SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2017 MarsdenLR 1944

MAHKAMAH SESYEN (KUANTAN)
HABIBAH YUSOF HMS, J
Etiqa Takaful Bhd lwn – Plaintiff
Versus
Adibah binti Zainal Abidin dan lain-lain – Defendant
SAMAN PEMULA NO B54–6–12 TAHUN 2016



Advocates:
(Ravi Moorthi Noriza Mala & Partners) bagi pihak plaintif.
(Sabarudin Othman & Ho) bagi pihak defendan.

Insurance contracts must adhere to utmost good faith, and the absence of authority or insurable interest affects liability under statutory provisions.

Headnote:(A) Road Transport Act 1987 - Sections 90(2) and 96 - Insurance policy validity - The plaintiff sought to declare an insurance policy void and not enforceable, stating that the vehicle was sold without notice. The court found that there was no transfer of interest and the plaintiff retained liability under the insurance policy despite the objections raised. (Paras 14-26)

(B) Principle of Utmost Good Faith - A valid insurance contract relies on utmost good faith, and non-disclosure or transfer of interest invalidates the insurer's obligation to indemnify. (Paras 14-15)

(C) Statutory Liability - The necessity for the insurer to provide coverage when statutory conditions are met and issues such as unauthorized drivers must be evaluated under statutory provisions. (Paras 9-10, 28)

Facts of the case:
The plaintiff claimed that the insurance policy covering a vehicle had become void due to the undisclosed sale of the vehicle by the first defendant to the second defendant before an accident occurred. Issues involved the validity of the insurance policy and the transfer of interest.

Findings of Court:
The court concluded that the policy remained valid for liability purposes due to the lack of documentary evidence for the alleged sale.

Issues: The crux of the matters related to whether the insurance was void due to failure to disclose material facts and if the defendants were authorized drivers.

Ratio Decidendi: The court held that the proper documents and credible testimony supported that the vehicle was legally owned by the first defendant at the time of the accident, thus allowing the insurance claim to stand.

Result: Plaintiff's application denied with costs of RM1,500.

Table of Content
1. introduction of the case and background facts. (Para 1 , 2 , 3 , 4)
2. plaintiff's claims and rationale. (Para 5 , 6 , 7 , 8)
3. defendant's arguments and defenses. (Para 9 , 10 , 11 , 12 , 13)
4. court's legal analysis and reasoning. (Para 14 , 15 , 16 , 17 , 18 , 19 , 20 , 21 , 22 , 23 , 24 , 25 , 26 , 27 , 28)
5. conclusion of the court's decision. (Para 29)

Habibah Yusof HMS:

ALASAN KEPUTUSANPendahuluan

[1]Ini adalah satu Saman Pemula di mana pihak Plaintif menuntut;

(i)Masa (jika perlu) dilanjutkan untuk memfailkan Saman Pemula ini;

(ii) Keseluruhan peruntukan polisi insurans bernombor TGPC-01159214-BRTZHQT yang melindungi motokar No WNL 5657 bagi tempoh 2.11.2013 sehingga 1/11/2014 adalah terbatal(“void”) dan tidak boleh dikuatkuasakan (“unenforceable”) terhadap Plaintif;

(iii) Selanjutnya, Pemohon tidak bertanggungjawab (“not liable”) untuk menanggung sebarang perintah dan penghakiman di bawah Seksyen 96Akta Pengangkutan Jalanraya 1987untuk sebarang tuntutan yang difailkan di bawah polisi ini termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana tindakan yang akan/atau telah difailkan berikutan kemalangan jalanraya itu.

(iv) Lain-lain relief dan/atau perintah dan/atau arahan lanjut yang dianggap sesuai dan manfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini.

(v) Kos.

Latarbelakang Kes

[2]Adibah bt Zainal Abidin, Defendan Pertama adalah pemilik berdaftar bagi sebuah kereta No WNL 5657 (kereta tersebut). Plaintif dalam kes ini telah mengeluarkan satu polisi insurans bernombor TGPC-01159214-BRTZHQT (polisi tersebut) bagi melindungi kereta tersebut bagi tempoh 2.11.2013 sehingga 1.11.2014.

[3]Kereta tersebut yang dikatakan dipandu oleh Defendan Kedua telah terlibat dengan kemalangan jalanraya pada 7.1.2014 dengan sebuah motorsikal No JKT 1706 yang ditunggang atau dibonceng atau dimiliki oleh Defendan Ketiga, Keempat dan Kelima di Jalan Pantai Hiburan, Rompin, Pahang.

[4]Berikutan itu Plaintif telah diserahkan dengan satu notis di bawah Seksyen 96(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Kes Plaintif

[5]Plaintif mengatakan bahawa pihaknya telah melantik penyelaras untuk menyiasat berhubung kemalangan itu. Siasatan mendapati kereta tersebut telah dijual oleh Defendan Pertama kepada anak saudaranya, Defendan Kedua pada 7.1.2014 tanpa pengetahuan Plaintif.

[6]Defendan Kedua mengakui bahawa beliau telah membeli kereta tersebut daripada Defendan Pertama pada tahun 2011 atas dasar sambung bayar pinjaman bank Defendan Pertama dan hanya akan menukar nama selepas selesai keseluruhan pinjaman kereta tersebut.

[7]Berdasarkan fakta di atas Plaintif mengatakan bahawa kereta yang diinsurankan oleh Defendan Pertama tidak berada di bawah kawalannya sebaliknya oleh Defendan Kedua pada setiap masa yang merupakan “unauthorized driver” pada masa kemalangan berlaku.Oleh kerana berlaku “transfer of interest” juga maka tidak terdapat “insurable interest”.

[8]Selain itu Plaintif mengatakan bahawa keseluruhan polisi insurans yang dikeluarkan atas nama Defendan Pertama adalah terbatal dan tidak boleh dikuatkuasakan kerana polisi tersebut tidak dibeli untuk kereta WNL 5657 kerana kereta tersebut telah dijual pada 2011. Maka tuntutan Defendan Ketiga hingga Kelima tidak dilindungi di bawah insurans itu. Ini kerana telah berlaku kemungkiran terma dan syarat asas polisi tersebut yang menyebabkan ia tidak boleh dikuatkuasakan terhadap Plaintif.

Kes Defendan

[9]Defendan mengatakan isu-isu yang ditimbulkan oleh Plaintif antaranya bahawa polisi itu telah terbatal, pemindahan kepentingan dan pemandu yang tidak mempunyai kebenaran untuk memandu kereta tersebut adalah isu antara Defendan Pertama dengan agen Plaintif serta Plaintif sahaja dan tidak boleh mengatasi atau memberi kesan kepada perlindungan insuran pihak ketiga di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ).

[10]Mengenai kemungkiran terma dan syarat asas polisi tersebut, Plaintif boleh mendapatkan remedi terhadap agennya atau Defendan Pertama. Syarat dan terma yang dikatakan dilanggar juga tidak dikemukakan.

[11]Plaintif telah menerima No

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top