SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2025 MarsdenLR 5357 ; 2025 MarsdenLR 6760

MAHKAMAH SESYEN (KULIM)
MUSYIRI PEET H
Pendakwa Raya lwn – Appellant
Versus
Ramlan bin Abdul Rahman – Respondent
NO 83D-594–09 TAHUN 2016



Advocates:
Ellyna bt Othman (Timbalan Pendakwa Raya, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah) bagi pihak pendakwaan.
Jasni bin Mahamad (Jasni & Co) bagi pihak tertuduh.

The prosecution failed to establish a prima facie case against the accused due to inconsistencies and insufficient investigation regarding possession of drugs.

Headnote:(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 - Seksyen 12(2) dan Seksyen 39A(1) - Pertuduhan terhadap tertuduh yang memiliki Methamphetamine dan Heroin - Pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh - Keterangan saksi-saksi meragukan dan tidak konsisten - Tiada rajah kasar tempat kejadian - Pertuduhan dibatalkan. (Paras 14-29)

(B) Prima Facie Case - Definisi dan kriteria yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan sebagai prasyarat untuk melanjutkan kes bertentangan pendakwaan. (Paras 10-12)

Facts of the case:
Tertuduh telah dituduh memiliki Methamphetamine seberat 13.77 gram dan Heroin seberat 0.08 gram pada 19 September 2016. Dalam pemeriksaan, barang kes telah dijumpai oleh pegawai polis, namun terdapat keraguan mengenai penyiasatan dan keterangan. (Paras 1-8)

Findings of Court:
Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. Terdapat percanggahan dalam keterangan saksi dan kegagalan penyiasatan yang mencukupi. (Paras 21-30)

Issues: Adakah pendakwaan telah membuktikan milikan terhadap dadah?; Adakah terdapat cukup bukti untuk menggesa tertuduh membela diri? (Paras 17-30)

Ratio Decidendi: Mahkamah menegaskan bahawa untuk memenuhi elemen pertuduhan, pendakwaan mesti menunjukkan milikan yang jelas, serta keterangan yang tidak bercanggah atau meragukan, yang tidak dipenuhi dalam kes ini. (Paras 15-30)

Result: Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri bagi semua pertuduhan.

Table of Content
1. factual background of the accused's arrest. (Para 1 , 2 , 4 , 5)
2. definition and implications of prima facie case. (Para 10 , 11 , 12 , 14)
3. critical observation on prosecution's evidence. (Para 19 , 29)
4. arguments regarding contradictions in evidence and procedure. (Para 22 , 28 , 30)

Musyiri Peet H:

ALASAN PENGHAKIMAN

Di dalam kes ini, tertuduh (OKT) telah dituduh dengan pertuduhan di bawah 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1)

Pertuduhan Pindaan Pertama:

“Bahawa kamu pada 19.9.2016 jam lebih kurang 4.20 pagi di rumah No.143 Lorong Kenanga 3B, Taman Desa Impian, dalam Daerah Kulim, di negeri Kedah, telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 13.77 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12 (2)Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234)dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A (1)Akta yang sama.”

Pertuduhan Pindaan Kedua:

“Bahawa kamu pada 19.9.2016 jam lebih kurang 4.20 pagi di rumah No.143 Lorong Kenanga 3B, Taman Desa Impian, dalam Daerah Kulim, di negeri Kedah, telah ada dalam milikan kamu dadah sejumlah 0.08 gram Heroin. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12 (2)Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234)dan boleh dihukum di bawah seksyen 12 (3)Akta yang sama.”

Pertuduhan Tambahan:

“Bahawa kamu pada 19.9.2016 jam lebih kurang 4.20 pagi di rumah No.143 Lorong Kenanga 3B, Taman Desa Impian, dalam Daerah Kulim, di negeri Kedah, telah ada dalam milikan kamu dadah sejumlah 0.02 gram Monoacetylmorphines. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12 (2)Akta Dadah Berbahaya 1952(Akta 234 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12 (3)Akta yang sama.”

Sepanjang masa yang material, OKT telah diwakili oleh peguam pilihannya sendiri. Di dalam kes ini, pihak pendakwaan telah memanggil seramai 4 orang saksi sepanjang kes pendakwaan.

Kes Pendakwaan

Keterangan saksi-saksi pendakwaan dapatlah diringkaskan seperti berikut:

[1]Pada 19/9/2016 jam lebih kurang 4.20 pagi S/Insp 66244 Abas bin Abdul Manaf (SP1) telah bersama-sama dengan anggota Kpl 73297 Mohd Sharif bin Din, L/Kpl 173820 Mohamad Firdaus b Wahab, L/Kpl 184295 Mohd Izuan bin Mat Yassin, Konst 182893 Mohd Zarith bin Mat Rizan dan Konst 187795 Mohd Nizam bin Putih pergi ke sebuah rumah beralamat No 143 Lorong Kenanga 3B Taman Desa Impian, 09000 Kulim, Kedah.

[2]Sampai di rumah tersebut, SP1 bersama anggota telah mengetuk pintu hadapan rumah itu. Pintu itu telah di buka oleh seorang lelaki Melayu. SP1 telah memperkenalkan dirinya sebagai Pegawai Kanan Polis kepada lelaki Melayu tersebut.

[3]SP1 menahan lelaki Melayu tersebut. Di ruang tamu rumah, SP1 telah membuat pemeriksaan fizikal keatas lelaki Melayu tersebut dan telah menjumpai dua peket plastik lutsinar yang disyaki berisi dadah jenis syabu berat anggaran 19.25 gram dan satu peket plastik lutsinar yang disyaki berisi dadah jenis heroin anggaran berat 2.35 gram di dalam poket hadapan kiri seluar jeans panjang warna biru jenama (Jeans).

[4]SP1 telah bertindak merampas barang kes tersebut serta membuat tangkapan terhadap lelaki tersebut. Sebab tangkapan ke atas lelaki Melayu tersebut telah diterangkan di dalam bahasa yang mudah di fahami kepada lelaki tersebut.

[5]SP1 telah mendapatkan butiran lelaki yang di tangkap dan berdasarkan kad pengenalannya dapati beliau bernama Ramlan bin Abdul Rahman, no kad pengenalan 690622-02-5693 (OKT di dalam kes ini).

[6]SP1 telah membawa tangkapan dan rampasan balik ke Balai Polis Kulim untuk tindakan lanjut. Satu borang bongkar terhadap lelaki tersebut telah dikeluarkan oleh SP1. SP1 telah arahkan OKT untuk tandatangani borang bongkar tersebut.

[7]SP1 telah membuat timbangan terhadap barang kes dengan menggunakan timbangan digital yang dibekalkan oleh pihak PDRM dan dapati berat kasar barang kes dua peket plastik lutsinar yang disyaki berisi dadah jenis syabu ialah 19.25 gram dan berat kasar satu peket plastik lutsinar yang disyaki berisi d

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top