SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2025 MarsdenLR 6605


COURT OF APPEAL (PUTRAJAYA)
MOKHTAR SIDIN,ABDUL AZIZ MOHAMAD AND NIK HASHIMJJCA
CIVIL APPEAL NO P–02–703 OF 2000
2 May 2006

Mokhtar Sidin HMR (menyampaikan penghakiman majoriti):

[1]Kami telah membenarkan rayuan oleh perayu selepas perbicaraan rayuan ini. Sekarang kami memberikan sebab-sebab mengapa kami membenarkan rayuan ini.

[2]Perayu di dalam rayuan ini adalah sebuah Syarikat sendirian berhad yang beralamat di No 426, Chulia Street, Pulau Pinang. Responden pertama, juga sebuah syarikat sendirian berhad, adalah kontraktor utama untuk projek yang dikenali sebagai 'Proposed Construction and Completion of Sales Office Service Centre and Warehouse on Plot 57, Jalan Perindustrian Bukit Minyak, Mukim 13, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang for UMW Corporation Sdn Bhd' ('projek tersebut'). Responden kedua, berniaga sebagai MIW Engineering, adalah agen, pengkhidmat, orang gaji responden pertama atau sub-kontraktor projek tersebut. Responden ketiga adalah UMW Corporation Sdn Bhd iaitu pemilik projek tersebut.

[3]Di atas permintaan responden kedua, perayu telah menghantarserah bahan-bahan pembinaan keluli ('bahan pembinaan') ke tapak projek tersebut. Butjir-butir menghantarserah itu dinyatakan di dalam perenggan 7 penyata tuntutan perayu. Mengikut butiran tersebut perayu telah mula menghantar bahan pembinaan pada 30 September 1997 dan penghantaran yang terakhir ialah pada 26 November 1997. Nilai kesemua jumlah bahan pembinaan yang dihantarserah ialah RM1,165,992.73. Pada 9 Disember 1997, responden pertama telah menamatkan sub-kontraknya dengan responden kedua. Di dalam penyata tuntutannya, perayu menyatakan sungguhpun responden pertama telah menamatkan kontrak responden kedua tetapi bahan pembinaan yang dipesan dan dihantarserah di tapak projek tersebut telah digunakan oleh responden pertama untuk meneruskan pembinaan projek tersebut. Mengikut penyata tuntutan itu lagi, mengikut perjanjian, bayaran bagi bahan pembinaan yang dihantarserah hendaklah dijelaskan di dalam tempoh 60hari dari tarikh invois-invois dikeluarkan.

[4]Perayu di dalam penyata tuntutannya menyatakan lagi bahawa responden pertama telah bersetuju apabila kontrak responden kedua ditamatkan bahawa semua pembayaran bagi bahan pembinaan yang telah dihantarserah akan dijelaskan oleh responden pertama. Dengan pengakuan itu, perayu tidak pergi ke tapak pembinaan untuk mengambil balik bahan pembinaan yang telah dihantarserah ke tapak pembinaan yang telah dipesan oleh responden kedua. Adalah dipersetujui oleh responden kedua, salah satu syarat jualan, jika bayaran tidak dijelaskan di dalam tempoh 60 hari, faedah ke atas kelewatan membayar dikenakan pada kadar 1.5% sebulan ke atas baki yang belum dibayar. Perayu seterusnya mengakui ada menerima pembayaran sebanyak RM400,000. Dengan itu perayu menuntut daripada ketiga-tiga responden seperti berikut:

(1)Jumlah wang terhutang sebanyak RM747,000.

(2)Faedah pada kadar 1.5% sebulan ke atas jumlah wang sebanyak RM732,965.78 iaitu bermula pada 1 Jun 1998 sehingga tarikh penjelasan.

[5]Responden pertama di dalam penyata pembelaannya menyatakan bahawa melalui satu perjanjian bertulis bertarikh 27 Februari1998, responden pertama telah dilantik oleh responden ketiga (UMW Corporation Sdn Bhd) sebagai kontraktor untuk kerja-kerja projek tersebut atas harga kontrak RM14,180,000. Untukmelaksanakan kerja-kerja di bawah projek tersebut responden pertama telah melantik responden kedua sebagai sub-kontraktor bagi sebahagian daripada kerja-kerja projek tersebut iaitu kerja-kerja struktur keluli (steel structure works) mengikuti surat pemberian (Letter of Award) bertarikh 5 November 1997. Perlantikan responden kedua juga tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat perjanjian bertarikh 27Februari1998.

[6]Responden pertama mengakui bahawa ia mengetahui bahawa responden kedua ada memesan bahan pembinaan daripada perayu. Walau bagaimanapun, responden pertama tidak mengakui jumlah harga sebenar bahan pembinaan yang telah dihantar kepada responden kedua. Responden pertama mengakui bahawa sub-kontrak responden kedua telah ditamatkan pada 9 Disember 1997.

[7]Penyata pembelaan respond

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top