2025 MarsdenLR 5939
MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
Rozi Bainon, J
I TRADE (HK) LTD & YANG LAIN LWN. – Appellant
Versus
MOHD ZHAFRI AMINURASHID & YANG LAIN – Respondent
[Guaman No: BA-22NCVC-502-12/2023]
Pengenalan
[1] Dalam Notis Rayuan bertarikh 3 Oktober 2025, Fahmi bin Adilah, Norman bin Mohd Nasir, Mohamad Ashraf bin Ahmad Sohaimi dan Muhammad Syafiq bin Salleh, iaitu Defendan-Defendan Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima menyatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan sebahagian keputusan saya yang diberikan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 4 September 2025, kini merayu kepada Mahkamah Rayuan Malaysia terhadap sebahagian keputusan tersebut yang membenarkan Notis Permohonan plaintif-plaintif bertarikh 19 Mei 2025 di Lampiran 45 menurut kepada A 15 k 6 dan/atau A 20 k 5 dan/atau A 92 k 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau bidang kuasa Mahkamah yang sedia ada, khususnya berkenaan dengan:
(a) penambahan Plaintif-Plaintif ke-3 dan ke-4, iaitu Ever Happy (Hong Kong) Limited (No. syarikat: 62991912) dan Ravjot Bhasin (No. pasport: 683562675);
(b) pindaan-pindaan di perenggan-perenggan 1, 2, 2A, 2B, 12A, 13;
(c) pemadaman (deletion) perenggan 14;
(d) pindaan-pindaan kepada nama dan nombor syarikat plaintif-plaintif pertama dan ke-2 di intitulement.
Alasan Cadangan Pindaan Kepada Writ Saman Dan Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif
[2] Plaintif-Plaintif mengemukakan alasan untuk permohonannya seperti berikut:
Penambahan Plaintif-Plaintif Baru Yang Dicadangkan:
(a) Plaintif-Plaintif baharu yang dicadangkan tersebut merupakan pembayar kepada Wang Amanah tersebut (seperti yang ditafsirkan dalam perenggan 10 Pernyataan Tuntutan bertarikh 13 Disember 2023) yang telah membayar Wang Amanah tersebut terus kepada Defendan Ke-6.
(b) Plaintif-Plaintif baharu yang dicadangkan tersebut telah memberikan kebenaran mereka untuk dicantum atau ditambah sebagai pihak-pihak dalam Tindakan ini.
(c) penambahan Plaintif-Plaintif baharu yang dicadangkan tersebut tidak mendatangkan sebarang prejudis kepada Defendan-Defendan dan tidak mengubah sifat Tindakan ini.
Penambahan Defendan-Defendan baharu yang dicadangkan:
(a) pernambahan Defendan-Defendan baharu yang dicadangkan telah dibuat mengikut penerimaan pihak Plaintif-Plaintif terhadap beberapa dokumen yang membuktikan penglibatan Defendan-Defendan baharu yang dicadangkan yang mana telah menerima secara tidak jujur sebahagian daripada Wang Amanah tersebut.
(b) persoalan atau isu antara Plaintif-Plantif dan Defendan-Defendan baharu yang dicadangkan timbul daripada dan/atau adalah berkaitan dengan relief atau remedi yang dituntut terhadap Defendan-Defendan Pertama hingga Ke-7.
(c) ianya adalah wajar dan sesuai bahawa isu-isu antara Plaintif-Plaintif dan Defendan-Defendan yang sedia ada serta isu-isu antara Plaintif-Plaintif dan Defendan-Defendan baharu yang dicadangkan ditentukan secara bersama.
Penambahan Kausa Tindakan terhadap Defendan-Defendan baharu yang dicadangkan:
(a) percantuman cadangan kausa tindakan adalah semata-mata ditujukan kepada Defendan-Defendan baharu yang dicadangkan.
(b) cadangan kausa tindakan tersebut adalah berdasarkan fakta yang sama dan tidak menyimpang daripada fakta-fakta yang telah diplidkan dalam Pernyataan Tuntutan bertarikh 13 Disember 2023.
Pindaan lain kepada Pernyataan Tuntutan:
(a) pindaan yang dicadangkan dalam Lampiran "A" dalam Kandungan 45 ini adalah untuk membetulkan kesilapan fakta.
(b) pindaan yang dicadangkan dalam Lampiran "A" dalam ini adalah diperlukan untuk menentukan persoalan sebenar yang dipertikaikan antara pihak-pihak dan timbul daripada fakta-fakta yang sama seperti tuntutan yang diplidkan.
(c) pindaan yang dicadangkan dalam Lampiran "A" dalam ini adalah dibuat secara bona fide.
(d) pindaan yang dicadangkan dalam Lampiran "A" dalam ini tidak mengubah sifat guaman ini kepada satu tuntutan yang lain atau bersifat bertentangan.
Bantahan Oleh Defendan-Defendan Kedua Hingga Kelima Kepada Permohonan Pindaan Writ Saman Dan Pernyataan Tuntutan?
[3] Dalam afidavit jawapan oleh Defendan Kelima iaitu Muhammad Syafiq bin Salleh, seorang Peguam bela & Peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya yang beramal sebagai seorang rakan kongsi di firma Tetuan Ashraf & Syafiq m