SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 492

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
Roslan Mat Nor, J
WWF CORPORATE RECOVERY SDN BHD LWN. – Appellant
Versus
KT CHAN PROPERTIES (KL) SDN BHD – Respondent
[Saman Pemula No: WA-24NCvC-3351-07/2025]



Petitioner Advocates:Steven Tan Chee Qian,Low Han Shin ,Respondent Advocate: Danny HM Soong,Ng Carmen

PENGHAKIMAN

Roslan Mat Nor H:

Pendahuluan

[1] Ini adalah permohonan satu deklarasi bahawa plaintif adalah pembeli yang sah petak No 11-2 (Runcit) No 2 Tingkat dan No 12-2 (Runcit) No 2 Tingkat Cantonment Exchange di Kompleks Kantonmen Prima, No 698, Jalan Ipoh Batu 4 1/2, 51200 Kuala Lumpur.

[2] Defendan dikehendaki untuk melaksanakan terma-terma di dalam perjanjian tersebut serta kos.

[3] Plaintif adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan pemulihan korporat. Sementara defendan menjalankan antara lain aktiviti membeli, menjual, menyewa dan mengendalikan harta tanah milik sendiri atau dipajak dan bangunan bukan kediaman.

[4] Pada 15 Disember 2016 terdapat perjanjian di antara satu Aureate Construction Sdn Bhd (Pembeli) dengan KT Chan Associate (KL) Sdn Bhd (Penjual).

[5] Pengarah plaintif telah ditunjukkan hartanah tersebut oleh ejen Gabriel Chin How Jun pada 1 Julai 2025. Pengarah plaintif juga telah ditunjukkan gambar-gambar premis Unit No 2-2-3 seperti eksibit WWF-3, Afidavit Sokongan plaintif (Kertas Mahkamah 2).

[6] Pada 3 Julai 2025, plaintif telah menandatangani perjanjian untuk membeli (agreement to purchase) premis tersebut untuk harga RM650,000.00. Plaintif juga di dalam perjanjian itu telah bersetuju untuk membayar deposit sebanyak RM21,060.00. Ini dapat dilihat pada eksibit WWF-5, Afidavit Sokongan plaintif (Kertas Mahkamah 2).

[7] Plaintif telah membayar deposit tersebut pada 15 Julai 2025 melalui eksibit WWF-4, Afidavit Sokongan plaintif (Kertas Mahkamah 2).

[8] Pada 7 Mei 2025, telah dikemukakan emel yang menyatakan defendan tidak ingin meneruskan urusniaga pembelian premis tersebut. Ini dapat dilihat pada eksibit WWF-6 di ms 156, Afidavit Sokongan plaintif (Kertas Mahkamah 2). Plaintif tidak bersetuju dengan cadangan pampasan oleh defendan dan menyatakan ingin memohon pelaksanaan spesifik perjanjian tersebut. Ini dapat dilihat di ms 157, Afidavit Sokongan plaintif (Kertas Mahkamah 2).

[9] Asas kepada tindakan plaintif adalah kl 5 perjanjian untuk membeli (agreement to purchase) yang menyatakan seperti berikut:

"In the event that l/we, after accepting this offer, subsequently fail or refuse to execute the SPA, l/we agree to pay CID Realtors Sdn Bhd 50% of the professional fees and to refund the Purchaser(s) all deposits collected plus a sum equivalent to the Earnest Deposit as agreed liquidated damages or the Purchaser(s) shall be entitled to seek specific performance of this Agreement."

[10] Penelitian kepada perintah-perintah yang dipohon oleh plaintif adalah untuk pengesahan perjanjian untuk membeli tersebut dan defendan dikehendaki melaksanakan perjanjian untuk membeli tersebut. Ini bermakna mahkamah perlu meneliti kedudukan perjanjian untuk membeli di antara plaintif dan defendan. Adakah ia suatu kontrak yang mengikat plaintif dan defendan. Apa yang jelas daripada Perkara (4) dan (5) di dalam perjanjian untuk membeli itu menunjukkan bahawa perjanjian jual beli akan ditandatangani. Ia menunjukkan bahawa perjanjian jual beli akan ditandatangani di antara plaintif dan defendan.

Analisa

[11] Persoalannya, dalam kes ini apakah kedudukan perjanjian untuk membeli ini (agreement to purchase). Adakah ia mengikat plaintif dan defendan sehingga membolehkan satu perintah perlaksanaan spesifik diberikan terhadap defendan.

[12] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang nyata bahawa tindakan pihak-pihak mengadakan persediaan bagi suatu perjanjian atau suatu pemeteraian rasmi kontrak tidak menghalang untuk wujudnya kontrak yang mengikat pihak-pihak. Ini walaupun belum ada perjanjian bertulis ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Perkara ini telah dinyatakan di dalam kes Ayer Hitam Tin Dredging Malaysia Bhd v. YC Chin Enterprises Sdn Bhd; [1994] 2 MLJ 754 ms 764; [1994] 3 CLJ 133; [1994] 2 AMR 1631:

But, bearing in mind the familiar saying that a person's beliefs or his state of mind are just as much facts as the state of his disgestion or the existence of a tangible object, from what factors may the existence of an agreement be infe

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top