SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

1992 MarsdenLR 883




MAHKAMAH TINGGI (KUALA LUMPUR)
SULEIMAN PK
ULANGBICARA JENAYAH NO 41–246 TAHUN 1989
29 July 1992


Zauyah bte Loth Khan (Timbalan Pendakwa Raya) bagi pihak perayu.
Sivarasa Rasiah (Sivaras & Associates) bagi pihak tertuduh.





MAHKAMAH TINGGI (KUALA LUMPUR)
SULEIMAN PK
ULANGBICARA JENAYAH NO 41–246 TAHUN 1989
29 July 1992




Zauyah bte Loth Khan (Timbalan Pendakwa Raya) bagi pihak perayu.
Sivarasa Rasiah (Sivaras & Associates) bagi pihak tertuduh.


Advocates:
Zauyah bte Loth Khan (Timbalan Pendakwa Raya) bagi pihak perayu.
Sivarasa Rasiah (Sivaras & Associates) bagi pihak tertuduh.

ALASAN PENGHAKIMAN

Tertuduh dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur,

“Pertuduhan Pertama

Bahawa kamu bersama-sama 7 orang yang masih bebas pada 7.11.85 jam lebih kurang 2.00 pm di Taman Melati, di dalam Bandaraya Kuala Lumpur, di dalam Wilayah Persekutuan, seorang daripada ahli perhimpunan salah di sisi undang-undang di dalam tujuan yang sama, oleh perhimpunan itu, telah melakukan kesalahan merusuh, dan oleh yang demikian telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 147 Kanun Kesiksaan.

Pertuduhan Kedua

Bahawa kamu pada 7.11.85 jam lebih kurang 2.00 pm di Taman Melati, di dalam Bandaraya Kuala Lumpur, di dalam Wilayah Persekutuan, telah dengan sengaja mengadakan tentangan terhadap penangkapan yang sah di sisi undang-undang atas diri kamu kerana kesalahan merusuh yang kamu dipertuduhkan, dan oleh yang demikian itu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 224 Kanun Keseksaan.“

2. Selepas pihak pendakwa menutup kes pihak pendakwa YA Majistret pinda tuduhan kedua ke seksyen 225 Kanun Keseksaan dan selepas perbicaraan tamat YA Majistret dapati Tertuduh tidak salah, tidak sabit keatas mana-mana tuduhan dan Tertuduh dibebaskan dan dilepaskan daripada kedua-dua tuduhan.

3. Ini ialah rayuan YA TPR terhadap penghakiman YA Majistret.

4. Pada 26/6/1992 rayuan ini dipanggil kali pertama di hadapan saya. Dengan hormatnya pada pendapat saya keterangan-keterangan saksi-saksi pihak pendakwa yang berkenaan berada di tempat kejadian, iaitu anggota Polis Wanita 105770 (pangkatnya tidak disebut), Zariah bt Mohd Yunus (SP1) dan Konstabel Wanita 59104 Salimat bt Senit (SP4) kurang jelas tepatnya apa telah berlaku di tempat kejadian. Dua lagi saksi-saksi pihak pendakwa ialah Insp. Nik Zaidi bin Zakaria (SP3) Pegawai Penyiasat dan WangChee Keong (SP4) pemandu traktor. Semuanya empat orang saksi. SP3 tidak berada di tempat kejadian. SP4 memang berada di tempat kejadian. Jadi dengan hormatnya saya mengemukakan kepada YA TPR tiga soalan bertulis, dua mengenai tuduhan pertama, satu mengenai tuduhan kedua,

Tuduahan Pertama (1) s. 141 - Mana satu maksud bersama (common object) atau kalau lebih daripada satu, semuanya ada lima, perhimpunan (assembly) 6++ wanita itu, termasuk Tertuduh, dibawah s. 141 pihak pendakwa berpegang (rely upon).

(2) s. 146 - Hendaklah ada rusuhan (force or violence) digunakan oleh Tertuduh untuk matlamat (in prosecution of) maksud bersama itu (the common object) perhimpunan (assembly) 6++ wanita itu.

Apakah rusuhan (force or violence) digunakan oleh Tertuduh untuk matlamat (in prosecution of) maksud bersama itu (the common object) perhimpunan (assembly) 6++ wanita itu.

Tertuduh Kedua

Apakah tentangan (resistence) Tertuduh terhadap penangkapannya.“

5. Pada 26/6/1992 kebetulannya Encik Sivarasa Rasiah, Peguam bagi pihak Tertuduh mohon penangguhan, beliau baru dilantik oleh Tertuduh. Rayuan ditangguh ke 25/7/1992.

6. Pada 25/7/1992 saya dengar penghujahan YA TPR dan penghujahan Encik Sivarasa.

7. Mengenai tuduhan pertama kata YA TPR pihak pendakwa berpegang kepada perenggan 5, seksyen 141 itu,

“Fifth - By means of criminal force, or show of criminal force, to compel any person to do what he is not legally bound to do, or to omit to do what he is legally entitled to do.

Explanation - An assembly which was not unlawful when it assembled may subsequently become an unlawful assembly.“

8. Penjelasan YA TPR ialah ada keterangan SP3 mengatakan kalau Tertuduh tidak baling tanah atau batu kepadanya, beliau tidak terpaksa berhenti kerja pada jam 2.00 petang, beliau akan meneruskan kerja sehingga 7.00 petang. Tambah kata YA TPR SP3 berhak bekerjamenolak tanah di kawasan itu, kepunyaan Syarikat Perumahan Pegawai-Pegawai Kerajaan (SPPK), keterangan SP3,

“I left the site at 2 pm and then I left the place at 3 pm.

XXXX
XXXX

Pada pukul 2 petang mereka membaling tanah ke arah saya dan OKT salah seorang darinya.

XXXX
XXXX

Q. If the accused did not throw mud or shouted usually what time you stop doing your work.

A. I would have work

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top