2025 MarsdenLR 1982
MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SELANGOR
AHMAD YOSSRY ARSHAD LWN. LAILATON MOHD HASHIM
[Kes Rayuan No: 10000-017-0052-2022]
PENGHAKIMAN
Pendahuluan
[1] Kes ini merupakan suatu rayuan terhadap keseluruhan keputusan dalam tuntutan harta sepencarian bagi Saman No 10100-017-0578-2016, yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 31 Mei 2022.
Fakta Kes
[2] Perayu (Defendan) dan Responden telah berkahwin pada 23 April 1991 dan bercerai pada 11 Ogos 2014 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.
[3] Harta-harta yang dituntut oleh Responden dalam kes induk ialah seperti berikut:
i. Sebuah Rumah Pangsapuri beralamat di B02-3A-0, Fraser's Silverpark Resort, Jalan Lady Maxwell, 49000 Fraser Hill, Pahang di bawah hak milik geran induk 34684, Lot 4559, Mukim Teras, Daerah Raub Negeri Pahang (Harta Pertama).
ii. Sebuah Rumah Teres kos rendah satu tingkat yang beralamat di No 19, Jalan Sirambai 3, 45000 Kuala Selangor. Dibawah hak milik No HS (M) 1514, PT 2060, Mukim Api-api, Daerah Kuala Selangor (Harta Kedua).
iii. Sebidang tanah pertanian yang di bawah hakmilik No HS (M) 2514, PT Lot 3182, Mukim Api-api, Daerah Kuala Selangor, Negeri Selangor (Harta Ketiga).
iv. Sebidang tanah pertanian di bawah hakmilik No HS (M) 3455, PT Lot 3367, Mukim Api-api, Daerah Kuala Selangor (Harta Keempat).
v. Sebuah syarikat milikan tunggal bernama Tiram Jati, No Pendaftaran 001127183-M, beralamat di Shell Station Lot 834, Batu 2 1/2 Jalan Klang, 45000 Kuala Selangor, Selangor (Harta Kelima).
vi. Sebuah kereta BMW GP Mini RC32 (AT) berwarna hitam, nombor pendaftaran WMY 688 tahun 2006 (Harta Keenam).
vii. Sebuah kereta Suzuki Swift 1.5L (A) No Pendaftaran BKT 282 tahun 2010 (Harta Ketujuh).
viii. Sebuah motosikal Suzuki Boulevard M90 No Pendaftaran WVQ 4713 tahun 2011 (Harta Kelapan).
[4] Harta-harta yang dituntut oleh Perayu dalam tuntutan balas adalah seperti berikut:
i. Sebidang tanah yang dipegang di bawah hak milik GM 954, Lot 2049, Mukim Pasangan, Daerah Kuala Selangor, Negeri Selangor, yang didaftarkan atas nama Plaintif (Harta Kesembilan).
ii. Sebuah rumah berkembar dua tingkat yang beralamat di No 21, Jalan Melor 1/6, Sungai Buloh Country Resort, 47000 Sungai Buloh, Selangor yang dipegang di bawah hak milik sementara HSD 3230-3231, PT 2749-2750, Mukim Ijok, Daerah Kuala Selangor, Negeri Selangor (Harta Kesepuluh).
[5] Namun demikian, tuntutan berkenaan harta ketiga telah ditarik balik oleh Responden semasa prosiding berlangsung. Sementara itu, harta kesembilan perintah tertakluk kepada Mahkamah Sivil, yang menetapkan bahawa harta tersebut perintah hendaklah dibahagikan secara sama rata antara Perayu dan Responden.
Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah
[6] Hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah memutuskan seperti yang dinyatakan pada ms 252 dan 253 Rekod Rayuan:
1. Mahkamah mengisytiharkan bahawa harta-harta berikut diisytiharkan sebagai harta sepencarian:
i. Syarikat Milikan Tunggal bernama Tiram Jati, No Pendaftaran 001127183-M, beralamat di Shell Station Lot 834, Batu 2 1/2 Jalan Klang, 45000 Kuala Selangor, Selangor;
ii. Sebidang tanah No HS(M) 3455, PT Lot 3367 Mukim Api-Api, Daerah Kuala Selangor;
iii. Sebuah rumah teres kos rendah satu tingkat beralamat di No 19 Jalan Sirambai 3, 45000 Kuala Selangor dibawah Hak Milik No HS(M) 1514, PT 2060 Mukim Api-Api Daerah Kuala Selangor;
iv. Sebuah rumah pangsapuri beralamat di B02-3A-0 Fraser's Silverpark Resort, Jalan Lady Maxwell, 49000 Fraser Hill Pahang dibawah Hak Milik Geran Induk 34684, Lot 4559 Mukim Teras Daerah Raub Negeri Pahang;
v. Sebuah kereta model Suzuki Swift 1.5L (AT) warna merah No Pendaftaran BKT282 dan;
vi. Sebuah motosikal berkuasa tinggi model Suzuki Boulevard berwarna maroon No Pendaftaran WVQ4713; dan
vii. Sebuah kereta model BMW Mini RC32 (AT) warna hitam, No Pendaftaran WMY6808.
2. Mahkamah memerintahkan Defendan hendaklah membayar sebanyak RM300,000.00 kepada Plaintif sebagai penyelesaian keseluruhan harta-harta sepencarian di atas dan harta di perenggan (i) menjadi milik penuh Defendan.
3. Mahkamah memerintahkan kereta model BMW Mini RC32 (AT) berwarna hitam, nombor pendaftaran WMY 680