1996 MarsdenLR 1447
MAHKAMAH TINGGI (PULAU PINANG)
YAACOB ISMAIL H
GUAMAN SIVIL NO 22–307 TAHUN 1996
11 December 1996
Tidak disertakan.
Tidak disertakan.
ALASAN PENGHAKIMAN
(Lampiran 6, Lampiran 11 dan Lampiran 13)
Perbicaraan kes ini melibatkan 3 Lampiran iaitu Lampiran 6, 11 dan 13.
Lampiran 6
Ini permohonan oleh Plaintif untuk:
i) Satu injunksi menahan Defendan-defendan sementara penyelesaian prosiding di bawah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Saman Pemula No. 24-365-1996 dari bertindak atau terus bertindak atas mana-mana terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian Jual Beli dan Serah Hak di antara Defendan-defendan pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam sebagai penjual bahagian-bahagian yang tidak dibahagikan dan Defendan ketujuh sebagai pembeli.
ii) Satu Injunksi bahawa Defendan-defendan ditahan sementara penyelesaian prosiding di bawah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Saman Pemula No. 24-365-1996 dari memperolehi atau mendorong sebarang kemungkiran atau gangguan dengan kontrak-kontrak di bawah Perjanjian-perjanjian Jual Beli bertarikh 23hb. Januari 1992 yang dimasuki di antara Choong Lye Hock Estates Sdn. Bhd., Defendan-defendan pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam sebagai penjual bahagian-bahagian yang tidak dibahagikan mereka masing-masing dalam tanah tersebut atas satu pihak dan Plaintif sebagai pembeli atas pihak yang lain.
iii) Satu Injunksi bahawa Defendan-defendan ditahan sementara penyelesaian prosiding di bawah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Saman Pemula No. 24-365-1996 dari memindah milik, menyerah hak, menggadai atau memasuki ke dalam sebarang transaksi atau sebaliknya mengurus dalam apa cara pun dengan bahagian yang tidak dibahagikan Defendan-defendan pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam dalam tanah tersebut samada kini didaftarkan di dalam nama Defendan ketujuh atau sebaliknya.
Lampiran 11
Melalui Saman dalam Kamar ini Defendan ketujuh memohon satu perintah seperti berikut:
1.Bahawa injunksi yang diberikan secara ex parte pada 3 Oktober 1996 dibubarkan.
2.Bahawa suatu siasatan diadakan di hadapan pegawai Mahkamah yang berkenaan untuk menentukan kerosakan yang dialami oleh Defendan ketujuh yang diakibatkan oleh Injunksi tersebut.
3.Bahawa Defendan ketujuh dibenarkan untuk mencatatkan penghakiman terhadap Plaintif untuk gantirugi bersama-sama dengan faedah sepertimana yang ditaksirkan.
Lampiran 13
Saman Dalam Kamar ini merupakan permohonan oleh Defendan pertama, kedua, keempat, kelima dan keenam untuk suatu perintah
1.Bahawa Injunksi yang diberikan secara ex parte pada 3 Oktober 1996 dibubarkan.
2.Suatu siasatan diadakan di hadapan pegawai Mahkamah atas kerugian yang dialami oleh Defendan pertama, kedua, keempat, kelima dan keenam berpunca dari injunksi berkenaan.
3.Pihak Defendan-defendan diberi kebebasan untuk memasuki penghakiman terhadap Plaintif untuk kerugian yang ditaksirkan termasuk faedah.
Sebelum ini Plaintif melalui Saman Dalam Kamar (ex parte) bertarikh 27 September 1996 (Lampiran 3) telah memohon Injunksi-injunksi terhadap Defendan-defendan. Perintah Injunksiex parte telah diberi oleh Mahkamah pada 3 Oktober 1996 terhadap Defendan-defendan yang tersebut di atas.
Adalah diperhatikan permohonan Injunksi oleh Plaintif untuk menahan Defendan-defendan sementara penyelesaian prosiding dalam kes Saman Pemula No. 24-365-1996 di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Defendan-defendan pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (Defendan-defendan) bersama dengan Chor Phaik Sim dan Chor Phaik Har adalah benefisiari-benefisiari Harta Pesaka Chor Bah Say @ Chor Bar Say, simati (benefisiari-benefisiari) dan berhak kepada 3/4 bahagian yang tidak dibahagikan dalam tanah-tanah yang biasanya dikenali sebagai‘Ayer Hitam Estate’(tanah tersebut).
Tanah tersebut didaftarkan dalam nama tunggal Choong Lye Hock Estate Sdn. Bhd., yang meskipun pendaftaran tersebut, memegang tanah tersebut sebagai pemegang amanah untuk mereka sendiri berkenaan 1/4 bahagian yang tidak dibahagikan dalam tanah tersebut dan sebagai pemegang amanah untuk benefisiari-benefisiari tersebut berkenaan baki 3/4 bahagian yang tidak dibahagikan dalam tanah tersebut.
Melalui satu Perjanjian Jual Beli