2022 MarsdenLR 1451
MAHKAMAH SESYEN (PETALING JAYA)
HILMIAH BINTI YUSOF, J
Universiti Putra Malaysia lwn – Plaintiff
Versus
Tang Kim San dan lain-lain – Defendant
GUAMAN SIVIL NO: BB-A52NCvC-4-01/2022
A motion to strike out pleadings can be granted if the claim is obviously unsustainable due to substantial delays and frivolity.
Headnote:(A) Court Rules 2012 - Order 18 Rule 19(1)(a), (b), (c), (d) - Motion to strike out pleadings - Court granted the defendants' application to dismiss the plaintiff's claim for being frivolous and barred by limitation - The contract breach was established when the defendant failed to report back to the university as required under the agreement. (Paras 1, 6-8)
(B) Limitation and Laches - The court ruled that the plaintiff's delay in filing the claim constituted negligent inactivity, prejudicing the defendants, who should not be delayed in their rights. (Paras 7, 8)
Facts of the case:
The plaintiff filed a suit against the defendants for RM205,524.69, asserting breach of contract due to the defendant's failure to fulfil conditions after an educational sponsorship. The defendants claimed the action was time-barred and abusive.
Findings of Court:
The court found in favor of the defendants, recognizing a breach of contract and issues of limitation and laches.
Issues: The main issues included whether the plaintiff's claim was time-barred and whether it constituted an abuse of court process.
Ratio Decidendi: The court emphasized that the plaintiff's delay rendered the claim unsustainable, agreeing that a motion to strike pleadings is appropriate in clear-cut cases of unreasonableness.
Result: Defendants' application allowed with costs of RM3000.
| Table of Content |
|---|
| 1. background of contractual agreement and breach. (Para 1) |
Hilmiah binti Yusof H:
ALASAN PENGHAKIMANPENGENALAN
Ini adalah satu rayuan yang difailkan oleh Plaintif terhadap satu keputusan Mahkamah yang telah membenarkan Notis Permohonan Defendan-Defendan (Lampiran 8) di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(a), atau (b) atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM)
Mahkamah setelah membaca dan meneliti permohonan dan kertas kausa berkaitan termasuk kesemua Afidavit-Afidavit dan Hujahan Bertulis pihak Defendan-Defendan dan Plaintif serta otoriti-otoriti yang disertakan, telah memutuskan untuk membenarkan permohonan Defendan di dalam Lampiran 8 berkenaan dengan kos RM3000.00.
LATAR BELAKANG KES
-Defendan Pertama adalah merupakan seorang tutor di universiti Plaintif dari 22.2.1999 sehingga 31.8.2004.
-Pihak-pihak telah memasuki Perjanjian Cuti Belajar bertarikh 14.9.1999 di mana Plaintif bersetuju membiayai kos dan perbelanjaan Defendan Pertama bagi program Ph.D di sebuah Universiti di Canada di dalam bidang Phamacology selama 18 bulan. Antara syarat perjanjian ialah Defendan Pertama hendaklah berkhidmat untuk universiti Plaintif dua kali tempoh cuti sambung belajar berkenaan. Defendan Kedua dan Ketiga telah menjadi penjamin-penjamin Defendan Pertama di dalam perjanjian ini.
-Plaintif telah membenarkan permohonan perlanjutan tempoh cuti belajar sehingga 6.10.2003. Defendan Pertama telah memohon sekali lagi untuk perlanjutan tempoh cuti sambung belajar dari 7.10.2003 sehingga 6.10.2004 namun ianya ditolak Plaintif.
-Plaintif mendakwa Defendan Pertama melanggari perjanjian ini apabila dia gagal melaporkan diri di universiti Plaintif semasa dikehendaki berbuat demikian melalui surat bertarikh 15.10.2004.
-Pada 12.1.2022 plaintif memfailkan tindakan ini terhadap Defendan-Defendan untuk gantirugi berjumlah RM205,524-69.
HUJAHAN DEFENDAN
[1]Defendan-Defendan menyatakan di dalam Afidavit Sokongan kepada Lampiran 8 bahawa antara alasan-alasan mereka memohon Writ Saman dan Penyata Tuntutan Plaintif dibatalkan adalah seperti berikut-
i)Ini adalah satu kes yang wajar dibatalkan Mahkamah atas dasar keseluruhan tindakan Plaintif adalah satu tindakan dengan kausa tindakan yang tidak munasabah, remeh atau mengaibkan atau satu penyalahgunaan proses Mahkamah.
ii)Tindakan ini adalah dihalang oleh had masa dan/atau laches. S. 6(1) Akta Had Masa 1953
iii)Selepas kegagalan Defendan Pertama melaporkan diri pada 15.10.2004 berkenaan, Plaintif tidak menghubungi Defendan-Defendan sehingga Julai 2018 dengan menghantar surat tuntutan jumlah terhutang tanpa memperincikan kos dan perbelanjaan yang dituntut tersebut.
iv)Kelewatan pemfailan melampau ini adalah sesuatu yang tidak munasabah dan memprejudiskan Defendan-Defendan. Plaintif tidak sepatutnya “sleep on their rights”.
[2]Plaintif di dalam Afidavit Jawapan pula telah memberikan sebab-sebab mengapa Notis Permohonan Lampiran 8 perlu ditolak. Antara sebab-sebab berkenaan ialah:-
i)Defendan diestop dari membangkitkan isu had masa memandangkan ia tidak diplid di dalam Pembelaan mereka.
ii)Berdasarkan klausa 7 perjanjian berkenaan, Defendan-Defendan bertanggungjawab membayar semula kepada Plaintif apabila jumlah berkenaan “apabila dituntut”. Oleh yang demikian, kausa tindakan dikira daripada apabila jumlah berkenaan dituntut melalui Notis Tuntutan UPM bertarikh 26.9.2016 dan bukan dari tarikh kegagalan Defendan Pertama melaporkan diri.
ALASAN KEPUTUSAN
[1]Permohonan Defendan di dalam Lampiran 8 ini telah dibuat di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(b), (c) dan (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM)
“19. Striking out pleadings and endorsements (O.18, r.19)
(1) The court may at any stage of the proceedings order to be struck out or amended any pleading or the endorsement, of any writ in the action, or anything in any pleading or in the endorsement, on the ground that:-
(a)it discloses no reasonable cause of action or defence, as the case may be;
(b)it is scandalous, frivolous or vexatious;
(c)it may prejudice, embarrass or delay the fair