SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 1253

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
S MURUGAN SUPPURAYAN LWN. PYRAMID MEDIA INTERNATIONAL SDN BHD (LAMP 11)
[Rayuan Sivil No: BA-12ANCVC-37-07/2023]



Petitioner Advocates:Gowri Ramanathan,C Kumaresun ,Respondent Advocate: Parvinder Singh Doal

PENGHAKIMAN

Noor Hayati Mat H:

Pengenalan

[1] Perayu telah merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) yang menolak permohonan Perayu untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar kehadiran bertarikh 7 Jun 2018 dengan kos RM3000.

[2] Setelah mendengar hujah dari kedua-dua belah pihak, meneliti Rekod Rayuan dan membaca hujahan bertulis yang difailkan, saya berpendapat HMS betul dalam memutuskan bahawa Writ dan Penyata Tuntutan telah disampaikan secara teratur ke atas Perayu dan beliau gagal menyakinkan mahkamah bahawa beliau mempunyai pembelaan yang bermerit.

[3] Perayu telah mendapat nasihat undang-undang yang wajar kerana beliau diwakili oleh peguam pada peringkat awalnya. Perayu telah membiarkan urusan/keadaan ini berlanjutan sehingga sekian lama sebelum memilih untuk memfailkan Lampiran 11 di Mahkamah Sesyen pada 22 Mac 2023 sedangkan Penghakiman Ingkar telah direkodkan sejak 7 Jun 2018.

[4] Saya dapati, Perayu sebenarnya sedar akan prosiding yang beliau sedang hadapi sejak awal dan Perayu tidak boleh sekarang mengatakan beliau tidak sedar atau tiada pengetahuan tentang tindakan undang- undang yang telah/sedang diambil terhadap beliau.

[5] Oleh yang demikian, saya memutuskan HMS tidak khilaf dalam membuat keputusan menolak Lampiran 11. Maka dengan itu, rayuan Perayu ditolak dengan kos RM3000 kepada Responden.

[6] Perayu kini merayu ke Mahkamah Rayuan dan berikut adalah alasan saya yang lebih terperinci.

Ringkasan Latar Belakang Kes

[7] Di peringkat Mahkamah Sesyen, terdapat 3 penama sebagai Defendan iaitu satu syarikat, KPI Cinemas Sdn Bhd, Perayu sebagai Defendan Kedua dan isterinya Rajakumari Boominathan sebagai Defendan Ketiga.

[8] Hubungan antara Plaintiff/Responden dengan Defendan-Defendan wujud berikutan beberapa perjanjian pinjaman persahabatan antara pihak-pihak. Perayu dikatakan bertindak sebagai penjamin kepada perjanjian tersebut.

[9] Defendan-Defendan gagal untuk memasukkan kehadiran dalam tempoh yang ditetapkan dan satu Penghakiman Ingkar Kehadiran telah direkodkan pada 7 Jun 2018.

[10] Bersandarkan Penghakiman Ingkar tersebut, Responden telah memfailkan prosiding kebangkrapan terhadap Perayu dan perintah kebangkrapan telah diperoleh pada 18 Jun 2020.

[11] Mengetahui keadaan itu, Perayu telah menghubungi peguam Responden bagi tujuan penyelesaian hutang tersebut. Satu mesyuarat telah diadakan pada 30 Julai 2020 dalam kehadiran Perayu dan wakil Responden dimana Perayu tidak mempertikai hutang tersebut dan bersetuju untuk membuat bayaran balik.

[12] Dalam rundingan tersebut, pihak-pihak bersetuju untuk Perayu mendapatkan perintah membatalkan perintah kebangkrapan dengan persetujuan Perayu membayar RM5,000.00 sebulan mulai September 2020 hingga Disember 2020 dan seterusnya RM10,000.00 sebulan sehingga penyelesaian penuh.

[13] Perintah Kebangkrapan telah dibatalkan pada 5 Mei 2021 namun Perayu dikatakan telah gagal membuat bayaran sebagaimana yang dipersetujui.

[14] Responden kemudian menghantar surat tuntutan bertarikh 24 Januari 2022 bagi baki jumlah RM512,200.00. Perayu masih gagal membuat bayaran.

[15] Atas kegagalan Perayu membayar baki pinjaman, Responden memulakan prosiding kebangkrapan sekali lagi.

[16] Kini, setelah 4 tahun, Perayu memfailkan permohonan di Mahkamah Sesyen untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar atas alasan beliau tidak pernah diserahkan dengan sesalinan Writ Saman dan mempunyai pembelaan yang bermerit.

Alasan Dan Dapatan HMS

[17] HMS berpendapat bahawa Writ Saman dan Penyataan Tuntutan Responden telah disampaikan secara teratur keatas Perayu (service is regular), tiada pembelaan yang bermerit serta terdapat kelewatan dalam memfailkan permohonan ini.

[18] HMS membuat dapatan seperti berikut:

1. Writ Saman dan Penyataan Tuntutan telah disampaikan secara Pos Berdaftar A.R kepada Perayu pada 21 Mei 2018 di alamat terakhir yang diketahui iaitu di 1-A, Lorong Mempalam, Johor Bahru.

2. Kad Akuan Terima sebagai bukti pos turut dilampirkan untuk membuktikan serahan adalah sempurna.

3. Kad A.R Berdaftar telah ditanda tangani


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top