SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2011 MarsdenLR 4086

HIGH COURT (PULAU PINANG)
DATUK YAACOB BIN HAJI MD SAM, J
City And Country Development Sdn Bhd – Plaintiff
Versus
Pendaftar Hakmilik Tanah Pulau Pinang & Ors and Other Applications – Defendant
USUL PEMULA NO 25-10-2011, 24-1139-2009 & 24-263-2007



Court upheld that the transactions of land sale were valid despite challenges on notice and timing, emphasizing the importance of statutory compliance in property dealings.

Headnote:(A) Kanun Tanah Negara 1965 - Seksyen 322(2) dan Seksyen 257 - Permohonan pemohon untuk mengisytiharkan dokumen urusniaga tidak sah dan membatalkannya - Mahkamah memutuskan bahawa perintah jualan adalah sah tanpa pelanggaran terma - Mahkamah menegaskan tempoh lanjutan masa bagi pembayaran penuh harga belian adalah teratur dan dalam batas waktu yang diperuntukkan - Pemohon sebagai pemilik berdaftar tanah tidak dapat menuntut apabila kaveatnya telah dibatalkan berdasarkan perintah mahkamah yang memperkenankan perletakhakan kepada pihak lain (Paras 1-2, 4, 8, 9, 10-12).

(B) Kaveat - Kaveat didaftarkan secara salah dibatalkan oleh Pendaftar Hakimilik Tanah tanpa permohonan oleh pihak berkenaan - Mahkamah memutuskan bahawa kaveat yang tidak sepatutnya dibatalkan telah dihidupkan semula dan tidak dibatalkan oleh perintah mahkamah lain (Paras 5, 6, 13).

(C) Pengusiran atau pembatalan urusniaga dari daftar dokumen hak milik tidak dibenarkan di bawah alasan yang tidak sah (Paras 14-15).

Pemohon iaitu City & Country Development Sdn Bhd melalui Notis Usui Pemula di Lampiran 1 di sini memohon bagi mendapatkan satu deklarasi bahawa suratcara-suratcara urusniaga ("instruments of dealings") yang telah didaftarkan berkenaan dengan tanah yang dikenali sebagai Lot 2158, 2706 dan 2708, Seksyen 2, Bandar Jelutong, Daerah Timur Laut Pulau Pinang hendaklah diisyhtiharkan tidak sah, batal dan terbatal dan tidak mempunyai kesan yang selanjutnya dan untuk perintah bersampingan bahawa Suratan Urusniaga ("instruments of dealings") tersebut hendaklah dibatalkan daripada daftar dokumen hakmilik/keluaran mengenai tanah tersebut serta merta:-

(a)Pindahmilik Penyerahan No. 666/2010 bertarikh 12.1.2010 yang didaftarkan pada 2.4.2010 daripada responden kedua kepada responden ketiga.

(b)Memorandum gadaian Perserahan-Perserahan No. 19280/2101, 19284/2010 dan 19285/2010 bertarikh 3.6.2010 yang telah didaftarkan pada 9.6.2010 bagi pihak responden keempat.

Pemohon membawa tindakan ini disebabkan keengganan responden pertama (Pendaftar Hakimik Negeri Pulau Pinang) untuk mengenepikan dan/atau membatalkan Memorandum Pindahmilik Perserahan No. 666/2010 yang telah didaftarkan pada 2.4.2011 dan tiga (3) Memorandum Gadaian masing-masing Perserahan-Perserahan No. 19280/2010; 19284/2010 dan 19285/2010 kesemua telah didaftarkan pada 9.6.2010 bercanggah dengan seksyen 322(2) Kanun Tanah Negara 1965 berkenaan tiga hartanah tersebut.

Pendengaran tindakan

Usui Pemula No. 25-10-2011 ini yang difailkan oleh pemohon City & Country Development Sdn Bhd (selepas ini disebut sebagai "City & Country") telah didengar secara bersama dengan dua lagi tindakan yang difailkan oleh pemohon ini melalui Saman Pemula No. 24-1139-2009 dan Saman Pemula No. 24-263-2007. Ketiga-tiga tindakan tersebut telah dibenarkan oleh mahkamah bagi didengar secara bersekali. Kaitan isu-isu yang berbangkit yang membawa kepada pemfailan Usui Pemula No. 25-10-2011 ini akan dapat difahami dengan jelasnya melalui latar belakang dan fakta-fakta kes ini yang akan dibutirkan oleh mahkamah ini di bawah ini. Bagaimana pun mahkamah ini akan menyentuh dahulu prayer-prayer yang dipohonkan oleh pemohon City & Country di bawah Saman Pemula No. 24-263-2007 dan Saman Pemula No. 24-1139-2009.

Saman Pemula No. 24-263-2007

Di bawah Saman Pemula ini, plaintif City & Country Development Sdn Bhd memohon bagi mendapatkan perintah dan deklarasi berikut:

(i)Satu deklarasi bahawa Perintah Mahkamah bertarikh 26.1.1994 yang dibuat oleh Penolong Kanan Pendaftar di dalam Saman Pemula No. 31-554-1986 (permohonan bagi perintah jualan oleh pemegang gadaian) yang memberi lanjutan masa untuk membayar baki harga belian sejumlah RM5,130,000.00 oleh defendan pertama (FGG Realty Sdn Bhd) untuk suatu tempoh 2 bulan yang selanjutnya daripada 27.1.1994 adalah satu pembatalan dan ianya hendaklah diketepikan memandangkan tempoh untuk membayar baki harga belian telah luput pada/atau sebelum 24.1.1994 menurut Klausa 6 di dalam Syarat-Syarat Jualan yang dikepilkan bersama Perisytiharan Jualan yang telah diluluskan oleh mahkamah ini dalam saman pemula tersebut;

(ii)Selanjutnya dan/atau dalam alternative satu deklarasi bahawa bayaran bagi baki harga belian sejumlah RM5,130,000.00 yang telah dibuat oleh defendan pertama dan/atau penama-penamanya daripada defendan kedua (Utama Wardly Sdn Bhd) pada 28.3.1994 adalah dalam sebarang keadaan tidak menurut terma-terma dan syarat-syarat di dalam Perintah Mahkamah bertarikh 26.1.1994 dan oleh yang demikian bayaran yang tersebut adalah juga adalah di luar masa;

(iii)Satu deklarasi bahawa defendan pertama dan/atau penama atau penama-penamanya adalah tidak berhak, dari segi undang-undang dan fakta untuk didaftarkan sebagai pemilik-pemilik berdaftar bagi kesemua bidang tanah dan hereditamen dikenali Lot 2158, 2706 dan 2708, Seksyen 2, Bandar Jelutong, Pulau Pinang sebagai penawar yang berjaya pada lelongan awam bagi tanah-tanah yang berkenaan pada 27.10.1993;

(iv)Seterusnya satu perintah bahawa Sijil Jualan be

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top