2007 MarsdenLR 2290
MAHKAMAH SESYEN (SHAH ALAM)
ISHAK BAKRI H
GUAMAN NO BA-A52M-251–11 TAHUN 2016
4 July 2007
Ishak Bakri H:
ALASAN KEPUTUSAN
(Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012) (terhadap defendan ke-2 dan ke-3)
Fakta Ringkas Kes
[1]Ini adalah permohonan plaintif untuk penghakiman terus direkodkan terhadap defendan ke 2 dan ke 3 bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
[2]Fakta ringkas kes adalah seperti berikut. Defendan pertama telah memohon kepada plaintif untuk kemudahan perbankan Islam di bawah prinsip Komoditi Murabahah untuk dana perniagaan (working capital) dan plaintif telah meluluskan permohonan tersebut melalui surat tawaran bertarikh 12.11.2014 untuk jumlah sebanyak RM200,000 tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung di dalamnya.
[3]Defendan pertama telah menerima terma dan syarat tersebut dengan menandatangani surat tawaran sepertimana yang dilampirkan dalam affidavit sokongan plaintif.
[4]Seterusnya Perjanjian Jualan Aset bertarikh 19.11.2014 telah ditandatangi antara plaintif dan defendan pertama di mana plaintif telah menjual komoditi bernilai RM200,000.00 di bawah sijil CPO19NOV2014-00012-000 dan defendan pertama telah membeli komoditi tersebut pada harga jualan plaintif sebagaimana yang diperuntukkan di dalam surat tawaran. Defendan pertama juga telah bersetuju untuk membayar harga jualan plaintif tersebut melalui ansuran bulanan dalam tempoh yang dipersetujui.
[5]Berikutnya, plaintif telah menjual komoditi tersebut bagi pihak defendan pertama di pasaran pada harga jualan defendan pertama dan hasilnya telah disalurkan kepada defendan pertama sebagaimana yang dipersetujui di dalam surat tawaran.
[6]Defendan pertama juga telah memasuki Terma Produk Plaintif bertarikh 13.11.2014 (Rujuk ekhsibit A-3 afidavit sokongan plaintif).
[7]Defendan pertama telah gagal membayar bayran bulanan di bawah kemudahan tersebut
[8]Akibat kegagalan defendan pertama membayar ansuran bulanan, plaintif telah menghantar surat bertarikh 4.7.2016 kepada defendan pertama melalui peguamnya membatalkan kemudahan yang diberikan dan mengakibatkan keseluruhan keberhutangan di bawah kemudahan tersebut menjadi segera terhutang dan kena dibayar. Plaintif juga telah menuntut untuk bayaran keseluruhan jumlah terhutang setelah ditolak dengan ibra’ dalam tempoh masa 7 hari dari tarikh surat tersebut sebanyak RM167,900.60 setakat 11.7.2016.
[9]Defendan pertama telah gagal mematuhi tuntutan plaintif supaya membayar keseluruhan jumlah yang terhutang.
[10]Melalui surat jaminan bertarikh 19.11.2014 defendan ke-2 dan ke-3 telah secara bersesama dan berasingan bersetuju untuk diikat bukan sahaja sebagai penjamin tetapi sebagai penghutang utama untuk pembayaran kesemua wang yang terhutang dan kena dibayar oleh defendan pertama kepada plaintif bila dituntut. Ini termasuk yuran peguam atas dasar peguamcara-anakguam.
[11]Plaintif telah menghantar surat tuntutan bertarikh 4.7.2016 kepada defendan ke-2 dan ke-3 bertarikh 4.7.2016 secara pos berdaftar dan perakuan mengepos menuntut bayaran keseluruhan jumlah terhutang di bawah kemudahan tersebut dalam tempoh masa 7 hari dari tarikh surat tersebut.
KES PLANTIFF
[12]Defendan pertama, defendan ke 2 dan defendan ke 3 masih gagal menyelesaikan keseluruhan jumlah yang dituntut dalam tempoh yang ditetapkan.
[13]Defendan ke-2 dan ke-3 gagal menunjukkan apa-apa isu untuk dibicarakan.
[14]Sijil Keberhutangan ekhsibitkan A-7 dalam afidavit sokongan plaintif mengesahkan ketepatan jumlah keberhutangan defendan ke- 2 dan ke-3 kepada plaintif.
ISU-ISU DEFENDAN
[15]Terdapat perintah Mahkamah Shah Alam bertarikh 14.1.2015 yang bersifat retrospective menghalang tuntutan plaintif terhadap defendan ke 2 dan ke 3. Perintah tersebut diperolehi dibawah Guaman No. 22NCVC-304-06/2016.
[16]Plaintif gagal mengemukakan sebarang bukti tentang penjualan komoditi berjumlah RM200,000 tersebut.
[17]Terdapat indemniti terhadap defendan pertama dan/atau Kengadharan a/l Ramasamy dan Thanapalan a/l Gopalan di mana defendan ke-2 dan ke-3 akan menuntut secara indemniti terhadap defendan pertama dan/atau Kengadharan a/l Ramasamy dan Thanapalan a/l Gopalan sekiranya D