MAHKAMAH TINGGI MALAYA SEREMBAN
DERMAGA OIL & GAS SDN BHD LWN. RHB BANK BERHAD
[Penggulungan Syarikat No: NA-28NCC-27-05/2025]
PENGHAKIMAN
Pendahuluan
[1] Di dalam kes ini perayu iaitu Dermaga Oil & Gas Sdn Bhd (responden) telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 29 Julai 2025 (Lampiran - 22) terhadap keputusan yang telah diberikan oleh mahkamah ini bertarikh pada 10 Julai 2025 di mana mahkamah ini telah membenarkan Petisyen Penggulungan Syarikat oleh Pempetisyen (RHB Bank Berhad) di bawah Lampiran - 2 dengan kos sebanyak RM3,000.00 tertakluk kepada pembayaran fi alokatur.
[2] Oleh itu Notis Rayuan yang difailkan oleh perayu (responden) di dalam kes ini adalah terhadap keseluruhan keputusan yang telah diberikan oleh mahkamah ini bertarikh pada 10 Julai 2025 tersebut.
[3] Seterusnya, bagi tujuan penyediaan Alasan Penghakiman ini dan untuk kemudahan kesemua pihak, Mahkamah akan merujuk perayu iaitu Dermaga Oil & Gas Sdn Bhd sebagai responden. mana kala, RHB Bank Berhad pula akan dirujuk sebagai pihak pempetisyen.
Fakta Ringkas Kes
[4] Di dalam Petisyen Penggulungan Syarikat di bawah Lampiran - 2 bertarikh 26 Mei 2025 (Petisyen), pihak Pempetisyen telah memohon untuk menggulungkan Responden menurut s 465(1)(e) dan s 466(1)(a) Akta Syarikat 2016 disebabkan kegagalan Responden untuk menyelesaikan amaun penghakiman yang berjumlah sebanyak RM3,329,292.52 setakat pada 7 April 2025 berdasarkan Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh pada 12 Mac 2025 daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam tindakan Guaman Sivil No: WA-22NCC-94-02/2025 (Penghakiman).
[5] Menurut Petisyen tersebut, pihak Pempetisyen telah mengeluarkan Notis Permintaan Statutori di bawah ss 465(1)(e) dan 466(1)(a) bertarikh 7 April 2025 (Notis) kepada Responden untuk menuntut bayaran di bawah Penghakiman tersebut. walau bagaimanapun, Responden telah gagal, enggan dan / atau abai untuk menyelesaikan amaun Penghakiman tersebut dalam tempoh 21 hari sepertimana yang dinyatakan dalam Notis tersebut.
[6] Petisyen ini telah ditetapkan untuk pendengaran pada 10 Julai 2025, di mana Responden telah diwakili oleh peguam cara dari Tetuan Zahid Ahmad & Associates. Setelah mendengar hujahan-hujahan yang dikemukakan oleh peguam cara kedua belah pihak Pempetisyen dan Responden, Mahkamah ini telah membenarkan Perintah Seperti Dipohon terhadap Petisyen di bawah Lampiran - 2.
Penemuan Dan Keputusan Mahkamah
[7] Di dalam kes ini, Mahkamah menemui fakta-fakta yang tidak dipertikaikan seperti berikut:
(a) Sesalinan Petisyen dan Afidavit Menentusahkan Petisyen bertarikh 27 Mei 2025 telah diserahkan kepada alamat berdaftar Responden di No 1 Jalan Tiara Sentral 1, Kawasan Perindustrian Nilai Utama, 71800 Nilai, Negeri Sembilan secara serahan tangan pada 4 Jun 2025 sebagaimana yang dinyatakan dan dibuktikan di dalam Afidavit Penyampaian yang diikrarkan oleh Mahendran a/l Suppiah (Lampiran - 5);
(b) Sesalinan Petisyen dan Afidavit Menentusahkan Petisyen bertarikh 27 Mei 2025 telah diserahkan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia secara serahan tangan pada 4 Jun 2025 sebagaimana yang dinyatakan di dalam Afidavit Penyampaian yang diikrarkan oleh Mahendran a/l Suppiah (Lampiran - 5);
(c) Sesalinan Petisyen dan Afidavit Menentusahkan Petisyen bertarikh 27 Mei 2025 telah diserahkan kepada Pendaftar Syarikat Malaysia (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) Cawangan Kuala Lumpur secara serahan tangan pada 29 Mei 2025 sebagaimana yang dinyatakan di dalam Afidavit Penyampaian yang diikrarkan oleh Mahendran a/l Suppiah (Lampiran - 5);
(d) Memorandum Pengiklanan dan Penyiaran Dalam Risalah Kerajaan bertarikh 23 Jun 2025 telah difailkan oleh Pempetisyen kepada Mahkamah pada 23 Jun 2025 seperti di dalam Lampiran - 6;
(e) Petisyen tersebut telah diiklankan dalam akhbar "The New Strait Times" pada 12 Jun 2025 dan 13 Jun 2025 dan dalam akhbar Harian Metro pada 12 Jun 2025 dan 13 Jun 2025 masing- masing;
(f) Petisyen tersebut telah diiklankan dalam Warta Kerajaan Persekutuan pada 19 Jun 2025;
(g) Sesalinan Memorandum Pengiklanan dan Penyiaran Dalam Risalah Kerajaan bertarikh 23 Jun 2025 tersebut dan Sijil Pendaftar bertarikh 26 Jun 2025 y
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.