SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 5735

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
LAU LOO CHIEW LWN. ASIA PACIFIC INVESTMENT BANK LTD
[Guaman Sivil No: BA-22NCC-90-07/2023]



Petitioner Advocates:Michael Chang ,Respondent Advocate: Ong Soo Lee

PENGHAKIMAN

Hazizah Kasim PK:

Pendahuluan

[1] Tuntutan plaintif terhadap defendan adalah berdasarkan kemungkiran kontrak dan kegagalan defendan membayar USD849,697.95 yang kena dibayar oleh defendan kepada plaintif.

[2] Pada 21 Julai 2025 Mahkamah ini telah membenarkan tuntutan plaintif selepas perbicaraan penuh.

Fakta Material

[3] Plaintif ialah pemilik tunggal YES Merchant Trade Services yang beralamat di No 5, Jalan Penghulu 4413, Bandar Mahkota Cheras, 43200, Cheras, Selangor Darul Ehsan.

[4] Defendan diperbadankan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990 dan dilesenkan menurut Labuan Financial Services and Security Act 2010 dan mempunyai alamatnya berdaftar di Kensington Garden No U1317 Lot 7616 Jalan Jumidar Buyong 87000 Labuan Wilayah Persekutuan Labuan dan alamat perniagaannya di Unit Level 3-D, Main Tower Office Financial Park Complex Labuan 87000 Labuan Wilayah Persekutuan Labuan dan di 6,4., Level 6, Chulan Tower, No 3, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur.

[5] Melalui suatu Service Agreement bertarikh 15 Ogos 2022, plaintif dan defendan telah bersetuju, antara lain, saling memperkenalkan pelanggan-pelanggan yang memerlukan perkhidmatan dan pengenalan berkenaan dengan perkhidmatan Trade Services. Selepas perjanjian tersebut dimasuki antara plaintif dan defendan, pihak-pihak telah saling memperkenalkan pelanggan-pelanggan yang memerlukan Trade Services seperti pengeluaran Letter of Credit (LC), Standby Letter of Credit (SBC) dan juga menghubungkan defendan dengan institusi-institusi kewangan di mana defendan tidak mempunyai perhubungan terus dalam sistem SWIFT yang dikenali sebagai Relationship Management Application (RMA).

[6] Pada lebih kurang dalam bulan November 2022, defendan telah menghubungi plaintif dan memaklumkan bahawa defendan mempunyai pelanggan yang bernama PT Natuna Eton Energy yang telah memohon:

a) Issue of a Documentary Credit untuk sejumlah USD25,000,000.00 dari defendan kepada Cosco Shipping Marine Service di Negara Cina dengan bank Bank of China Tianjin Binhai Branch China.

b) Issue of a Demand Guarantee/Standby Letter of Credit untuk sejumlah USD50,000,000.00 dari defendan kepada Henry E. Marines, P.A di Negara Amerika Syarikat dengan bank Citibank USA.

[7] Menurut plaintif, memandangkan defendan tidak mempunyai perhubungan dan/atau akaun secara terus dan/atau RMA secara terus dengan Bank of China dan Citibank USA yang diperlukan, defendan telah memohon kepada plaintif sama ada plaintif mempunyai perhubungan perdagangan secara terus dengan bank-bank tersebut untuk membolehkan transaksi-transaksi tersebut dijalankan.

[8] Dengan permintaan defendan tersebut, plaintif telah menghubungi rakan-rakan dagangnya dan kemudiannya memaklumkan kepada defendan bahawa SWIFT relay boleh dijalankan melalui bank Credit Foncier Limited di Kampala Uganda yang mempunyai RMA dengan Bank of China di Negara China dan juga Citibank USA di Amerika Syarikat. Caj-caj perkenalan dan bagi menghubungkan defendan bank Credit Foncier Limited di Kampala Uganda telah dipersetujui di mana untuk caj Issue of a Documentary Credit adalah USD125,000.00 dan caj Issue of a Demand Guarantee/Standby Letter of Credit adalah USD750,000.00.

[9] Untuk caj-caj tersebut, invois-invois No. YES/06/12/22/15 dan YES/12/12/22/16 masing-masing bertarikh 7 Disember 2022 dan 12 Disember 2022 diberikan kepada defendan. Sejumlah RM50,000.00 dibayar pada 8 Disember 2022 bagi invois No. YES/06/12/22/15 dan RM85,000.00 dibayar pada 14 Disember 2022 bagi invois No. YES/06/12/22/16.

[10] Untuk Issue of a Documentary Credit yang ditujukan kepada Bank of China, defendan sekali lagi menggunakan perkhidmatan plaintif untuk membuat pindaan di mana suatu lagi Invois No YES/21/12/22/17 untuk jumlah RM11,075.00 yang bersamaan dengan USD2,500.00 telah diberikan kepada defendan, yang mana ia telah diselesaikan oleh defendan pada 22 Disember 2022.

[11] Berikutan plaintif tidak menerima bayaran daripada defendan bagi baki invois-invois berjumlah USD849,697.95, maka tuntutan ini difailkan.

[12] Na


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top