2025 MarsdenLR 2622
MAHKAMAH SESYEN (KUALA LUMPUR)
ZAMAN MOHD NOOR HMS, J
Yow Man Kong @ Senthil Kumar lwn – Plaintiff
Versus
Ghandi Rajan al Arjunan dan lain-lain – Defendant
GUAMAN NO WA–B52NCC–510–07 TAHUN 2015
Plaintiff may enforce judgment beyond six years if sufficient reasons are provided, negating defendant's petition for cancellation.
Headnote:(A) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 - Aturan 46 Kaedah 2(1)(a) - Penghakiman dan pelaksanaan - Permohonan Defendan untuk membatalkan Perintah Kebenaran Perlaksanaan Penghakiman yang sudah enam tahun adalah ditolak. Mahkamah mengesahkan bahawa Plaintif telah memenuhi keperluan untuk melaksanakan penghakiman walaupun selepas tempoh tersebut. (Paras 13, 18)
(B) Tindakan defenden untuk merujuk rayuan ke Mahkamah Persekutuan ditolak. Ketidakmampuan Defendan untuk membuktikan alasan yang cukup bagi menangguhkan pelaksanaan penghakiman menunjukkan bahawa Plaintif berhak untuk melaksanakan penghakiman tersebut. (Paras 10, 19)
Facts of the case:
Plaintif memfailkan tuntutan untuk RM450,000.00, di mana penghakiman bertarikh 17.02.2016 dipinda setelah rayuan. Defendan berusaha membatalkan penghakiman atas alasan penipuan tetapi ditolak oleh Mahkamah Rayuan. (Paras 3-10)
Findings of Court:
Mahkamah mengesahkan bahawa Plaintif telah memberikan alasan yang mencukupi untuk melaksanakan penghakiman setelah enam tahun, dan menolak permohonan pembatalan Defendan. (Paras 13, 19)
Issues: Adakah Plaintif memenuhi syarat untuk pelaksanaan penghakiman setelah enam tahun dan alasan untuk pembatalan oleh Defendan? (Paras 13, 17)
Ratio Decidendi: Mahkamah berpendapat bahawa walaupun penghakiman boleh dikatakan tidak dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan, jika terdapat alasan yang mencukupi untuk melaksanakan penghakiman, ia harus diteruskan. (Paras 14, 18)
Result: Permohonan Defendan ditolak dengan kos.
| Table of Content |
|---|
| 1. overview of case background and procedural history (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10) |
| 2. impact of court rulings on execution of judgment (Para 11 , 12 , 13) |
| 3. legal principles associated with delay in execution (Para 14 , 15 , 16) |
| 4. plaintiff's compliance with legal requirements for execution (Para 17 , 18) |
| 5. court's final ruling and order (Para 19) |
Zaman Mohd Noor HMS:
ALASAN PENGHAKIMAN
(LAMPIRAN 67)
PENGENALAN
[1]Saya telah menolak permohonan Defendan bertarikh 7.10.2024 untuk membatalkan Perintah Kebenaran Perlaksanaan Penghakiman selepas tempoh enam tahun bertarikh 07.08.2024 bagi Penghakiman bertarikh 17.02.2016
[2]Perintah ini dikeluarkan selaras dengan Notis Permohonan Plaintif 24.07.2024 di bawah Aturan 46 Kaedah 2(1)(a) KKM 2012 Latar Belakang
[3]Plaintif telah memfailkan Writ dan Pernyataan Tuntutan pada 16.07.2015 di Mahkamah Sesyen untuk menuntut jumlah RM450,000.00 daripada Defendan-Defendan.
[4]Plaintif kemudiannya pada 29.09.2015 memfailkan Notis Permohonan untuk memasukkan Penghakiman Terus terhadap Defendan.
[5]Permohonan Penghakiman Terus tersebut ditolak oleh Hakim Mahkamah Sesyen pada 04.12.2015. Plaintif seterusnya telah merayu kepada Mahkamah Tinggi terhadap Keputusan Mahkamah Sesyen tersebut melalui Notis Rayuan bertarikh 10.12.2015 di mana Hakim Mahkamah Tinggi telah membenarkan rayuan pada 17.02.2016.
[6]Defendan-Defendan kemudian telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut kepada Mahkamah Rayuan namun rayuan Defendan-Defendan tersebut ditolak.
[7]Pada 01.06.2018, Defendan-Defendan telah memfailkan tindakan terhadap Plaintif di Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui Guaman No. BA22NCVC-275- 06/2018 (“Guaman-275”) untuk perintah, antara lain bahawa Penghakiman bertarikh 17.02.2016 dalam guaman sebelum ini (Guaman-510) oleh Plaintif terhadap Defendan diketepikan atas alasan bahawa ianya diperolehi melalui frod dan tidak sah serta terbatal atas alasan menyalahi undang-undang.
[8]Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mendengar Guaman-275 tersebut membenarkan tuntutan Defendan-Defendan pada 10.02.2022 di mana diperintahkan :-
(a)perintah secara injunksi bahawa kesemua pelaksanaan Penghakiman bertarikh 17.02.2016 adalah dengan itu digantung;
(b)Selaras itu, Penghakiman bertarikh 17.02.2016 diketepikan dan tidak berkuat kuasa; dan
(c)Penghakiman bertarikh 17.02.2016 tersebut tidak dapat dilaksanakan sehingga keputusan Mahkamah Rayuan bagi Guaman-275.
[9]Plaintif merayu terhadap keputusan ini ke Mahkamah Rayuan di mana rayuan dibenarkan pada 12.12.2022.
[10]Defendan Kedua dan Defendan Ketiga telah memohon kebenaran bagi merujuk merayu ke Mahkamah Persekutuan namun ianya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 17.04.2023.
Analisa dan Dapatan
[11]Apabila tindakan Defendan di dalam Guaman-275 dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi, Penghakiman bertarikh 17.02.2016 telah diketepikan serta tidak berkuat kuasa dan tidak dapat dilaksanakan sehingga keputusan dan pelupusan rayuan Plaintif ke Mahkamah Rayuan di Guaman-275 pada 12.12.2022 yang akhirnya berpihak kepada Plaintif.
[12]Wujud bukti bahawa Plaintif selepas Penghakiman bertarikh 17.02.2016 tersebut direkodkan sebelum ia diketepikan oleh Mahkamah Tinggi melalui tindakan guaman yang berbeza di Mahkamah Tinggi Shah Alam, telah memulakan beberapa tindakan pelaksanaan terhadap Defendan-Defendan namun tidak Berjaya.
[13]Aturan 46 Kaedah 2 dan Aturan 46 Kaedah 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 menetapkan bahawa kebenaran daripada Mahkamah adalah perlu untuk menguatkuasakan penghakiman atau perintah selepas enam (6) tahun ianya direkodkan.
[14]Saya merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Moez Ali bin Akbarally v Public Bank Bhd
“[31] We found merit in the Respondent’s submission that the Respondent only need to show the court sufficient reasons in support of the application to explain the delay in proceedings with the execution and/or bankruptcy proceedings against the Appellants. Here we must emphasise that so long as the applicant for leave provide so