2022 MarsdenLR 1450
MAHKAMAH SESYEN (SELANGOR)
HILMIAH YUSOF H, J
RTC Consulting Sdn Bhd lwn – Plaintiff
Versus
Soon Siew Chin dan lain-lain – Defendant
GUAMAN SIVIL NO BB-A52NCvC-144-09 TAHUN 2021
The shifting burden of proof requires defendants to raise triable issues after a plaintiff establishes a prima facie case; inconsistent defenses are not permissible.
Headnote:(A) Rules of Court 2012 - Order 14 - Application for Summary Judgment - The court granted the Plaintiff's application for a summary judgment and ordered costs of RM3000-00 after finding a prima facie case that the Defendants owe RM128,832-40 for tax advisory services without any valid defense raised by the Defendants. (Paras 1, 8, 13)
(B) Principle of Burden of Proof - Once the Plaintiff establishes a prima facie case, the burden shifts to the Defendants to show triable issues. If the Defendants fail to do so, judgment can be entered in favor of the Plaintiff. (Paras 13)
(C) Doctrine of Estoppel - Defendants cannot adopt inconsistent positions in court; they must present a coherent defense. (Paras 13)
Facts of the case:
The Plaintiff, a registered tax advisory firm, entered into a service agreement with the Defendants, who failed to pay the outstanding amount despite receiving services. The Defendants offered no valid objections to the terms of the agreement.
Findings of Court:
The court found that the Plaintiff established a prima facie case with sufficient documentation and that the Defendants had no meritorious defense to raise.
Issues: The court addressed whether the Plaintiff could charge the Defendants for the agreed services and whether there were triable issues raised by the Defendants.
Ratio Decidendi: The court emphasized that the Defendants could not contest the agreement while simultaneously raising issues about professional negligence, thereby failing to substantiate any viable defense.
Result: The court allowed the Plaintiff's application for a summary judgment against the Defendants.
| Table of Content |
|---|
| 1. no triable issues for defendants (Para 1) |
| 2. defendants presented inconsistent positions (Para 2) |
| 3. shift of burden of proof in summary judgment applications (Para 3 , 4) |
| 4. existence of a binding agreement and debt (Para 5 , 6 , 7 , 8 , 9) |
Hilmiah Yusof H:
PENGENALAN
Ini adalah satu rayuan yang difailkan oleh Defendan-Defendan terhadap satu keputusan Mahkamah yang telah membenarkan Notis Permohonan Plaintif (Lampiran 14) untuk satu Penghakiman Terus di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM) dengan kos RM2000-00. Di dalam Lampiran 14 tersebut, Plaintif telah memohon, inter alia, untuk memasukkan Penghakiman Ingkar terhadap Defendan-Defendan untuk jumlah tertunggak sebanyak RM 128,832-40 bagi perkhidmatan audit cukai Plaintif terhadap Defendan.
Mahkamah setelah membaca dan meneliti permohonan dan kertas kausa berkaitan termasuk kesemua Afidavit-Afidavit dan Hujahan Bertulis pihak Plaintif dan Defendan-Defendan beserta otoriti-otoriti yang disertakan, telah memutuskan untuk membenarkan permohonan Plaintif dengan kos sebanyak RM3000-00 dan memasukkan satu Penghakiman Terus terhadap Defendan-Defendan.
FAKTA RINGKAS
[1]Plaintif adalah sebuah syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016 dan menialankan perniagaan perkhidmatan percukaian dan perundingan. Pada sekitar bulan Oktober 2020, Defendan-Defendan menghubungi Encik Chang Hui Yuin, pengarah syarikat Plaintif untuk mendapatkan khidmat perundingan percukaian berhubungan dengan audit cukai keuntungan harta tanah Defendan-Defendan untuk tahun taksiran 2017.
[2]Defendan-Defendan telah mengemukakan dokumen-dokumen dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada Plaintif. Pada 6.11.2020, Plaintif dan Defendan-Defendan telah memasuki satu perjanjian untuk perkhidmatan Plaintif tersebut dan ia telah ditandatangi oleh kedua-dua pihak secara sukarela.
[3]Di dalam perjanjian ini ada dinyatakan cara pengiraan dan pembayaran untuk perkhidmatan yang dibekalkan Plaintif kepada Defendan iaitu:-
i)“i) base fee of RM30,000-00 for the scope of services detailed in item (a) and
ii)Incentive fee of 10% of total tax and penalty saved”
[4]Defendan-Defendan pada sepanjang masa tidak membangkitkan apa-apa bantahan terhadap terma-terma ini.
[5]Defendan-Defendan telah memaklumkan LHDN bahawa mereka telah melantik Plaintif sebagai perunding melalui surat-surat mereka bertarikh 12.11.2020 yang ditandatangani oleh Defendan-Defendan masing-masing.
[6]Defendan-Defendan telah membayar wang pendahuluan (dan termasuk cukai perkhidmatan-(SST)) untuk perkhidmatan Plaintif sebanyak RM15,900-00 kepada Plaintif pada 9.12.2020 setelah menerima invois daripada Plaintif untuk bayaran tersebut. Setelah menerima wang pendahuluan ini, Plaintif memulakan kerja-kerja nya atas arahan Defendan-Defendan.
[7]Setelah selesai perkerjaan, Plaintif menghantar Invois bertarikh 20.1.2021 bersama dengan pengiraan bayaran insentif iaitu untuk jumlah sebanyak RM 128,832-40 yang mana pengiraan ini adalah menurut perjanjian tersebut.
[8]Plaintif telah melalui Notis dari peguam Plaintif bertarikh 19.8.2021 menuntut agar Defendan-Defendan menjelaskan jumlah berkenaan. Namun, Defendan-Defendan masih gagal berbuat demikian. Perkara ini menyebabkan Plaintif memfailkan tuntutan ini dan seterusnya Lampiran 14 ini.
[9]Plaintif percaya Defendan tiada pembelaan bermerit dan ia merupakan satu pembelaan kosong.
ALASAN KEPUTUSAN
[1]Mahkamah mendapati berdasarkan fakta-fakta dan dokumen-dokumen yang dieksibitkan Plaintif di dalam Affidavit Sokongan terhadap Lampiran 14 Notis Permohonan untuk Penghakiman Terus, Plaintif telah berjaya untuk membina satu kes prima facie. Plaintif telah membuktikan melalui eksibit-eksibit bahawa terdapat perjanjian antara pihak-pihak untuk perkhidmatan Plaintif dan Plaintif telah menjalankan perkhidmatan berkenaan dan Defendan perlu membayar fi perkhidmatan berkenaan selaras dengan perjanjian itu.
Dalam keadaan ini, beban pembuktian telah berpindah kepada Defendan-Defendan untuk menunjukkan kepada Mahkamah