2025 MarsdenLR 5748
MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
ALTRATEC SDN BHD LWN. THONG YOUNG KOON & YANG LAIN
[Guaman No: BA-23NCvC-60-12/2022]
Pengenalan
[1] Kes di hadapan mahkamah ini melibatkan 3 penjuru yang mana pihak-pihak diringkaskan seperti jadual di bawah:
[2] Pada 11 Julai 2023, Mahkamah Tinggi ini telah membenarkan Notis Permohonan oleh Defendan Keenam (En Ragunath A/L Kesavan (Beramal sebagai pemilik tunggal atas nama dan gaya Tetuan Kesavan) untuk membatalkan Tuntutan balas Pertama oleh plaintif-plaintif (En Thiagu A/L Nyanaselan/En Thiagu) & Pn Celvee A/P Marimuthoo/Pn. Chelvee) terhadap Defendan Keenam.
En Thiagu & Pn Chelvee tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan interlokutori ini.
Keputusan Mahkamah Tinggi Pada 31 Mei 2025
[3] Selepas perbicaraan penuh selama 14 hari, mahkamah ini yang mendengar keterangan lisan 8 orang saksi dan dokumen yang dikemukakan, atas imbangan kebarangkalian, memutuskan seperti yang berikut:
Berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan di mahkamah ini dari hari pertama bicara hingga pihak-pihak menutup kes masing-masing, atas imbangan kebarangkalian, mahkamah ini memutuskan bahawa:
(a) tanah milik En/Dato' Thong Young Khoon yang dijual kepada En Thiagu dan Pn Chelvee menurut Perjanjian adalah berukuran kira-kira 2 ekar yang termasuk tanah bagi jalan akses.
Mahkamah memutuskan untuk En/Dato' Thong Young Khoon memulangkan jumlah wang yang telah dibayar oleh En Thiagu dan Pn Chelvee bagi tanah yang dirizabkan untuk jalan akses iaitu 40 kaki lebar tanpa apa-apa faedah.
(b) tanah milik En/Dato' Thong Young Khoon yang dijual kepada Altratec Sdn Bhd menurut Perjanjian pada tahun 2018 adalah termasuk tanah bagi tujuan jalan akses ke Petak B. Altratec tidak dapat menikmati tanah yang dibelinya kerana masalah jalan akses tersebut maka mahkamah membenarkan En/Dato' Thong membayar Altratec Sdn Bhd sebanyak RM10,000.00 sebulan tanpa apa-apa faedah yang dikira dari tarikh penghakiman/Perintah ini sehingga serahan milikan kosong yang penuh.
(c) keluasan tanah mengikut kelulusan Pihak Berkuasa Negeri hendaklah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri. Apa-apa kos bagi urusan ini ditanggung oleh En/Dato' Thong Young Khoon.
(d) En Thiagu dan Pn Chelvee secara bersesama hendaklah merobohkan dan melupuskan apa-apa halangan, mengeluarkan semua peralatan, jentera dan/atau kenderaan yang diletakkan di Petak B dan/atau merobohkan halangan yang didirikan yang menghalang akses ke Petak B yang menyekat Altratec Sdn Bhd untuk memasuki Petak B. Kos bagi perobohan, pelupusan dan pengeluaran halangan termasuk semua peralatan, mesin dan/atau kenderaan yang disimpan dan yang diletakkan mereka dalam menghalang jalan akses adalah ditanggung oleh En Thiagu dan Pn Chelvee.
(e) Tuntutan balas Pertama oleh En Thiagu dan Pn Chelvee terhadap En/Dato' Thong Young Khoon adalah ditolak dengan kos.
Hujahan lisan oleh peguam En/Dato' Thong mengenai Kos: Kami mohon RM40,000.00 (volumes of bundles dan 16 hari bicara)
Hujahan lisan oleh peguam En Thiagu dan Pn Chelvee mengenai Kos: Kami tawarkan kos sebanyak RM20,000.00
Mahkamah: Kos sebanyak RM25,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dibayar oleh En Thiagu dan Pn Chelvee kepada En/Dato' Thong Young Khoon.
(f) Tuntutan balas Pertama oleh En Thiagu dan Pn Chelvee terhadap D7 (Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor) adalah ditolak dengan kos.
Hujahan lisan oleh peguam Kamar PUUN/D7 mengenai Kos: Kami mohon kos sebanyak RM10,000.00.
Hujahan lisan oleh peguam En Thiagu dan Pn Chelvee mengenai Kos: Kami tawarkan kos sebanyak RM5,000.00.
Mahkamah: Kos sebanyak RM7,000.00 dibayar kepada pihak D7.
(g) tiada apa-apa konspirasi, persubahatan dan penipuan dilakukan oleh firma guaman dan peguam-peguam yang dinamakan dalam Tuntutan balas Pertama oleh En Thiagu dan Pn Chelvee. Mahkamah menolak Tuntutan balas Pertama oleh En Thiagu dan Pn Chelvee terhadap Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners, Pn Kasmani bt Baharuddin dan En Krishnan, Pushpalingam dengan kos.
Hujahan lisan oleh peguam Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners, Kasmani bt Baharuddin dan Krishnan, Pushpalingam mengenai Kos: Kami mohon kos sebanyak RM80,000.00.
Hujahan lis