2025 MarsdenLR 5840
Singham H, J
Superboom Projects Sdn Bhd dan satu lagi lwn Yap Seng Loong dan lain-lain
For the Appellants/Petitioners: SY Lee, Kenneth William
For the Respondents: Manjit Singh Bhar
In defamation cases, courts must exercise caution when granting injunctions, maintaining a balance between upholding free speech and the need for just actions, taking into account delays and defenses of justification and fair comment.
Headnote:(A) Defamation - Legal principles governing the grant of injunctions in defamation cases - Courts must exercise caution when granting injunctions; free speech rights must be respected - The court emphasized the need for evidence of malice and just cause before granting injunctions, particularly against the backdrop of defending public interest and fair comment. (Paras 32, 41, 54, 59)
(B) Justification and Fair Comment as Defenses - The court ruled that the defenses of justification and fair comment must be properly evaluated in full trials and are not automatically invalidated. (Paras 22, 25, 55)
(C) Injunctions sought by plaintiffs - Plaintiffs sought an injunction to stop defendants from making defamatory statements, but the court cited delays in bringing action and faulted insufficient evidence of ongoing malice or consequent risk. (Paras 37, 46, 47)
Facts of the case:
Plaintiffs, developers of an apartment complex, filed for damages claiming defamatory statements were made against them by defendants, including demonstrations and letters to authorities. Applicants sought interlocutory injunctions but faced challenges due to delayed actions and the defendants' claims of justification and fair comment.
Findings of Court:
The High Court acknowledged the need for further evaluation of the defendants’ defenses but chose to deny most of the injunction requests. The court found no compelling cases to grant the injunctions apart from a limited injunction against one defendant identified for specific malice.
Issues: The main issues included the appropriate threshold for granting injunctions in defamation cases, the defenses of justification and fair comment, and whether plaintiffs' delays in action affected their claims.
Ratio Decidendi: The court asserted that freedom of speech must be viewed critically in defamation contexts, and that the burden of proof regarding malice and justification rests on the plaintiffs striking a balance between protecting individual reputation and upholding free speech.
Result: Plaintiffs' appeal was dismissed, except for partial relief against one defendant.
VT Singham H
Tuntutan plaintif-plaintif terhadap defendan-defendan adalah untuk ganti rugi akibat dikatakan (alleged) satu kenyataan fitnah melalui beberapa pucuk surat kepada beberapa agensi kerajaan, melalui satu demonstrasi dan melalui laporan akhbar berbahasa Cina terhadap plaintif-plaintif. Oleh itu, plaintif-plaintif telah memfailkan satu writ saman (lampiran 1) pada 29 November 2007 bagi menuntut ganti rugi dan injunksi dan melalui saman dalam kamar (lampiran 3) untuk mendapatkan perintah injunksi terhadap defendan-defendan.
Melalui saman dalam kamar (lampiran 3) yang disokong oleh afidavit (lampiran 4), plaintif-plaintif telah memohon perintah-perintah seperti berikut:
(a)Suatu perintah terhadap kesemua defendan-defendan menghalang mereka dengan sendirinya atau melalui ejennya atau pengkhidmatnya atau dengan apa jua cara lain daripada membuat sebarang kenyataan lisan, kenyataan secara bertulis dan menerbit sebarang perkataan ‘slanderous’ terhadap plaintif pertama dan plaintif kedua kepada sesiapa termasuk pejabat-pejabat kerajaan, pejabat kerajaan tempatan secara surat, secara perhimpunan dan/atau secara demonstrasi di perkalangan premis apartment tersebut dan/atau di premises pejabat plaintif-plaintif serta yang berkaitan dengan pengurusan apartment, kepada sebarang jenis media termasuk sidang akhbar kepada mana-mana surat akhbar, liputan televisyen, siaran radio, penggunaaan internet, secara e-mail, dan/atau sebarang jenis terbitan dan/atau membuat sebarang percakapan atau kenyataan negatif kepada pembeli-pembeli lain di apartment tersebut dan juga terhadap plaintif-plaintif dan/atau pengarah-pengarah dan/atau pekerja-pekerja sehingga tamatnya tuntutan ini;
(b)Bahawa defendan-defendan dilarang dan dihalang daripada mendorong ‘influence’ pembeli-pembeli lain daripada membayar bayaran penyelenggaraan kepada plaintif-plaintif sementara menunggu keputusan perbicaraan kes ini;
(c)Kos permohonan ini diberikan; dan
(d)Perintah-perintah selanjutnya yang mahkamah Yang Mulia ini fikirkan sesuai adil dan manfaat.
Pada 19 Disember 2007, saman dalam kamar (lampiran 3) telah dipanggil untuk pendengaran di mana plaintif-plaintif diwakili oleh peguam Encik SY Lee bersama Encik Kenneth William, manakala defendan pertama, ketiga dan kesembilan diwakili oleh Encik Manjit Singh Bhar. Pada tarikh tersebut, peguam bagi plaintif-plaintif telah memohon satu perintah injunksi interim seperti dalam saman dalam kamar (lampiran 3) menunggu sehingga saman dalam kamar (lampiran 3) didengar. Walau bagaimanapun, mahkamah ini tidak membenarkan permohonan plaintif-plaintif untuk satu perintah injunksi interim tersebut kerana kertas-kertas kausa belum lagi diserahkan kepada kesemua defendan-defendan yang dinamakan dalam writ saman (lampiran 1) dan saman dalam kamar (lampiran 3) di mana saman dalam kamar (lampiran 3) telahpun ditetapkan untuk pendengaran secara inter parte.
Pada 30 Januari 2008, kes dipanggil untuk pendengaran saman dalam kamar (lampiran 3) di mana plaintif-plaintif telah menukar peguam cara dan kini diwakili oleh peguam Encik Gurbachan Singh. Dalam tempoh masa yang sama, plaintif-plaintif telah menarik balik atau memberhentikan tindakan terhadap beberapa orang defendan-defendan iaitu, defendan keempat, kelima, keenam, ketujuh dan kelapan dan meneruskan tindakan ini dan memohon injunksi terhadap defendan pertama, kedua, ketiga, kesembilan dan kesepuluh (kemudian dirujuk sebagai ‘defendan-defendan tersebut’) di mana mereka diwakili oleh peguam Encik Manjit Singh Bhar.
Pada 21 Februari 2008, peguamcara plaintif-plaintif telah memfailkan saman dalam kamar (lampiran 47) yang disokong oleh afidavit (lampiran 48) dan ingin meneruskan dengan saman dalam kamar (lampiran 47) dan menangguhkan saman dalam kamar (lampiran 3) kerana saman dalam kamar atau prayer-prayer di lampiran 3 adalah luas dan perintah-perintah yang dipohon melalui saman dalam kamar (lampiran 47) telah dihadkan.
Pada 14 Mac 2008, saman dalam kamar (lampiran 47) telah ditetapkan untuk pe