SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 2625

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KOTA BHARU
Mohamad Abazafree Mohd Abbas, J
JEMMINGS SDN BHD LWN. – Appellant
Versus
PEMBINAAN JAYA ZIRA SDN BHD – Respondent
[Guaman Sivil No: DA-22NCvC-32-05/2021]



Petitioner Advocates:Zainal Abidin Mustaffa,Muhammad Habil Zainal Abidin ,Respondent Advocate: Dato' Amelda Md Din,Abu Haziq Abu Talib

PENGHAKIMAN

Mohamad Abazafree Mohd Abbas H:

Pendahuluan

[1] Kes ini melibatkan satu projek kerajaan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dikenali sebagai "Central Spine Road Pakej 3: Gua Musang, Kelantan ke Kampung Relong, Pahang s 3D: Bulatan Gua Musang ke Mentara, No Kontrak JKR/IP/CKUB/44/2018" (projek tersebut).

Fakta Kes

[2] Plaintif adalah merupakan sebuah syarikat kontraktor pembinaan yang menjalankan perniagaan di Kota Bharu, Kelantan. Manakala defendan adalah merupakan sebuah syarikat kontraktor pembinaan yang menjalankan perniagaannya di Shah Alam, Selangor.

[3] Defendan bersama sebuah lagi syarikat iaitu syarikat Iscorp Sdn Bhd telah memasuki satu perjanjian usaha sama untuk memasuki tender bagi projek tersebut. Pada 20 Mac 2018, usaha sama defendan dan syarikat Iscorp Sdn Bhd telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai kontraktor utama (main contractor). Berlanjutan itu, defendan dan syarikat Iscorp Sdn Bhd telah memeteraikan satu "Variation Agreement' pada 16 April 2018 yang memberi kuasa kepada defendan untuk bertindak bagi pihak syarikat Iscorp Sdn Bhd berkenaan perkara-perkara berkaitan projek tersebut.

[4] Susulan itu pada 17 April 2018, satu surat wakil kuasa telah didaftarkan di mahkamah dengan nombor 26219/18 untuk menyerah hak dan tanggungjawab syarikat Iscorp Sdn Bhd kepada defendan untuk menyempurnakan projek tersebut sebagai kontraktor utama.

[5] Pada 1 November 2020, satu perjanjian berkaitan projek tersebut telah dimasukkan antara plaintif dan defendan yang melibatkan harga kontrak berjumlah RM198,583,730.66 di mana plaintif telah dilantik sebagai subkontraktor penuh (total subcontractor) untuk pembinaan projek tersebut bermula pada 1 Oktober 2020 (perjanjian tersebut).

[6] Antara terma-terma yang dipersetujui adalah seperti berikut:

(a) harga kontrak berjumlah RM198,583,730.00;

(b) tarikh permulaan projek pada 1 Oktober 2020;

(c) tarikh penyiapan projek pada 31 Januari 2023;

(d) jika sekiranya plaintif lewat atau gagal untuk menyiapkan kerja kontrak sepertimana tempoh yang telah ditetapkan, defendan berhak melantik pihak ketiga untuk menyiapkannya dengan kos ditanggung oleh plaintif;

(e) jika sekiranya pihak Kerajaan mendapati kerja yang dilaksanakan adalah terkebelakang dari Jadual Program Kerja yang diluluskan melebihi 15 hari, maka pihak Kerajaan atau defendan boleh mengambil apa-apa tindakan yang patut untuk mempercepatkan projek tersebut dengan segala kos ditanggung oleh plaintif dan akan ditolak dari harga kontrak tersebut di atas;

(f) bagi tujuan pembayaran kepada plaintif, satu akaun bersama perlu dibuka dan defendan bersetuju untuk membayar kepada plaintif atas dasar "back to back or paid when paid";

(g) jika plaintif gagal menyiapkan kerja-kerja mengikut tarikh penyiapan, maka plaintif hendaklah membayar kepada defendan ganti rugi tertentu (LAD) mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan ke atas defendan selaku kontraktor utama;

(h) jika sekiranya plaintif gagal menyiapkan kerja-kerja pada atau sebelum tarikh 31 Januari 2023 atau apa-apa tempoh lanjutan masa lain yang dibenarkan oleh pihak Kerajaan, maka pihak plaintif perlu mengemukakan dokumen- dokumen sokongan untuk lanjutan masa dan defendan akan mengambil segala langkah-langkah dengan kepakarannya untuk memastikan pihak Kerajaan akan memberi lanjutan masa yang munasabah untuk penyiapan dokumen tersebut; dan

(i) Defendan berhak menamatkan kontrak plaintif sekiranya berlaku kemungkiran-kemungkiran di bawah cl 17 perjanjian kontrak tersebut selepas notis 7 hari diserahkan kepada plaintif melalui pos berdaftar atau recorded delivery dengan menyatakan secara spesifik kegagalan yang telah dilakukan oleh plaintif dan jika plaintif gagal membaik pulih kemungkiran tersebut, maka defendan boleh menamatkan kontrak tersebut.

[7] Selepas pemeteraian perjanjian tersebut, plaintif telah memulakan kerja-kerja sepertimana yang dipersetujui dan diarahkan oleh defendan. Kerja-kerja tersebut turut diawasi oleh JKR dan beberapa konsultan yang terlibat.

[8] Beberapa

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top