SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 4042

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
ABDUL HADI HAJI BAHAROM LWN. MUHAMMAD HARIZ MD YUSOFF
[Rayuan No: WA-11BNCC-12-07/2023]



Petitioner Advocates:Vigneswaran Raju ,Respondent Advocate: Muhamad Hisham Marzuki

PENGHAKIMAN

Adlin Abdul Majid H:

A. Pengenalan

[1] Pihak-pihak akan dirujuk sepertimana kapasiti mereka di Mahkamah Majistret, iaitu perayu sebagai defendan dan responden sebagai plaintif.

[2] Defendan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret, yang membenarkan tuntutan plaintif sebanyak RM50,000.00.00 terhadap defendan.

[3] Setelah meneliti dokumen-dokumen di hadapan mahkamah dan mendengar hujahan peguam-peguam terpelajar kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan rayuan defendan. Mahkamah mendapati jumlah sebanyak RM50,000.00.00 yang ditetapkan oleh plaintif untuk kemungkiran kontrak adalah jumlah penalti tidak berpatutan dan tidak boleh dikuatkuasakan.

B. Latar Belakang

[4] Pada 27 Januari 2022, plaintif dan defendan memasuki suatu perjanjian pelaburan ("Perjanjian Terdahulu"), yang mengandungi terma-terma berikut:

a. Plaintif akan memberikan wang pelaburan sebanyak RM15,000.00 ("Wang Pelaburan") kepada defendan bagi perniagaan yang akan dibangunkan oleh defendan;

b. Defendan akan memulangkan Wang Pelaburan tersebut kepada plaintif dalam masa seawal-awalnya 3 bulan dan selewat-lewatnya 18 bulan, dari tarikh penerimaan Wang Pelaburan tersebut; dan

c. Sebagai balasan kepada Wang Pelaburan tersebut, defendan akan:

i. mewujudkan laman web korporat, profil digital korporat dan sistem pengurusan klien untuk firma guaman plaintif; dan

ii. memperuntukkan nilai saham syarikat sebanyak 30% dan nilai saham syarikat utama sebanyak 5% kepada plaintif, bagi perniagaan yang akan dibangunkan oleh defendan.

[5] Oleh kerana tidak terdapat perkembangan dalam pelaksanaan Perjanjian Terdahulu tersebut oleh defendan, pihak-pihak berjumpa pada 1 Julai 2022 untuk membincangkan Perjanjian Terdahulu tersebut ("Mesyuarat").

[6] Semasa Mesyuarat tersebut, plaintif menyatakan bahawa beliau tidak puas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh defendan berkenaan dengan pelaksanaan Perjanjian Terdahulu tersebut, berhubung dengan antara lain, pembangunan laman web firma guaman plaintif, perniagaan yang dirancangkan oleh defendan dan penggunaan Wang Pelaburan tersebut. Plaintif meminta defendan memulangkan Wang Pelaburan tersebut dan ingin menarik diri daripada Perjanjian Terdahulu tersebut.

[7] Oleh itu, suatu perjanjian baru telah ditandatangani oleh plaintif dan defendan semasa Mesyuarat tersebut, iaitu pada 1 Julai 2022 ("Perjanjian Baru"). Terma-terma Perjanjian Baru tersebut adalah seperti berikut:

a. Perjanjian Terdahulu tersebut terbatal dan digantikan dengan Perjanjian Baru tersebut;

b. Defendan akan memulangkan Wang Pelaburan tersebut melalui pembayaran secara tunai atau pindahan dalam talian ke akaun plaintif dalam masa 24 jam, dan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah hari pada 2 Julai 2022; dan

c. Jika defendan gagal memulangkan Wang Pelaburan tersebut dalam masa yang ditetapkan, defendan perlu membayar ganti rugi sebanyak RM50,000.00 kepada plaintif.

[8] Pada 2 Julai 2022, defendan membuat bayaran pertama sebanyak RM5,000.00 kepada plaintif, sebelum jam 12.00 tengah hari. Defendan meminta lanjutan masa untuk membayar baki Wang Pelaburan tersebut, dan plaintif bersetuju membenarkan lanjutan masa sehingga jam 1.00 tengah hari. Defendan turut menyatakan ganti rugi RM50,000.00 akan dikenakan jika bayaran dibuat selepas pukul 1.00 tengah hari.

[9] Defendan seterusnya membayar baki Wang Pelaburan tersebut kepada plaintif, sebanyak RM5,000.00 pada jam 1.26 tengah hari dan sebanyak RM5,000.00 lagi pada jam 11.52 malam.

[10] Plaintif memfailkan tuntutan terhadap defendan untuk menuntut jumlah sebanyak RM50,000.00 yang dinyatakan dalam Perjanjian Baru tersebut. Plaintif juga menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, untuk ditaksirkan.

[11] Dalam pembelaan beliau, defendan menyatakan bahawa Perjanjian Baru tersebut telah ditandatangani oleh defendan secara paksaan dan di bawah tekanan oleh plaintif. Oleh itu Perjanjian Baru tersebut adalah tidak sah. Defendan juga menyatakan bahawa beliau telah memulangkan Wang Pelaburan tersebut, dan plainti


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top