Mohd Norkhairi bin Mat Darus lwn Ketua Polis Negara dan lain-lain
PENGENALAN
Ini adalah satu notis usul di lampiran 3 yang difailkan pemohon, Mohd Norkhairi Mat Darus untuk satu perintah writ harbeas corpus dikeluarkan supaya pemohon dibebaskan serta merta daripada tahanan di Pusat Pemulihan Akhlak, Simpang Renggam, Johor.
Sepertimana perintah tahanan yang dikenakan oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, pemohon telah diperintahkan ditahan selama dua tahun mulai dari 7 Mac 2008, selaras dengan s 4(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969:
OD (KAMJ) IB
ORDINAN DARURAT (KETENTERAMAN AWAM DAN
MENCEGAH JENAYAH) 1969
PERINTAH TAHANAN
[Seksyen 4(1)]
Kepada:
Pegawai Yang Menjaga Pusat Pemulihan Akhlak, Simpang Rengam, Johor; Ketua Polis Negara, Malaysia; Semua Pegawai Polis Diraja Malaysia yang berkenaan.
BAHAWASANYA Saya, berpuashati yang Perintah Tahanan adalah perlu dibuat ke atas orang yang namanya tersebut di bawah ini dengan tujuan:
(a) mencegah daripada melakukan perbuatan dengan apa-apa cara yang memudaratkan ketenteraman awam* dan
(b) menghapuskan kekerasan*
(c) mencegah jenayah melibatkan kekerasan*
Nama
MOHD NORKHAIRI BIN MAT DARUS
Nombor Kad Pengenalan
870801-06-5373
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, pada menjalankan kuasa yang diberi di bawah Seksyen 4(1), Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969, saya dengan ini memerintahkan supaya orang yang namanya yang tersebut di atas ditahan selama dua (2) tahun mulai dari 7 haribulan Mac 2008 di Pusat Pemulihan Akhlak, Simpang Rengam, Johor atau di mana-mana tempat lain sebagaimana yang diarah dari semasa ke semasa.
Diperbuat pada 07 haribulan Mac 2008
t.t.
(DATO’ MOHD JOHARI BIN BAHARUM)
TIMBALAN MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI MALAYSIA
[KAMJ 17526]* Potong yang tidak berkenaan
Saya C/INSP MOHD PADHLILLAH BIN CHE HARUN (I/13424) yang bertandatangan di bawah memperakui bahawa saya pada hari ini 07 haribulan Mac 2008 jam 10.05 pagi/petang/malam* telah menyampaikan kepada MOHD NOR KHAIRI BIN MAT DARUS No. Kad Pengenalan 870801-06-5373.
(a) satu salinan Perintah Tahanan di bawah seksyen 4(1), Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969;
(b) satu salinan penyataan mengenai alasan-alasan yang atasnya Perintah itu dibuat dan pengataan-pengataan fakta yang atasnya perintah itu diasaskan;
dan telah menerangkan kepada orang tahanan tersebut mengenai haknya untuk membuat representasi terhadap Perintah Tahanan itu.
Tandatangan t.t.
Nama dan Pangkat (MOHD PADHLILLAH B. CHE HARUN) C/INSP
Jawatan Pegawai Pencegah Kongsi Gelap (D7)
Isi kandungan butiran (a) dan (b) dan penerangan yang tersebut di atas telah diterangkan kepada orang tahanan semasa penyampaian dilakukan dalam bahasa/loghat* MALAYSIA/PAHANG oleh: C/INSP MOHD PADHILIAH BIN CHE HARUN
Tandatangan t.t
Nama Jurubahasa D/SM AZIZAN BIN SAAD
No. Kad Pengenalan/no. Personel* RF/73229
Saya MOHD KHAIRI BIN MAT DARUS No. Kad Pengenalan 870801–06–5373 mengaku telah menerima semua dokumen yang tersebut di butiran (a) dan (b) di atas pada 07 haribulan MAC 2008 dan telah faham isi kandungannya serta faham mengenai hak saya untuk membuat representasi terhadap Perintah Tahanan itu.
Tandatangan.. t..t.
Nama MOHD KHAIRI BIN MAT DARUS
No. Kad Pengenalan 870801–06–5373
* potong yang tidak berkenaan
LAMPIRAN ‘E’
ORDINAN DARURAT (KETENTERAMAN AWAM DAN MENCEGAH JENAYAH) NO. 5/69
NAMA ORANG TAHANAN: MOHD NORKHAIRI BIN MAT DARUS
NO. KAD PENGENALAN: 870801-06-5373
ALASAN-ALASAN YANG ATASNYA PERINTAH ITU DIBUAT
Bahawa kamu adalah ketua kumpulan curi motosikal yang bergiat aktif di sekitar Kuantan, Pahang yang telah melibatkan diri dalam kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam dan kegiatan jenayah berunsur kekerasan.
PENGATAAN-PENGATAAN FAKTA YANG ATASNYA PERINTAH ITU DIASASKAN:-
1. Bahawa kamu pada bulan Julai 2007, jam lebih kurang 5.30 petang, bertempat di simpang jalan masuk ke taman perumahan Seri Inderapura Kuantan, Pahang, kamu bersama rakan sejenayah dengan sengaja telah menahan mangsa seorang penunggang motosikal jenis Yamaha 125 Z serta mengugut akan mencederakan mangsa supaya
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.