SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2025 MarsdenLR 4928

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
KARTHI KEYAN MUNIANDI LWN. LEMBAGA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA & SATU LAGI
[Saman Pemula No: WA-24NCvC-1293-03/2025]



Petitioner Advocates:Ahmad Maliki Ahmad Marzulai ,Respondent Advocate: Ameera Najwa Zulkeflee

PENGHAKIMAN

Roslan Mat Nor H:

Pengenalan

[1] Ini adalah permohonan Pemohon untuk satu deklarasi bahawa penamaan Mageswaran a/l Subramaniam sebagai penerima 100% caruman mendiang Saraswathy a/p Muniandi dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja aadalah tidak sah. Oleh itu, Responden Kedua tidak berhak menerima caruman tersebut.

[2] Asas kepada permohonan ini ialah Mageswaran bukannya daripada kalangan ahli waris melainkan Saraswathy aadalah seorang Orang Kurang Upaya (OKU) dan sentiasa diuruskan. Saraswathy juga tidak mempunyai hubungan perkahwinan dengan Mageswaran. Laporan polis telah dibuat dengan dakwaan bahawa Mageswaran telah memaksa Saraswathy menamakan Mageswaran sebagai penerima. Laporan polis dikemukakan sebagai eksibit "KK-6", Afidavit Sokongan.

[3] Apa yang dapat difahami ialah Pemohon menyatakan bahawa Mageswaran telah memberikan pengaruh tidak wajar kepada Saraswathy untuk meletakkan beliau sebagai penama. Eksibit-eksibit laporan polis juga dikemukakan bagi menunjukkan beberapa insiden pemerdayaan yang didakwa melibatkan Saraswathy sebelum ini. la memberikan asas kepada Pemohon bahawa Saraswathy telah diperdaya untuk menamakan penama.

[4] Responden Pertama di dalam afidavit jawapannya telah mengemukakan eksibit NBH 1 iaitu borang penamaan yang dibuat oleh Saraswathy yang merupakan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Penelitian eksibit mendapati ia diterima pada 30 Mei 2024, 12:27:30 dan tercatat Mageswaran a/l Subramaniam sebagai penama dan menyatakan bahagian 100%. Eksibit tersebut dikemukakan bersama perakuan di bawah s 90A(2) Akta Keterangan 1950.

[5] Pemohon melalui kertas Mahkamah 4 telah memohon pindaan kepada Saman Pemula dengan menamakan penama Mageswaran a/l Subramaniam sebagai pihak, iaitu Responden Kedua. Saman Pemula Terpinda itu telah diserahkan kepada Responden Kedua pada 28 Mei 2025, seperti afidavit yang dideposkan oleh Mohamed Khairulnizam bin Mohamed Mustaffa pada 5 Jun 2025. Responden Kedua tidak memfailkan afidavit jawapan.

Analisa

[6] Penamaan aadalah arahan kepada pihak yang memegang caruman bagi pihak pencarum untuk membuat pembayaran kepada penama yang dinamakan sekiranya pencarum itu meninggal dunia. Ini bermakna seseorang pencarum itu boleh menamakan mana-mana orang sebagai pencarum. Akta KWSP 1991 telah memperuntukkan bidang kuasa Menteri untuk membuat peraturan berkenaan dengan penama. Ini dinyatakan di bawah s 71(b) seperti berikut:

"Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan

Menteri boleh, atas syor Lembaga, membuat peraturan-peraturan:

(b) untuk mengadakan peruntukan bagi penamaan oleh seseorang ahli Kumpulan Wang akan orang yang kepada mereka pa-apa amaun yang berada pada kreditnya dalam Kumpulan Wang pada masa kematiannya hendaklah dibayar setelah kematiannya, bagi cara yang mengikutnya penamaan tersebut boleh dibatalkan dan bagi hal-keadaan dalam mana ia hendaklah dianggap sebagai terhenti berkuat kuasa dan bagi pembayaran amaun itu kepada namaan yang dinamakan sedemikian."

[7] Oleh itu, Peraturan-peraturan KWSP 2001 di bawah Peraturan 6 menyatakan seperti berikut:

(1) Ahli yang berumur lapan belas tahun atau ke atas boleh menamakan mana-mana:

(a) orang sebenar; atau

(b) institusi yang diluluskan oleh Lembaga,

untuk menerima amaun yang berada pada kreditnya dan kena dibayar kepadanya selepas kematiannya.

(1A) Ahli tidak dibenarkan untuk menamakan orang sebenar dan institusi pada masa yang sama.

(2) Penamaan orang sebenar boleh dibuat bagi faedah satu orang atau beberapa orang dan jika terdapat lebih daripada satu orang yang dinamakan, ahli itu boleh dalam Borang KWSP 4 itu mengarahkan supaya bahagian yang tertentu dibayar kepada satu orang atau beberapa orang yang dinamakan dan jika tiada apa-apa arahan sedemikian Lembaga hendaklah membayar kepada orang itu dengan bahagian yang sama.

(2A) Seseorang ahli hanya boleh menamakan dalam Borang KWSP 4 satu institusi sahaja pada satu-satu masa.

(2B) Jika seseorang ahli yang bukan beragama Islam menamakan orang sebenar yang berumur kurang daripada lapan


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top