SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 578

MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
TAN SHENG GUAN LWN. TEE BA @ TEE SIEW PEE
[Guaman Sivil No: JA-22NCvC-41-04//2024]



Petitioner Advocates:Lim Hui Ting ,Respondent Advocate: Nur Afizah Yusoff

PENGHAKIMAN

Manira Mohd Nor PK:

Pendahuluan

[1] Ini adalah rayuan oleh Plaintif terhadap keputusan Mahkamah ini pada 18 September 2025 yang telah membenarkan Permohonan Terpinda Defendan (Lampiran 15) untuk membatalkan keseluruhan tuntutan Plaintif terhadap Defendan selaras dengan O 18 r 19(1)(a), (b), dan/atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) dan juga kos berjumlah RM5,000.00 hendaklah dibayar oleh Plaintif kepada Defendan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh perintah ini.

Latar Belakang

[2] Pada 6 November 2024, Defendan telah memfailkan permohonan untuk membatalkan Writ Saman bertarikh 9 April 2024 dan Penyataan Tuntutan Terpinda bertarikh 27 April 2024 terhadap Defendan.

[3] Tuntutan Plaintif adalah seperti berikut:

(a) Deklarasi bahawa Defendan memegang dan telah memegang tanah di bawah GM 3584, Lot 4073 (Tanah Pertama), Mukim Pontian, Daerah Pontian Negeri Johor sebagai amanah bagi Plaintif;

(b) Deklarasi bahawa Defendan memegang dan telah memegang tanah di bawah GM 3051, Lot 3055 (Tanah Kedua), Mukim Pontian, Daerah Pontian, Negeri Johor sebagai amanah Plaintif;

(c) Deklarasi bahawa Defendan memegang dan telah memegang tanah di bawah GM 79 Lot 3995 (Tanah Ketiga), Mukim Api-Api, Daerah Pontian, Negeri Johor sebagai amanah Plaintif;

(d) Deklarasi bahawa Plaintif adalah pemilik benefisial untuk tanah di bawah GM 3584, Lot 4073, Mukim Pontian, Daerah Pontian, Negeri Johor;

(e) Deklarasi bahawa Plaintif adalah pemilik benefisial tanah di bawah GM 3051, Lot 3055, Mukim Pontian, Daerah Pontian, Negeri Johor;

(f) Deklarasi bahawa Plaintif adalah pemilik benefisial tanah di bawah GM 79 Lot 3995, Mukim Api-Api, Daerah Pontian, Negeri Johor;

(g) Deklarasi bahawa Defendan adalah pemegang amanah bagi tanah di bawah GM 3584, Lot 4073, Mukim Pontian, Daerah Pontian, Negeri Johor;

(h) Deklarasi bahawa Defendan adalah pemegang amanah bagi tanah di bawah GM 3051, Lot 3055, Mukim Pontian, Daerah Pontian, Negeri Johor;

(i) Deklarasi bahawa Defendan adalah pemegang amanah bagi tanah di bawah GM 79 Lot 3995, Mukim Api-Api, Daerah Pontian, Negeri Johor;

(j) Perintah untuk Defendan pindah milik tanah di GM 3584, Lot 4073, Mukim Pontian, Daerah Pontian, Negeri Johor kepada Plaintif dan sekiranya gagal, Pendaftar Mahkamah Tinggi Johor Bahru, hendaklah menyempurnakan Surat Cara Pindah Milik (Borang 14A) (selepas ini dirujuk sebagai 'pindah milik pertama') untuk pindah milik tanah di bawah GM 3584, Lot 4073, Mukim Pontian, Daerah Pontian, Negeri Johor kepada Plaintif tanpa ada apa-apa balasan dan selepas mendapat kelulusan oleh Kerajaan Negeri Johor dan Plaintif akan menanggung semua kos dan perbelanjaan bagi pindah milik tersebut;

(k) Perintah untuk Defendan pindah milik tanah di GM 3051, Lot 3055, Mukim Pontian, Daerah Pontian, Negeri Johor kepada Plaintif dan sekiranya gagal, Pendaftar Mahkamah Tinggi Johor Bahru, hendaklah menyempurnakan Surat Cara Pindah Milik (Borang 14A) (selepas ini dirujuk sebagai 'pindah milik kedua') untuk pindah milik tanah di bawah GM 3051, Lot 3055, Mukim Pontian, Daerah Pontian, Negeri Johor kepada Plaintif tanpa ada apa-apa balasan dan selepas mendapat kelulusan oleh Kerajaan Negeri Johor dan Plaintif akan menanggung semua kos dan perbelanjaan bagi pindah milik tersebut;

(l) Perintah untuk Defendan pindah milik tanah di GM 79 Lot 3995, Mukim Api-Api, Daerah Pontian, Negeri Johor kepada Plaintif dan sekiranya gagal, Pendaftar Mahkamah Tinggi Johor Bahru, hendaklah menyempurnakan Surat Cara Pindah Milik (Borang 14A) (selepas ini dirujuk sebagai 'pindah milik ketiga') untuk pindah milik tanah di bawah GM 79 Lot 3995, Mukim Api-Api, Daerah Pontian, Negeri Johor kepada Plaintif tanpa ada apa-apa balasan dan selepas mendapat kelulusan oleh Kerajaan Negeri Johor dan Plaintif akan menanggung semua kos dan perbelanjaan bagi pindah milik tersebut;

(m) Perintah untuk Pentadbir Tanah Johor dan Pendaftar untuk membuat 'memorial' dan pengendorsan terhadap Surat Cara hak milik ('Document of Title') dan Surat Cara Pindah Milik yang berka


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top