SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2025 MarsdenLR 5488




MAHKAMAH TINGGI (KUALA LUMPUR)
HASHIM YUSOF PK
PERMOHONAN JENAYAH NO 44–59 TAHUN 1994
29 December 1994



Karpal Singh, Zulkifli Nordin dan Kamar Ainiah bte Kamarulzaman bagi pihak pemohon.
ZaitunZawiyah bte Puteh dan Mohamed Bahzain bin Idris (Peguam Kanan Persekutuan) bagi pihak responden.


Advocates:
Karpal Singh, Zulkifli Nordin dan Kamar Ainiah bte Kamarulzaman bagi pihak pemohon.
ZaitunZawiyah bte Puteh dan Mohamed Bahzain bin Idris (Peguam Kanan Persekutuan) bagi pihak responden.

ALASAN PENGHAKIMAN

Ini adalah suatu permohonan di bawah Bab XXXVI Kanun Prosidur Jenayah (KPJ) dan Perkara 5(2) Perlembagaan Persekutuan untuk suatu Perintah Habeas Corpus oleh Pendek bt Ahmad supaya Mahkamah ini membebaskan cucunya, seorang gadis Juvana yang berumur16 tahun 3 bulan (selepas ini disebut "NMY" demi untuk menjaga kepentingan juvana ini) pada masa ini, daripada Pusat Pemulihan Gadis, Taman Sri Puteri, Rembau, Negeri Sembilan.

Fakta kes, seperti yang terdapat daripada Affidavit Pendekbt Ahmad, Mumtaj Begum bt Mohd. Sultan dan juga dari NMY adalah soporti berikut:

Pada 24hb Oktober 1994 bapa kepada NMY, Mohd. Yusop bin Baijuri, telah membuat satu permohonan, seperti eksibit "MB1", di bawah seksyen 8(2)Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 (selepas ini disebut "Akta") di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur supaya NMY diletakkan di bawah jagaan Pelindung ditempat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Di atas permohonan ini Majistret berkenaan padahari yang sama, telah mengarahkan supaya satu laporan penyiasatan mengikutseksyen 8(3) Aktadikemukakan kepada Mahkamah yang sama pada 23hb November 1994. Sementara menunggu laporan penyiasatan tersebut Mahkamah Majistret berkenaan telah mengeluarkan satu WaranTahanan untuk menempatkan NMY di Taman Seri Puteri, Rembau, Negeri Sembilan di bawahseksyen 8(2) Aktaseperti di eksibit "MB2".

Pada 23hb November 1994, laporan penyiasatan telah dikemukakan kepada Mahkamah Majistret berkenaan sepertiyang diarahkan pada 24 Oktober 1994. Satu laporan akhlak bapa NMY telah juga dikemukakan kepada Mahkamah Majistret pada hari yang sama Semasa pendengaran dijalankan di dalam Kamar Majistret, peguam Encik Zulkifli Nordin dan Encik Karpal Singh telahmemberitahu Majistret berkenaan bahawa mereka mewakili Pendek bt Ahmad dan memohon supaya Mahkamah Magistret mengeluarkan satu Perintah di bawahseksyen 8(4) (b) Aktasupaya NMY diserahkan kepada Pendek bt Ahmad.

Peguam Zulkifli Nordin seterusnyamemohon kepada Mahkamah Majistret supaya satu laporan akhlak disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat mengenai Pendek bt Ahmad. Bagi tujuan ini Mahkamah Majistret berkenaan telah menangguhkan kes ini kepada 30 November 1994. Sementara itu Mahkamah Majistretmelanjutkan Waran Tahanan bertarikh 24 Oktober 1994 ("MB2") kepada 30 November 1994.

Pada 30 November 1994 laporan latar belakang Pendek bt Ahmad dikemukakan kepada Mahkamah Magistret. Laporan tersebut tidak menyokong permohonan Pendekbt Ahmad. Di peringkat ini peguam bagi pihak Pendek bt Ahmad memohon untuk menyoal balas Encik Tee Ah Kow, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Melaka, iaitu pegawai yang menyediakan laporan tersebut. Mahkamah Majistret seterusnya menangguhkanpendengaran kes tersebut kepada pukul 3.00 petang hari yang sama untuk tujuan soal balas itu.

Apabila Mahkamah Majistret bersidang semula untuk tujuan soal balas itu, peguam Encik Karpal Singh memaklumkan kepada Majistret bahawa bapa kepadaNMY ingin menarik balik permohonan beliau ("MB1") yang asal itu. Bapa NMY mengesahkan secara lisan penarikan balik permohonan itu atas alasan lebih elok bagi beliau menjaga anaknya sendiri dan beliau ingin menyekolahkan anaknya semula dimana-mana tempatyang sesuai.

Diperingkat ini Majistret telah menangguhkan kes untuk keputusannya kepada 30 Disember 1994 dan seterusnya melanjutkan lagi Waran Tahanan "MB2" kepada 30 Disember 1994.

Di atas Waran Tahanan Lanjutaninilah Pendek bt Ahmad memohon supaya suatu writ Habeas Corpus dikeluarkan atas sebab ianya tidak sah disisi undang-undang dan tidak berasaskan apa-apa autoriti perundangan yang sah oleh kerana penahanan gadis tersebut telah melampaui tempoh masa satubulan daripada 24 Oktober 1994 dan juga kerana bapa gadis tersebut sendiri telah menarik balik permohonannya yang dibuat di bawahseksyen 8(2) Aktadan oleh itu Majistret berkenaan tidak mempunyai bidangkuasa langsung untuk membuat Perintah lanjutan tahanangadis tersebut lagi.

Kes ini agak berlainan daripada kes-kes Habeas Corpus yang kerap kali

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top