SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 5946

MAHKAMAH TINGGI MALAYA TAIPING
Noor Ruwena Md Nurdin, J
PENDAKWA RAYA LWN. – Appellant
Versus
NAVENDRAN SUPPIAH – Respondent
[Perbicaraan Jenayah No: AB-45A-4-02/2022]



Petitioner Advocates:Mohd Waffy Ismail ,Respondent Advocate: Selvam Shanmugam,Donald Selvam

PENGHAKIMAN

Noor Ruwena Md Nurdin H:

Pengenalan

[1] Alasan Penghakiman ini disediakan bagi rayuan yang difailkan oleh Tertuduh, Navendran A/L Suppiah pada 3 September 2025 setelah Mahkamah ini pada 29 Ogos 2025 mendapatinya bersalah dan mensabitkannya atas 3 pertuduhan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 ("Akta 234") dan menjatuhkan hukuman pemenjaraan maksimum dan sebatan yang dibenarkan di bawah undang-undang.

[2] Tertuduh telah dipertuduhkan atas kesalahan-kesalahan berikut:

"PERTUDUHAN PERTAMA

Bahawa kamu pada 14 Julai 2020 jam lebih kurang 9:30 malam di dalam bonet kereta No. WHV 226, di tepi Jalan Che Ngah Tambah, Pokok Assam, Taiping, dalam daerah Taiping, dalam negeri Perak, telah mengedar dadah berbahaya jenis Heroin seberat 229.8 gram dan oleh yang demikian itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah s 39B(2) Akta yang sama.

PERTUDUHAN KEDUA

Bahawa kamu pada 14 Julai 2020 jam lebih kurang 9:30 malam di dalam bonet kereta No. pendaftaran WHV 226, di tepi Jalan Che Ngah Tambah, Pokok Assam, Taiping, dalam daerah Taiping, dalam negeri Perak, telah mengedar dadah berbahaya jenis Monoacetylmorphines seberat 30.1 gram dan oleh yang demikian itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah s 39B(2) Akta yang sama.

PERTUDUHAN KETIGA

Bahawa kamu pada 14 Julai 2020 jam lebih kurang 9:30 malam di dalam bonet kereta No. pendaftaran WHV 226, di tepi Jalan Che Ngah Tambah, Pokok Assam, Taiping, dalam daerah Taiping, dalam negeri Perak, telah mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamines seberat 1820.8 gram dan oleh yang demikian itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah s 39B(2) Akta yang sama.".

[3] Perbicaraan dimulakan di hadapan saya pada 16 Januari 2024 dengan pihak pendakwaan memanggil seramai 7 orang saksi seperti berikut:

SP1 - Sjn. Hashim Bin Ibrahim (Penjaga Stor Barang Kes);

SP2 - Faznur Azilah binti Mahmud (Ahli Kimia);

SP3 - S Punitha A/P Suppiah (adik Tertuduh);

SP4 - Insp Rahime Bin Abdul Hamid (Pegawai Tangkapan);

SP5 - Ng Hui Eng (jiran Tertuduh);

SP6 - Insp Kamarul Ariffin Bin Kamaruzaman (Pegawai Penyiasat);

SP7 - Ganesan A/L Suppiah (adik Tertuduh/pemilik kenderaan).

[4] Semasa kes pendakwaan berlangsung, pihak pendakwaan cuba memasukkan keterangan di bawah s 27 Akta Keterangan 1950 iaitu maklumat yang dikatakan diberikan oleh Tertuduh yang membawa kepada penjumpaan dadah berbahaya tersebut. Oleh itu, suatu perbicaraan-dalam-perbicaraan (TWT) telah dijalankan kerana pihak pembelaan membantah kemasukan maklumat tersebut atas alasan tiada kerelaan di pihak Tertuduh dan tidak diberikan amaran di bawah s 37B Akta 234.

Kes Pendakwaan

[5] Fakta ringkasnya adalah bahawa bertindak atas maklumat berhubung aktiviti pengedaran dadah berbahaya, pada 14 Julai 2020 jam 12.45 petang SP4 bersama-sama anggota-anggota dari Pasukan Tindakan Khas Narkotik, Bukit Aman, Kuala Lumpur telah membuat serbuan di rumah No. 40, Lorong 4 Taman Pengkalan Maju, Taiping tetapi tiada tangkapan atau rampasan dibuat. Kemudian, pada jam 4.15 petang, Tertuduh dan isterinya ditangkap di rumah mereka di alamat No 42, Lorong Pengkalan Maju 2, Taman Pangkalan Ayu, Taiping mana beberapa peket kecil berisi bahan disyaki dadah telah dirampas. Tangkapan dibawa balik ke balai dan soal siasat dijalankan.

[6] Pada jam lebih kurang 9.00 malam Tertuduh memandu arah SP4 dan pasukannya ke sebuah rumah di No. 42, Lorong Pengkalan Maju 3, Taman Pengkalan Maju, Taiping yang mana tiada penghuni pada masa itu. SP4 setelah ditunjukkan oleh Tertuduh, telah mengambil satu anak kunci kereta bersama alat kawalan jauh yang disembunyikan di bahagian dalam sebelah belakang sebuah tokong kecil di dalam kawasan parkir kereta berpagar yrumah tersebut.

[7] Seterusnya, pada jam lebih kurang 9.30 malam, Tertuduh telah memandu arah SP4 dan pasukannya ke suatu lokasi di tepi Jalan

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top