2025 MarsdenLR 4064
MAHKAMAH SESYEN (KUALA LUMPUR)
IZRALIZAM SANUSI, J
Pendakwa Raya lwn – Plaintiff
Versus
Wajdi bin Azami – Defendant
KES JENAYAH NO WA-62JS-3-02 TAHUN 2024
Faizah Khalilah Zaberi (Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara) bagi pihak pendakwaan.
Azhar bin Ameir (Ameir Azhar & Co) bagi pihak tertuduh.
The court established that the elements of a sexual offense require both the act of sexual contact and the absence of consent, with the prosecution bearing the burden to prove these elements beyond reasonable doubt.
Headnote:(A) Penal Code - Section 377CA - Sexual assault - The accused was charged with sexual contact without consent - Evidence presented included victim’s testimony and corroborating evidence through CCTV and DNA - The prosecution established a prima facie case against the accused, leading to conviction - The court imposed a sentence of 11 years imprisonment and two strokes of the cane. (Paras 1-4, 16, 21, 40, 54)
(B) Burden of proof - The prosecution must prove beyond reasonable doubt the elements of the case - Elements include non-consensual sexual interaction and actions constituting the offense as per Section 377CA. (Paras 23-32)
Facts of the case:
The accused was charged with unlawfully performing sexual acts on the victim, who was a flight attendant. The incident occurred in a hotel after the victim had returned from a long flight. The victim identified the accused through physical touch during the assault, where she sustained injuries. Witnesses confirmed the accused's presence via CCTV and DNA evidence corroborated the victim's account. (Paras 5-14)
Findings of Court:
The court affirmed that the prosecution successfully established the elements of the crime beyond a reasonable doubt. The victim's testimony was coherent and consistent, supported by additional evidence corroborating her claims. (Paras 40, 52)
Issues: Whether the prosecution's evidence was sufficient to establish a prima facie case against the accused and whether the defense could raise a reasonable doubt. (Paras 41-42)
Ratio Decidendi: The court determined that the evidence presented by the victim was credible and consistent. The defendant's claims were implausible and did not create reasonable doubt regarding the prosecution's case. The court ruled that the legal standards for conviction were met, leading to the imposed sentence. (Paras 52-63)
Result: The accused was found guilty and sentenced to 11 years in prison with corporal punishment.
| Table of Content |
|---|
| 1. description of the sexual assault incident (Para 1 , 2 , 3 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15) |
| 2. legal principles for prima facie case (Para 16 , 22 , 24) |
| 3. testimony corroboration requirement (Para 36 , 37) |
| 4. court's decision on prosecution's effectiveness (Para 40 , 52) |
| 5. consideration of mitigating factors in sentencing (Para 54 , 55 , 58) |
| 6. final sentencing decision and reasoning (Para 63 , 65) |
Izralizam Sanusi HMS:
ALASAN PENGHAKIMANPengenalan
[1] Anwar Wajdi bin Azami (selepas ini dirujuk sebagai “OKT”) telah didakwa dengan kesalahan melakukan perhubungan seks dengan seorang mangsa bernama Hasna Dini Mohammed (selepas ini dirujuk sebagai “SP-3”) di bawah Seksyen 377CA Kanun Keseksaan . Pertuduhan terhadap OKT adalah seperti yang berikut:
“Bahawa kamu pada 17/022024 jam lebih kurang 5.30 pagi bertempat di No.2503 Hotel Mercure, Menara Shaftsbury, Presint 1, 62000 Putrajaya dalam Daerah Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, telah melakukan perhubungan seks dengan seorang wanita bernama Hasna Dini Mohammed, Nombor Pasport: EQ0065684 (34 tahun) dengan memasukkan jari ke dalam kemaluannya tanpa kebenaran, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 377CA Kanun Keseksaan ”
[2] OKT mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan memohon untuk dibicarakan. Di akhir kes pendakwaan, saya telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie bagi pertuduhan ke atas OKT dan OKT telah diperintahkan untuk membela diri. Selepas diperintahkan untuk membela diri, OKT telah memberikan keterangan secara bersumpah. Tiada saksi lain yang dipanggil dalam kes pembelaannya.
[3] Di akhir kes pembelaan, saya memutuskan bahawa OKT telah gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Saya selanjutnya memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan terhadap OKT tanpa keraguan yang munasabah dan OKT telah didapati bersalah dan disabitkan atas pertuduhan di bawah seksyen 377CA Kanun Keseksaan .
[4] Setelah mempertimbangkan faktor-faktor mitigasi dan faktor-faktor pemberat hukuman seperti yang telah dihujahkan oleh pihak pembelaan dan pihak pendakwaan, saya telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama tempoh 11 tahun dan dua kali sebatan ke atas OKT. OKT tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah berhubung dengan sabitan dan hukuman, lalu telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.
Fakta Kes Pihak Pendakwaan
[5] SP-3 merupakan seorang pramugari yang bertugas dengan syarikat penerbangan Ethiopian Airlines. Pada 16.2.2024, SP-3 bersama-sama SP-6, Makeda Gezachew, dan anak-anak kapal pesawat Ethiopian Airlines jenis Dreamliner 787-8 telah mendaftar masuk dan menginap di Hotel Mercure, Shaftsbury Putrajaya, selepas menyelesaikan penerbangan jarak jauh dari Addis Ababa ke Kuala Lumpur yang mengambil masa kira-kira 17 jam.
[6] SP-3 telah mendaftar masuk ke hotel tersebut pada sekitar jam 7.00 malam dan diberikan bilik bernombor 2503. Manakala SP-6 pula telah diberikan bilik bernombor 2502. Setelah masuk ke bilik, SP-3 menukar pakaian seragam pramugarinya kepada pakaian tidur sebelum terus berbaring untuk tidur. Pada malam tersebut, SP-3 tidur bersendirian, dalam keadaan berbaring di tengah-tengah katil dengan posisi mengiring ke sebelah kanan.
[7] SP-3 telah terjaga daripada tidur pada awal pagi. Ketika mengubah posisi tidur dengan mengiring ke sebelah kiri, SP-3 merasakan sentuhan pada hujung jari tangannya, yang dipercayai milik seseorang. Dalam keadaan terkejut, SP-3 perlahan-lahan menggerakkan badannya ke bahagian kiri katil untuk melihat siapakah individu yang berada di atas katil tersebut.
[8] Belum sempat SP-3 melihat individu tersebut, secara tiba-tiba seorang lelaki, yang kemudiannya dicamkan sebagai OKT, telah menerkam ke arahnya dan menekannya ke tilam. SP-3 cuba untuk melarikan diri, namun OKT telah menarik SP-3 ke arahnya dan mencium SP-3. SP-3 cuba menjerit dan be