2025 MarsdenLR 5597
MAHKAMAH SESYEN (KUALA LUMPUR)
ZAMAN MOHD NOOR, J
Anthony John Dason lwn – Plaintiff
Versus
Wong Kean Yen dan lain-lain – Defendant
SUIT NO WA-B52NCvC-466-10 OF 2024
Contingency fee agreements are illegal under the Legal Profession Act as they violate public policy, rendering such contracts void and unenforceable.
Headnote:(A) Legal Profession Act 1976 - Section 112(1)(b) - Contract law - Champerty - The contract between the Plaintiff and Defendants was deemed illegal due to its contingency fee agreement nature, violating public policy and Section 112 of the Legal Profession Act, rendering it void. (Paras 19, 40, 47)
(B) Abuse of process - The court found that the Writ and Statement of Claim was frivolous, vexatious, and an abuse of court process, leading to its dismissal. (Paras 2, 50)
Facts of the case:
The Plaintiff entered into a contingent fee agreement for legal services related to a company in liquidation, with a fee of RM4,500,000.00. The Plaintiff only received RM1,800,000.00 and sought the remaining RM450,000.00, later claiming against multiple Defendants, including one that claimed lack of involvement.
Findings of Court:
The court concluded the contract was illegal due to its contingency nature, which is prohibited under the Legal Profession Act, leading to a complete dismissal of the case.
Issues: The main issues were whether the contract was a champertous agreement and if the Writ constituted an abuse of the court process.
Ratio Decidendi: The court held agreements that are contingent upon success are illegal and undermine the integrity of legal services, necessitating dismissal for the Writ's abuse of the court process.
Result: Application to strike out the claim allowed.
| Table of Content |
|---|
| 1. defendants seek to strike out application. (Para 1 , 1) |
| 2. details of fee arrangement and payments. (Para 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10) |
| 3. discussion on legality of fee agreements. (Para 11 , 12 , 13 , 14 , 15 , 16 , 17 , 18 , 19) |
| 4. judicial framework evaluation of agreements. (Para 20 , 21 , 22 , 23 , 24 , 25 , 26 , 27 , 28 , 29) |
| 5. analysis of contingent fee agreements. (Para 30 , 31 , 32 , 33 , 34 , 35 , 36 , 37 , 38 , 39) |
| 6. illegality effect on contract legitimacy. (Para 40 , 41 , 42 , 43 , 44 , 45 , 46) |
| 7. final ruling and dismissal of claims. (Para 47 , 48 , 49 , 50 , 51) |
[1]Defendan Pertama memohon Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada hari bulan 2025 pada pukul pagi/petang untuk mendengar permohonan Defendan Pertama menurut inter alia Aturan 18 Kaedah 19(1)(b), 19(1)(c) dan 19(1)(d), Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012
1.Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 28/10/2024 dibatalkan terhadap Defendan Pertama;
2.Bahawa Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 28/10/2024 dibatalkan atas alasan bahawa ia mengaibkan, remeh atau menyusahkan;
3.Bahawa Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 28/10/2024 dibatalkan atas alasan bahawa Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah Yang Mulia; 4. Bahawa kos permohonan ini hendaklah ditanggung oleh Plaintif; dan
4.Apa-apa perintah lain yang difikirkan adil dan bersesuaian oleh Mahkamah
ASAS TUNTUTAN PLAINTIF
[2]Melalui surat bertarikh 15.3.2019, Defendan Pertama bersama dengan Tan Mei Yeng dan Leong Peng Woon yang mana kedua-dua mereka ini adalah pemegang saham dan penyumbang dalam Atlaw Housing Sdn Bhd, telah mengarahkan Defendan Kedua dan firma Nga Hock Cheh & Co untuk melibatkan perkhidmatan Plaintif sebagai seorang Peguam bela dan Peguam cara untuk bertindak atas yuran yang dipersetujui sebanyak RM4,500,000.00 untuk mengeluarkan Pelikuidasi yang dilantik iaitu Dato Jayaraj Retnaswamy dan / atau Jayapala Singam s/o Kandiah bagi Syarikat Atlaw Housing Sdn Bhd yang telah digulung oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui Petisyen Gulungan No. MT2-28-16-2007.
[3]Antara terma yang dinyatakan ialah:
(a)Yuran dan perbelanjaan Plaintif akan dibayar selepas tugas tersebut diselesaikan;
(b)surat hak milik yang diperoleh daripada Pelikuidasi atau pihak ketiga harus dipegang sebagai Stakeholder dengan kuasa untuk mendaftar lien sehingga yuran dibayar dengan sepenuhnya;
(c)arahan tersebut tidak boleh ditarik balik kerana diberi dengan balasan berharga;
(d)sekiranya mereka memilih untuk mengganti Tetuan Nga Hock Cheh & Co sebagai Peguam cara mereka, yuran yang dinyatakan akan menjadi berbayar dengan segera;
(e)sekiranya Plaintif dan Tetuan Nga Hock Cheh & Co tidak dapat mengeluarkan Pelikuidasi atau tamat likuidasi Syarikat tersebut dalam 12 bulan dari tarikh surat tersebut, yuran tidak perlu dibayar.
[4]Mengenai pembahagian yuran , telah dipersetujui bahawa yuran yang diterima secara bahagian (berperingkat) akan dikongsi sama-sama di antara Plaintif dan Tetuan Nga Hock Cheh & Co.
[5]Yuran yang dipersetujui sebanyak RM4,500,000.00 harus dikongsi sama-sama di antara Plaintif dan Tetuan Nga Hock Cheh & Co.
[6]Melalui surat bertarikh 22.3.2019, daripada Tetuan Nga Hock Cheh & Co kepada Plaintif, Plaintif telah dilantik untuk menjalan urusan untuk mengakhiri likuidasi dan / atau mengeluarkan Pelikuidasi Syarikat tersebut.
[7]Pelikuidasi Syarikat tersebut telah dikeluarkan dan penggulungan Syarikat tersebut telah ditamatkan pada 15.7.2019. Plaintif dengan itu telah selesai tugas beliau. Yuran yang dipersetujui sebanyak RM4,500,000.00 harus dan perlu dibayar.
[8]Plaintif telah menerima jumlah sebanyak RM1,800,000.00 untuk dikira sebagai bahagian daripada separuh bahagian yuran beliau yang dipersetujui. Baki yuran yang harus dan perlu dibayar kepada Plaintif adalah jumlah sebanyak RM450,000.00.
[9]Melalui surat bertarikh 7.6.2022, Peguam cara terdahulu Plaintif telah menuntut daripada Leong Peng Woon, Tan Mei Yeng dan Defendan Perta