SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2022 MarsdenLR 2106

MAHKAMAH TINGGI (TEMERLOH)
ROSLAN MAT NOR, J
Lee Wen Juan dan satu lagi lwn – Plaintiff
Versus
Restoran Golden Court Sdn Bhd – Defendant
RAYUAN SIVIL NO CB-11B-1-04 TAHUN 2021



The court established that failure to provide agreed services in a contract can constitute a breach that justifies claims for discounts or damages.

Headnote:(A) Contract Law - Service Agreement and Breach - The court addressed the enforceability of service agreements and the implications of non-performance. The Respondent claimed RM49,332.00, after a discount of RM15,000.00 was contested due to a malfunction during an event. (Paras 1-4, 5-8)

(B) Requirement for Performance - Any failure in service provision does not necessarily equate to a breach of contract unless it affects the essence of the agreement. (Paras 6-8)

Facts of the case:
The appeal arose from a claim by a catering Respondent against the Defendants for non-payment after a wedding event where service issues were reported. (Paras 1-4)

Findings of Court:
The original Magistrate's decision was found untenable as the failure to provide LED screen service constituted a breach of the contract, which affected the event's execution. (Paras 19, 20, 25)

Issues: The key questions included whether the malfunction of the LED screen breached the service agreement and if a discount was warranted due to this failure. (Paras 9, 20)

Ratio Decidendi: The court ruled that a service defect that impacts an event undermines contractual obligations, thus justifying the Defendants' claim for a discount. (Paras 22, 25)

Result: Appeal allowed, with no remaining claims by the Respondent against the Defendants.

Table of Content
1. contractual obligations and service delivery. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5)
2. breach of contract and reasonable expectations. (Para 6 , 8 , 12 , 20 , 22)
3. assessment of claims and damages. (Para 7 , 11 , 19 , 21)
4. standards for appellate review. (Para 9 , 10 , 24 , 25)
5. evaluation of witness testimony. (Para 15 , 16 , 17 , 18 , 23)

[1]Ini adalah rayuan terhadap keputusan Majistret yang telah membenarkan tuntutan Responden (Plaintif) terhadap Perayu-perayu (Defendan-Defendan) sebanyak RM44,352.00.

[2]Fakta kes dalam rayuan ini menunjukkan bahawa Perayu-perayu telah menghubungi Responden bagi menganjurkan satu majlis perkahwinan. Responden adalah pemilik Restoran yang menjalankan aktiviti katering dan penyediaan jamuan makanan. Di dalam perjanjian tersebut pihak Perayu telah membayar RM2,000.00 sebagai deposit.

[3]Borang tempahan jamuan makan tersebut dapat dilihat di halaman 175 tulisan cina yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu di halaman 176 Rekod Rayuan. Salah satu daripada borang tempahan tersebut menyatakan bahawa pihak Responden akan menyediakan antara lain perkara-perkara berikut:

“(a)Tempat menyambut tetamu

(b)Karaoke

(c)Projektor dan LED Skrin Besar

(d)Penyediaan jus buah untuk upacara “Champagne” dan upacara pemotongan kes bagi sesi fotografi untuk kenangan.”

[4]Pada masa majlis tersebut nota keterangan menunjukkan bahawa Projektor dan skrin LED yang berkenaan telah menghadapi masalah dan ia tidak dapat menunjukkan gambar-gambar yang sepatutnya dipertontonkan kepada para tetamu di majlis tersebut. Pihak Perayu dalam keterangannya telah menyatakan beliau telahpun memaklumkan perkara tersebut kepada Responden. Pihak Responden telah dikatakan bersetuju untuk mengurangkan bayaran tempahan tersebut sebanyak RM15,000.00 daripada jumlah asal.

[5]Berdasarkan perjanjian di antara Responden dan Perayu-perayu bayaran tempahan tersebut hendaklah dibuat sebaik sahaja selesai majlis makan tersebut. Namun Perayu-perayu tidak menjelaskannya atas alasan terdapat masalah teknikal yang ditimbulkan oleh perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Responden kepada Perayu-perayu. Pihak Responden melalui peguamnya telah mengemukakan tuntutan sebanyak RM49,332.00 namun ia enggan dijelaskan oleh Perayu-perayu disebabkan berpegang kepada janji bahawa Responden memberikan potongan harga sebanyak RM15,000.00 daripada jumlah RM44,352.00 akibat kerosakan Projektor dan skrin LED tersebut. Setelah beberapa permintaan oleh pihak Responden, Perayu-perayu menjelaskan bayaran sebanyak RM29,352.00 melalui cek seperti di halaman 193 Rekod Rayuan.

Dapatan Majistret

[6]Majistret di dalam alasan penghakimannya di halaman 5 perenggan 21 menyatakan bahawa:

“Oleh yang demikan, sebarang gangguan terhadap tayangan video atau pada skrin LED pada Majlis Perkahwinan tersebut bukanlah satu kegagalan bagi Plaintif menyediakan perkhidmatan jamuan banquet kepada Defendan-Defendan. Oleh yang demikian tidak wujud perlanggaran kontrak antara Defendan-Defendan dan Plaintif dalam tindakan ini.”

[7]Pada masa yang sama timbul isu juga dengan caj harga hidangan kacang iaitu RM59.80. Majistret berpendapat bahawa ia adalah sebahagian daripada jumlah tuntutan untuk RM44,352.00.

[8]Majistret juga berpandangan bahawa isu kerosakan skrin LED tersebut adalah suatu yang tidak disengajakan dan ianya bukan satu yang automatik untuk Perayu-perayu mendapat diskaun RM15,000.00 dan memutuskan bahawa diskaun tersebut hanya sah pada malam itu sahaja, 26.10.2019 dan ia telah terbatal sekiranya Perayu-perayu tidak membayar pada malam tersebut. Pada masa yang sama juga Majistret tidak berpuas hati bahawa skrin LED adalah satu-satunya cara untuk menunjukkan gambar-gambar perkahwinan Perayu-perayu.

Adakah Dapatan Majistret Memerlukan Campur Tangan Mahkamah Yang Mendengar Rayuan

[9]Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa mahkamah yang mendengar rayuan tidak sewajarnya mengganggu dapatan hakim bicara melainkan terdapat kegagalan mahkamah bicara membuat dapatan sewajarnya dengan ketera

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top