginda dan/atau Angkatan Tentera Malaysia (TLDM);
(b) bersesama atau secara alternatif, bahawa Pemohon diberi kebenaran di bawah A 53 k 3(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bagi memohon untuk satu deklarasi bahawa perintah/keputusan/hukuman yang dijatuhkan oleh Responden Pertama pada 16 Ogos 2022 dan segala perintah/keputusan/hukuman atau/dan kelulusan hukuman yang berbangkit daripadanya adalah salah di sisi undang-undang, batal dan tidak sah dan lantaran itu bahawa Responden-Responden dikehensdaki menarik balik perintah/keputusan/hukuman dan/atau kelulusan hukuman yang telah dijatuhkan atau/dan diberikan terhadap Pemohon serta memanggil Pemohon kembali berkhidmat;
(c) bahawa keputusan Responden Pertama yang memutuskan Pemohon bersalah di bawah s 51(1) Akta Angkatan Tentera 1972 dan kemudiannya dihukum penjara dua puluh empat (24) bulan serta kemudiannya pengesahan terhadap dapatan hukuman oleh Responden Kedua dan remitan hukuman penjara selama dua belas (12) bulan serta kemudiannya hukuman bahawa Pemohon dibuang daripada perkhidmatan dengan hina dari Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (Tentera Laut Diraja Malaysia) ditangguh sehingga keputusan akhir permohonan ini;
(d) ganti rugi bagi penahanan dan/atau pemenjaraan yang tidak sah terhadap Pemohon dari 16 Ogos 2022 sehingga tarikh akhir penahanan/pemenjaraan (untuk dihitung jumlah hari kemudian);
(e) suatu taksiran untuk menentukan tunggakan gaji, emolumen, elaun-elaun dan faedah-faedah lain yang pemohon sepatutnya menerima dari tarikh pemohon dibuang kerja sehingga penyelesaian penuh;
(f) ganti rugi teladan;
(g) ganti rugi bagi segala tekanan mental dan emosi yang dihadapi oleh Pemohon akibat perintah/keputusan/hukuman Responden-Responden;
(h) faedah pada kadar 8% setahun ke atas jumlah ganti rugi tahanan, ganti rugi teladan dan ganti rugi tekanan mental dan emosi dari tarikh Pemohon dibuang kerja sehingga penyelesaian penuh;
(i) untuk semua Perintah-Perintah yang diperlukan dan berbangkit diberi;
(j) sebarang lanjutan masa yang diperlukan bagi memfailkan Permohonan Semakan Kehakiman sekiranya mahkamah yang mulia ini membenarkan Permohonan Kebenaran Semakan Kehakiman (sekiranya perlu);
(k) sebarang lanjutan masa yang diperlukan bagi memfailkan Permohonan Kebenaran Semakan Kehakiman (sekiranya perlu);
(l) kos; dan
(m) relief-relief lain dan selanjutnya yang Mahkamah yang Mulia ini anggap suai dan manfaat.
[2] Melalui surat bertarikh 19 Januari 2023 (Kandungan 6), Peguam Negara telah membangkitkan bantahan awal terhadap Kandungan 1 tersebut, iaitu seperti yang berikut:
"2. Sila ambil perhatian bahawa Peguam Negara membantah terhadap permohonan untuk kebenaran semakan kehakiman yang difailkan oleh pihak tuan kerana ia gagal mendedahkan keputusan yang dicabar berlawanan dengan prinsip uberrima fides yang perlu dipenuhi dalam satu permohonan ex-parte dan gagal melengkapkan proses rayuan di bawah Akta Angkatan Tentera 1972.".
[3] Pihak-pihak kemudiannya telah memfailkan Hujahan Bertulis dan Hujahan