MAHKAMAH TINGGI (TEMERLOH)
AZHAR H
SAMAN PEMULA NO 24–81 TAHUN 1998
29 September 1998
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
SAMAN PEMULA NO: 24-81-98
PENGHAKIMAN
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Pemohon dalam Saman Pemula (KM 4) ini telah berkahwin dengan responden pada 5.2.93. Dari ikatan perkahwinan tersebut mereka telah memperolehi tiga orang cahaya mata, yang sulung berusia4 tahun dan sepasang anak kembar masing-masing berusia 11 bulan pada tarikh pemfailan tindakan ini.
Akibat dari permasalahan dan persengketaan diantara pasangan suami isteri ini, pemohon / isteri telah meninggalkan kediaman merekadi Gambang, membawa bersama-samanya ketiga-tiga orang anak mereka dan tinggal bersama ibu bapa pemohon isteri di Bandar Pusat, Jengka. Responden / suami telah berjaya mengambil semula ketiga-tiga anak tersebut dari pemohon isteri dan membawa mereka balik bersamanya.
Seterusnya diatas permohonan pemohon / isteri satu injunksi telah dikeluarkan oleh mahkamah ini pada 18/5/98 memerintahkan diantara lain responden / suami menyerahkan ketiga-tiga anak-anak tersebut kepada pemohon / isteri.
Pada masaperintah injunksi ini dilaksanakan hanya anak sulong mereka sahaja yang berada didalam jagaan responden / suami, sementara kedua-dua anak kembar mereka diletakkan oleh responden / suami didalam jagaan saudaranya di Klang.
Kesemua anak-anakberkenaan kini berada didalam jagaaan pemohon isteri.
Pemohon isteri didalam Saman Pemula ini kini memohon perintah pemeliharaan dan penjagaan (custody and guardianship) terhadap kesemua anak-anak tersebut beserta dengan perintah-perintahlazim yang lain, iaitu nafkah sementara dan akses yang berpatutan kepada responden suami.
Permohonan ini disokong oleh affidavit pemohon isteri sendiri yang mana diantara lain beliau menyatakan bahawa adalah lebih bersesuaian bagianak-anak tersebut dijaga dan dipelihara oleh beliau sendiri sebagai ibu mereka memandangkan usia mereka yang masih terlalu muda.
Pemohon isteri juga memberi alasan bahawa responden suami adalah seorang yang pemarah dan berkelakuan ganasdan oleh yang demikian tidak layak untuk menjaga anak-anak tersebut.
Juga dihujahkan oleh pemohon isteri bahawa anak-anak tersebut tidak harus diletakkan dibawah jagaan dan peliharaan saudara-mara responden suami kerana mereka juga mempunyaikeluarga mereka sendiri.
Didalam menangkis permohonan ini peguam bagi responden telah mempertikaikan keesahan permohonan ini dibuat. Beliau menghujahkan tindakan ini tidak mempunyai asas dan landasan. Oleh kerana permohonan ini dibuatdibawah seksyen 88 (1) Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 sesuatu perintah ancillary hanya boleh dibuat setelah adanya tindakan substantif. Disebabkan pemohon didalam kes ini tidak ada memfailkan tindakan substantif iaitu petisyen perceraianatau memberi akujanji untuk memfailkan tindakan sedemikian maka s.88(1) adalah tidak terpakai.
Berhubung dengan permohonan dibawah Akta Penjagaaan Kanak-Kanak 1961 dihujahkan seterusnya bagi responden bahawa permohonan penjagaan dibawah Aktaini hanya boleh dibuat oleh bapa kanak-kanak berkenaan.
Mengenai dakwaan keganasan responden, dihujahkan selanjutnya bahawa tiada sebarang lapuran polis dibuat, bagi menyokong dakwaan pemohon isteri itu.
PenemuanMahkamah
Menurut seksyen 88(1), mahkamah boleh “pada bila-bila masa“ memerintahkan jagaan seorang anak dengan bapa atau ibunya. Apabila mahkamah boleh mengeluarkan perintah “pada bila-bila masa“ ini jugabermakna mana-mana pihak boleh memohon mendapatkan perintah jagaan “pada bila-bila masa“.
Dalam kes SARASWATHY v., PALAKRISHNAN (1986) 2 MLJ 127 isu yang timbul ialahsama ada seksyen 88 Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 terpakai apabila kedua-dua pihak dalam perkahwinan tidak memfailkan petisyen perceraian tetapi hanya tinggal berasingan. Mahkamah Agung didalam mendengar rayuan oleh pemohon isteri bagi mendapatkanjagaan anaknya yang berusia dibawah 7 tahun dari suaminya telah memutuskan seperti berikut,
“We hold that the three Acts (Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976, the Guardianship of Infants Act 1968 andthe
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.