MAHKAMAH SESYEN AYER KEROH
SWERVE DESIGNS SDN BHD LWN. DR MOHAMED HANIFF MERICAN & SATU LAGI
[Guaman Sivil No: MA-A52NCVC-69-12/2018]
PENGHAKIMAN
Pengenalan
[1] Plaintif menuntut dari Defendan-Defendan sejumlah RM248,735.38 beserta faedah dan kos berikutan dari kegagalan Defendan-Defendan mematuhi terma "contract agreement" bertarikh 22 Januari 2016 yang telah ditandatangani bagi pembinaan sebuah rumah banglo dua (2) tingkat di atas Lot 16555, Jalan tiara Titiwangsa, Air Panas, Setapak, 53300 Daerah Kuala Lumpur.
[2] Kemudiannya, pihak Plaintif telah menamatkan contract agreement tersebut melalui surat "Notice of Intention to Terminate" bertarikh 27 Julai 2017 dan menyerahkan milikan kosong hartanah tersebut kepada Defendan-Defendan pada 16 September 2017 yang mana Defendan-Defendan telahpun mengambil milikan kosong hartanah tersebut pada sekitar 3 Oktober 2017.
[3] Defendan-Defendan menafikan tuntutan Plaintif tersebut dan menyatakan bahawa Plaintif yang telah mengingkari terma contract agreement dan menamatkan contract agreement tersebut secara sebelah pihak walaupun dibantah oleh Defendan-Defendan.
[4] Selanjutnya Defendan-Defendan menyatakan bahawa mereka terpaksa menanggung kos tambahan untuk menyiapkan, menyempurnakan dan membaik pulih kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh pihak Plaintif.
[5] Sehubungan itu, Defendan-Defendan telah membuat tuntutan balas berjumlah RM438,011.10 bagi kos melaksanakan pembinaan dan pembekalan, ganti rugi khas untuk kos sebanyak RM87,281.89, ganti rugi jumlah tertentu berjumlah RM137,250.00, kos memperolehi Sijil Perakuan dan Pematuhan berjumlah RM26,000.00 yang kesemuanya berjumlah RM688,542.99, ganti rugi am dan ganti rugi teladan, dan faedah serta kos.
[6] Plaintif telah memanggil seramai sepuluh (10) orang saksi dalam perbicaraan ini seperti berikut:
(i) SP1 - Ivy Ong;
(ii) SP2 - Khairul Izham bin Mokhtar;
(iii) SP3 - Shirley Ong;
(iv) SP4 - Ong Heng Aik, Andre;
(v) SP5 - Adam bin Omar;
(vi) SP6 - Loo Kin Fatt;
(vii) SP7 - Mohd Zaki bin Abdul Rahman;
(viii) SP8 - Mohamed Rizal bin Osman;
(ix) SP9 - Low Yok Loong; dan
(x) SP10 - Wong Kin Hoong.
[7] Manakala Defendan-Defendan telah mengemukakan seramai empat (4) orang saksi:
(i) SD1 - Marzuki bin Haron;
(ii) SD2 - Long Foo Yin;
(iii) SD3 - Hoh Yee Seong; dan
(iv) SD4 - Datuk Dr Roshidah binti Baba.
Fakta-Fakta Dipersetujui
[8] Fakta-fakta yang dipersetujui oleh pihak-pihak adalah sebagaimana di Ikatan N seperti berikut:
(i) Plaintif dan Defendan-Defendan telah menandatangani suatu kontrak perjanjian bertarikh 22 Januari 2016 yang mengandungi syarat-syarat perjanjian dan Schedule A di mana Defendan-Defendan melantik Plaintif untuk membina sebuah rumah banglo dua tingkat di atas Lot 16555, Jalan tiara Titiwangsa, Air Panas, Setapak, 53300 Daerah Kuala Lumpur.
Isu-Isu Untuk Dibicarakan
[9] Manakala isu-isu untuk dibicarakan adalah sebagaimana di Ikatan M seperti berikut:
(i) Sama ada Jubin batu marmar yang perlu dipasang di rumah Defendan-Defendan adalah berukuran 2'x2' ataupun 2'x1'.
(ii) Sama ada Defendan-Defendan lewat dalam membekalkan barang-barang binaan dan perkakas-perkakas yang perlu dibekalkan oleh mereka dan oleh itu memecah kontrak.
(iii) Sama ada tindakan Plaintif memberi notis niat untuk menamatkan kontrak adalah salah di sisi undang-undang.
(iv) Apakah jumlah baki, jika ada yang perlu dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif.
(v) Sama ada Plaintif pula membayar ganti rugi jumlah tertentu kepada Defendan-Defendan.
(vi) Apakah jumlah, sekiranya dibuktikan, yang perlu dibayar oleh Plaintif kepada Defendan-Defendan di bawah tuntutan balas Defendan-Defendan.
(vii) Sama ada terdapat kelewatan di pihak Plaintif untuk menyerahkan Certificate of Completion and Compliance (CCC)?
(viii) Sama ada Plaintif telah melaksanakan semua tanggungjawab di bawah Contract Agreement tersebut?
Beban Pembuktian
[10] Adalah menjadi prinsip undang-undang bahawa beban terletak pada pihak yang menuntut untuk membuktikan setiap fakta seperti yang dipohon dalam pernyataan tuntutannya. Beban tidak akan dipindahkan kepada Defendan selagi Plaintif tidak melepaskannya.
[11] Ini adalah selaras dengan
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.