1997 MarsdenLR 1439
MAHKAMAH TINGGI (JOHOR BAHRU)
MOHD GHAZALI H
ADMIRALTI IN REM NO 27–1 TAHUN 1997
4 June 1997
C Soosay Nathan bersama Joanne C F Long (Long & Company) bagi pihak pemohon/defendan.
J Bhandari bersama Fuzet Farid (K M Chye & Partners) bagi pihak responden/plaintif.
MAHKAMAH TINGGI (JOHOR BAHRU)
MOHD GHAZALI H
ADMIRALTI IN REM NO 27–1 TAHUN 1997
4 June 1997
C Soosay Nathan bersama Joanne C F Long (Long & Company) bagi pihak pemohon/defendan.
J Bhandari bersama Fuzet Farid (K M Chye & Partners) bagi pihak responden/plaintif.
C Soosay Nathan bersama Joanne C F Long (Long & Company) bagi pihak pemohon/defendan.
J Bhandari bersama Fuzet Farid (K M Chye & Partners) bagi pihak responden/plaintif.
Plaintiff, sebuah syarikat sendirian berhad yang didaftar di Singapura, telah memfailkan writ saman dalam tindakan in rem mendasarkan Aturan 70 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (KMT) pada 4 Januari 1997 terhadap pemunya atau pencater kapal yang dinamakan "HOPE" yang dahulunya dinamakan "PANAGIA" yang didaftarkan di Pelabuhan Limassol, Cyprus.
Pada tarikh yang sama plaintif telah memfailkan praecipe untuk penyampaian writ in rem oleh syerif dan juga praecipe meminta waran penahanan kapal "HOPE" (EX "PANAGIA") (selepas ini dirujuk sebagai "kapal tersebut") berserta dengan afidivit yang dibuat oleh seorang peguamcara yang mengendalikan prosiding ini bagi pihak plaintif - pada tarikh writ dan praecipe meminta waran penahanan difailkan, kapal tersebut berada di Pelabuhan Pasir Gudang. Di dalam afidavit itu deponen menyata seperti berikut -
(a)tuntutan plaintif terhadap defendan adalah untuk sejumlah US$149,615-00, iaitu, harga bunker (bekas bahan api) yang telah dijual dan/atau dibekalkan kepada kapal tersebut di Pelabuhan Singapura pada atau lebih kurang pada 27 Ogos 1996 di atas permintaan defendan, pekerja-pekerja dan/atau ejen-ejen mereka, berserta dengan faedah kontraktual pada 1.5% sebulan dan kos;
(b)tindakan ini dibawa mendasarkan seksyen 20(2)(m) dan seksyen 21(4) Supreme Court Act 1981 United Kingdom yang terpakai di Malaysia berdasarkan seksyen 24(b)Akta Mahkamah Kehakiman 1964
(c)kapal yang perlu ditahan adalah kapal tersebut yang didaftarkan di Pelabuhan Limassol, Cyprus;
(d)bahawa pada pengetahuan dan kepercayaan deponen, defendan adalah pada semua masa material, apabila kausa tindakan ini berbangkit, pemunya kapal tersebut dan adalah orang yang bertanggungan kepada plaintif atas tuntutan dalam suatu tindakan in personam; di samping itu, pada tarikh writ ini dikeluarkan, defendan adalah pemunya benefisial semua syer/kepentingan kapal tersebut;
(e)bahawa asas kepercayaan deponen adalah, menurut Lloyd's Register of Ships 1996-1997, pemunya kapal tersebut adalah Virma Navigation Co Ltd (selepas ini dirujuk sebagai "Virma") dan di samping itu, keputusan carian ke atas sistem komputer yang dikendalikan oleh pihak berkuasa Pelabuhan Singapura bertarikh 3 Januari 1997 juga menunjukkan demikian; seterusnya, pemeriksaan selanjutnya ke atas Lloyd's Register of Ships 1996-1997 (sehingga perubahan No. 26) tidak menunjukkan apa-apa pertukaran keempunyaan; dan
(f)bahawa plaintif tidak berjaya mendapatkan sebarang pampasan daripada defendan dan oleh itu perlu melalui tindakan ini menguatkuasakan pembayaran tuntutannya dengan penahanan kapal tersebut.
Pada tarikh yang sama tindakan difailkan, penolong kanan pendaftar Mahkamah Tinggi, Johor Bahru telah mengeluarkan waran penahanan kepada syerif dan seterusnya pada hari itu juga waran penahanan telah dilaksanakan.
Pada 13 Januari 1997 peguam yang bertindak bagi Icenero Shipping Co Ltd (selepas ini dirujuk sebagai "Icenero"), selaku pemunya kapal "HOPE", telah memasukkan kehadiran bersyarat dan pada tarikh yang sama memfailkan saman dalam kamar (lampiran 16) untuk memohon perintah bahawa
(a)waran penahanan tersebut dibatalkan atau diketepikan atas alasan bahawa -
(i)ia tidak mendedahkan apa-apa kausa tindakan yang munasabah;
(ii)ia mengaibkan, remeh dan menyusahkan; atau
(iii)ia selainnya adalah suatu penyalahan proses Mahkamah;
(b)ganti rugi; dan
(c)kos.
Di dalam afidavit yang dibuat oleh peguamcaranya, pihak defendan menegaskan invois plaintif yang dilampirkan sebagai ekshibit di dalam afidavit mereka menunjukkan ianya ditujukan kepada kapal "PANAGIA" dan bukan "HOPE" dan menurut invois itu juga pengurus kapal ialah "Newtank Managers Inc". Deponen seterusnya menegaskan -
(a)pemunya dan pemunya benefisial kapal "HOPE" ialah Icenero dengan alamat daftarannya di Limassol, Cyprus;
(b)pada 21 November 1996 Icenero telah membeli kapal "HOPE" daripada Virma;
(c)pada 22 November 1996 Pendaftar Kapal-Kapal Cyprus memperakui keempunyaan kapal "PANAGIA" telah berpindah daripada Virma kepada Ice