MAHKAMAH SESYEN (KUALA TERENGGANU)
BADRUL MUNIR MOHD HAMDY, J
Petronas Carigali Sdn Bhd lwn – Appellant
Versus
Pendakwa Raya – Respondent
RAYUAN JENAYAH NO TA-42S-3-01 TAHUN 2018
| Table of Content |
|---|
| 1. identifying the incident and responsibility. (Para 1 , 1 , 4 , 5 , 6 , 9) |
| 2. explaining prima facie burden of proof requirements. (Para 10 , 11 , 12 , 13) |
| 3. establishing the legal duty of employers. (Para 14 , 15 , 18 , 19) |
| 4. discussion of the principle of strict liability under akkp. (Para 20 , 21 , 22 , 23) |
| 5. the requirement for employer's accountability. (Para 24 , 25) |
| 6. analysis of safety systems and duties. (Para 26 , 27 , 28) |
| 7. inspections and evaluations of safety measures. (Para 29 , 30 , 31 , 32) |
| 8. concluding remark on negligence and culpability. (Para 33 , 34 , 35 , 65) |
| 9. final judgment and sentencing. (Para 136 , 138) |
[1]OKS; Petronas Carigali Sdn Bhd (“PCSB”) dituduh di Mahkamah ini atas pertuduhan pindaan (P9) di bawah seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 1994) seperti berikut:
Bahawa kamu, pada 13 Mac 2014 lebih kurang jam 3:20 petang di RDS Valve Manifold Platform, Petronas Carigali Sdn. Bhd. Onshore Gas Terminal, beralamat di KM106, Jalan Kuantan-Kuala Terengganu, 24300 Kerteh, Kemaman, Terengganu, sebagai majikan, telah gagal untuk memastikan kewajipannya, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja bagi pekerja kamu iaitu Md Noor bin Yusof (Nombor Kad Pengenalan: 680401-11-5709) dengan gagal mengadakan sistem kerja selamat bagi kerja-kerja “remove and install grating” di Platform tersebut sehingga menyebabkan kemalangan ke atasnya. Dengan itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 19Akta yang sama.
[2]Seksyen 19AKKP 1994
[3]OKS yang hadir melalui wakil syarikat, minta dibicarakan dan sepanjang perbicaraan OKS diwakili oleh peguambela Encik Ragunath Kesavan bersama Kwan Will Sen & Magita Hari Mogan daripada Tetuan Skrine.
[4]Pihak pendakwaan memanggil 5 orang saksi dan mengemukakan 36 eksibit sepanjang kes mereka. 5 saksi pendakwaan tersebut adalah seperti berikut:
B. FAKTA RINGKAS KEJADIAN
[5]Pada 13 Mac 2014, jam lebih kurang 8.00 pagi, mesyuarat pagi antara PCSB dan semua kontraktor (termasuk PFCE dan Si Mati) diadakan. Permit To Work (“PTW”) telah dibaca bersama oleh PCSB dan kontraktor-kontraktor. Pada jam lebih kurang 10.30 pagi, PTW diluluskan dan diberikan oleh PCSB kepada PFCE. Ini diikuti oleh ‘toolbox meeting’, di mana kerja-kerja persediaan untuk kerja yang akan dijalankan, termasuklah memastikan ‘tools’ yang bersesuaian disediakan.
[6]Pada jam lebih kurang 11.20 pagi, lima pekerja PFCE, iaitu Si Mati sebagai “rigger foreman” dan empat pekerja sebagai ‘rigger’ pergi ke RDS untuk memulakan kerja -kerja penukaran ‘grating’. Pada jam lebih kurang 2.45 petang, kerja penukaran ‘grating’ GR- 44 disiapkan oleh empat pekerja PFCE tersebut.
[7]Pada jam lebih kurang 3.20 petang, Si Mati telah naik ke RDS untuk menyemak kerja penukaran ‘grating’ GR-44. Si Mati kemudiannya telah terjatuh melalui salah satu ‘grating’ berkenaan, iaitu GR-50.
[8]Pada jam lebih kurang 3.30 petang, ‘CEFS Response Team’ dipanggil ke tempat kejadian. Si Mati dibawa ke klinik dengan ambulans untuk rawatan. Pada jam lebih kurang 4.10 petang, doktor yang datang ke klinik telah memeriksa Si Mati dan mengisytiharkan kematian Si Mati.
[9]Pada jam lebih kurang 6:00 petang, satu aduan diterima oleh JKKP Cawangan Negeri Terengganu berhubung kemalangan maut tersebut. Pada 14 Mac 2014 jam lebih kurang 10:00 pagi, sepasukan pegawai JKKP Cawangan Negeri Terengganu pergi ke tempat kejadian bagi memulakan siasatan dan kes ini disiasat oleh Ir. Lim Yee Tat di bawah Seksyen 15(1)AKKP 1994
C. UNDANG-UNDANG: Beban Pembuktian Di Akhir Kes Pendakwaan
[10]Seksyen 180Kanun Tatacara Jenayahprima facie. Menurut Seksyen 180 (4)Kanun Tatacara Jenayahprima facie wujud sekiranya pihak pendakwaan mengemukakan ‘credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction’.
[11]Dalam kes Balachandran v PP
“A prima facie case
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.