2001 MarsdenLR 780
HIGH COURT (KANGAR)
HASAN BIN LAH, J
RAYUAN JENAYAH NO 42–01–98
28 September 2001
Jagdeep Singh Deo (M/s Karpal Singh & Co.), Razak bin Musa (Timbalan PendakwaRaya)
Jagdeep Singh Deo (M/s Karpal Singh & Co.), Razak bin Musa (Timbalan PendakwaRaya)
ALASAN PENGHAKIMAN
Perayu di dalam kes ini telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar dengan dua pertuduhanseperti berikut:
Pertuduhan Pertama:
Bahawa kamu, pada 28/4/96 jam lebih kurang pukul 0915 pagi, bertempat di dalam rumab No. 1A, Batu 5, Jalan Kuala Perlis di dalam Daerah Kangar, didalam Negeri Perlis telah merogol Juliana bt. Abdullah yang berumur 15 tahun, dengan ini kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Pertuduhan Kedua:
Bahawakamu, pada 10/5/96 jam lebih kurang pukul 4.00 petang bertempat di dalam bilik air di dalam rumah No. 5, Lorong 2, Taman Perlis di dalam Daerah Kangar, di dalam Negeri Perlis, telah merogol Juliana bt. Abdullah yang berumur 15 tahun, dengan ini kamu telah melakukankesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Di akhir perbicaraan Perayu telah didapati salah dan disabitkan atas kedua-dua kesalahan tersebut oleh Hakim Mahkamah Sesyen dan dijatuhi hukuman penjara 8 tahun dan dua sebatanrotan bagi setiap kesalahan. Perayu telah membuat rayuan ke atas keputusan tersebut. Dalam rayuan kes ini saya telah membenarkan rayuan Perayu terhadap kesalahan pertama tetapi telah menolak rayuannya terhadap kesalahan kedua. Perayu kini membuat rayuan terhadapkeputusan saya menolak rayuannya terhadap kesalahan kedua itu.
Kes pendakwaan sebagaimana yang boleh dirumuskan daripada keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan adalah seperti berikut.
Pengadu atau mangsa dalamkes ini iaitu SP3 berumur 15 tahun 15 hari pada tarikh kejadian pertama iaitu 28hb. April 1996 dan 15 tahun 28 hari pada tarikh kejadian kedua iaitu 10hb. Mei 1996. Menurut SP3 dia dilahirkan pada 13hb. April 1981 dan nombor kad pengenalannya ialah 810413-02-5076.SP3 mengatakan dalam tahun 1996 dia belajar di dalam Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kuala Perlis.
Pada 27hb. April 1996 dia bersama rakannya, SP8, telah pergi ke kelab disko di Alor Setar bersama-sama Perayu dengan kereta Perayu. Selepasitu Perayu telah menghantar SP3 dan SP8 balik ke rumah abang SP8 iaitu SP7 di No. 30B, Lorong Maju 6, Taman Kemajuan, Kangar, Perlis lebih kurang pukul 1.00 pagi. SP3 bermalam di rumah abang SP8 pada malam itu bersama-sama SP8. Perayu juga bermalam di situ padamalam itu.
Keesokan paginya iaitu 28hb. April 1996 jam lebih kurang 8.00 pagi Perayu dan SP3 keluar untuk membeli makanan. Selepas membeli makanan Perayu dan SP3 telah pergi ke rumah Perayu di No. 1A, Batu 5, Jalan Kuala Perlis, Kangar. Merekamasuk ke dalam rumah tersebut dan pada masa itu tiada orang lain di dalam rumah itu. Di dalam rumah itu Perayu telah menayangkan video lucah. Mereka telah mengadakan hubungan seks di ruang tamu rumah Perayu. Selepas itu Perayu menghantar SP3 balikke rumah abang SP8. Pada sebelah petang hari itu SP3 ada memaklumkan kejadian itu kepada SP8.
Pada keesokan harinya lebih kurang pukul 8.00 malam Perayu dan rakannya yang bernama Rohizan bin Musa datang, dengan kereta masing-masing untukberjumpa dengan SP3 dan SP8 di Restoran KFC, Kangar. Atas permintaan Perayu Rohizan telah menghantar SP3 dan SP8 ke sebuah rumah beralamat di No. 5, Lorong 2, Taman Perlis, Kangar. Rumah tersebut disewa oleh seorang lelaki China bernama Chan Peng Chai atau #"AhChai". SP3 tinggal di rumah Ah Chai bersama SP8 sehingga 1hb. Mei 1996.
Pada jam lebih kurang 8.00 malam pada 1hb. Mei 1996 SP3 telah dibawa balik oleh abang iparnya, Mohd. Saad bin Mohd. Arif (SP5) dan bapa saudaranya, Haron bin Omarke rumah SP3 di Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis.
Keesokan harinya iaitu 2hb. Mei 1996 SP3 telah pergi ke sekolah. Lepas waktu sekolah SP3 tidak balik ke rumahnya tetapi terus pergi ke rumah Ah Chai. Pada masa itu SP8 masih tinggal dirumah Ah Chai. SP3 dan SP8 tinggal di situ selama beberapa hari dan SP3 tidak hadir ke sekolahnya dalam tempoh tersebut.
Pada 10hb. Mei iaitu di sebelah petang ketika SP3 sedang mandi di rumah Ah Chai Perayu datang ke situ dan merekamengadakan perhubungan seks di dalam bilik air. SP3 ada menceritakan kejadian kali ked